Tuesday, December 30, 2008

Pro-Tongkol

Aku rasa orang Malaysia antara masyarakat paling berprotokol dalam dunia. Apa taknya, kalau nak buat majlis, hatta yang paling remeh macam nak rasmikan pondok perhentian bas ke....kerusi penonton tak boleh sama dengan kerusi VIP. Agaknya kalau kerusi penonton sama dengan VIP, VIP tu boleh kena kurap kat bumper dia....hahaha.

Sebut pasal VIP...aku rasa kat Malaysia aje wujud istilah VVIP....dan kalau dah banyak sangat level, macam katakan ada Sultan, PM, CEO, Dato-Dato etc etc maka V tu makin bertambah.....hahahaha.

Oh satu lagi...kalau ada 20 Dato' menghadiri majlis tu, maka habis semua 20 tu disebut dalam ucaspan...akibatnya intro ucapan dah nak makan setengah jam....hahahaha lagi!

Sunday, December 28, 2008

Hijrah

OK tajuk tu nampak macam heavy tapi isi yang aku nak tulis tak la sangat.

Selain dari tiada akses ke blog, punca aku dah lama tak menulis ialah sebab aku dalam proses berpindah rumah. Rumah yang aku beli dah siap bulan 10 itu hari tapi sebab aku nak selesaikan komitmen aku sebagai felo kolej tambahan pula rumah tu nak kena cuci, tambah wiring, nak kena renovate sikit jadi dalam minggu lepas le aku baru pindah. Masa aku nak beli rumah tu dulu cuak jugak rasa sebab orang kata kawasan tu naik air masa banjir besar 2005. Tapi aku tengok pemaju dah naikkan tanah sampai separas dengan taman bersebelahan (yang tak kena banjir) jadi aku rasa lagi konfiden la nak beli.

Bila dah duduk rumah baru ni maka kena la aku keluar awal sikit...kalau tak 7.30 masih kat rumah lagi. Jarak travel pun makin jauh...tapi takpe la. Dengan perpindahan ini, maka aku tinggalkan kuarters lama aku yang aku duduk sejak awal tahun 2000 dan dengan itu juga maknanya...

- aku tak payah kena bangun pukul 2 pagi nak bawak student sakit pergi klinik
- aku tak payah nak kena sign2 borang kelulusan projek
- aku tak payah kena ambik duit advance projek student dan lepas tu kena warning Bursary sebab budak2 tu tak buat report kewangan
- aku tak payah nak kena hadir majlis tu majlis ni sangat
- dan yang aku paling menyampah, kena ambik kunci spare bila student ni terkunci dari luar!!!

Tuesday, December 16, 2008

Satu Situasi Yang Pelik

Salam kepada semua.

Aku dah lama tak update blog ni. Bukan takde idea tapi aku tak boleh nak access blogspot. Gamaknya firewall dah kena pasang yang block Blogspot. Tiap kali aku nak access, mesti keluar "The Connection Was Reset". Jadi tak boleh le aku nak update. Yang aku peliknya bila aku saja try Search (sebab nak test connectivity aje ye) poron-poron punya site boleh pulak masuk...apa kes???

Kemudiannya aku cuba nak guna Wordpress...bila register haram tak masuk pun activation e-mail dalam mailbox aku. Akhirnya aku pasrah aje la...bila dapat access kat luar baru aku update. Mana2 idea yang timbul aku buat dalam Word dulu lepas tu masuk dalam thumbdrive.

Lepas tu aku dapat idea ni...cuba masuk ikut www.blogger.com. Akhirnya dapat jugak aku tulis entry ni. Masalahnya nanti aku sendiri tak tahu / tak boleh baca blog aku sendiri!

Monday, November 24, 2008

"Lalu Aje...Tak Ada Filem Tu!"

Cerita dah lama dah...dalam tahun 2000 gitu. Aku teringat balik masa ke Johor (orang Johor kata Johor Bahru tu 'Johor' aje) ambik adik ipar aku kat Taman Perling. Sekarang persimpangan Taman Perling-Jalan Skudai-Pasir Gudang tu kan dah diubahsuai. Dulu persimpangan tu guna lampu isyarat (dan dengan jem brutalnya). Dan kat lampu isyarat tu antara kamera trafik pertama dipasang di Johor.

Dulu selalu juga guna simpang tu kalau dari rumah pakcik aku kat Taman Melur untuk balik ke Batu Pahat. Selalu jugak le nampak kamera tu tangkap gambar pesalah trafik. Ada sekali tu masa aku kat rumah pakcik aku, aku cerita la pasal kamera trafik kat KL...makcik aku mencelah.."Kat simpang Perling tu jalan aje...kamera tu bukan ada filem pun!" (atau dengan kata lain...kamera tu tak berfungsi sebab filem dalam tu dah habis dan PDRM tak isi semula). Tapi sebab aku ni boleh dikatakan mat skema aku tetap ikut peraturan le....

Dan bila difikir balik memang nasib aku baik....memang le kamera tu 'takde filem' sebab tu kamera DIGITAL!!!!

Sunday, November 16, 2008

Manglish Lagi!

Hujung minggu baru ni aku ke sebuah hypermarket terkemuka dan aku ternampak tanda harga di bawah....


Dengan harga RM2.95 sekilo, maka betul le pepatah Inggeris "One man's trash is another man's treasure'...hahahaha. Ada melamine tak kat 'China Long Garbage' tu?

p.s. Sepatutnya 'China Long Cabbage'

Thursday, November 13, 2008

Erm...'Manglish'

Aku terjumpa tanda harga ni kat satu bakery di Alor Setar.

Nak tahu makna 'bugger' tu cari la kat kamus. Aku cuma teringat makna yang Brits bagi aje...hahaha.

Monday, November 10, 2008

Bila "Askar Pencen" Berkata-kata

Geng2 Board Military dalam Forum Cari postkan petikan surat pembaca ni yang diterbitkan dalam akhbar The Sun. beri perhatian kepada perkataan yang di'bold'kan...

"Eurocopter not for us

AS AN ex-RMAF serviceman with 22 years of service behind me, I believe I am qualified to comment on our government’s insistence to buy the Eurocopter. Worse still, without any physical tests. Buying the Eurocopter for use in Malaysia is like buying an F1 car for use in Petaling Jaya, or a Rolls Royce for use in a rural road.

This Eurocopter is a sophisticated aircraft, it is not meant for the normal role of a helicopter. I still see the Alouette and Nuri (Sea King) in service in other countries.

Eurocopter is more a combat helicopter. Who do we want to fight, anyway? Why use it for search and rescue or during flood relief operations? Other helicopters can do that just as well or even better.

The Eurocopter is expensive. So is the training, spare parts, servicing, accessories for role changes, and armoury. Can we afford the subsequent costs of parts and modern armoury? You don’t buy such a sophisticated machine without evaluation by first going through its built-in purpose, the subsequent cost of training for pilots and ground crew, availability and cost of spare parts, etc.

Saying that the Alouettes and Nuris are old and obsolete is no justification to buy a machine that will not be fully used. Just buying the armoury to go with the machine will cost a "bomb".
It is not a wise decision to buy this helicopter.

Please spare a thought for the poor and under-privileged of our country before going "shopping", more so during such economically trying times.

Ex-Airman
Petaling Jaya"

Untuk orang yang mengaku bekas anggota TUDM dengan perkhidmatan selama 22 tahun, aku rasa amat la memalukan bila dia menidakkan ex-comrades dan succesor dia dalam mengelolakan peralatan canggih. Dan apa maksud dia 'Eurocopter not meant for normal role of helicopter?' Apa dia 'normal role for helicopter' sedangkan helikopter berfungsi dari big boys toys sampai le tank buster. Dan apa TUDM kerja dia selamatkan mangsa banjir aje ke?

Para Tiga - Eurocopter merupakan helikopter tempur....aku gelak guling baca ayat tu. Pergi check Wiki le paling kurang kalau nak tahu lebih pasal Cougar tu...ke mamat ni mata kero sampai tak tahu beza Eurocopter Puma dengan Eurocopter Tiger? Dan ayat "Who do we want to fight anyway" rasa aku ayat klon geng-geng Apek Lim, Bai Karpal, Nyonya Teresa dan rakan-rakannya....

Para Empat - "expensive"..Woi, the lowest bidder, Mil Mi-172 pun 'expensive' tahu tak?

Pada pandangan aku, 'ex-airman' ni bukan sahaja BUKAN bekas anggota TUDM, malah paling dekat dia dengan TUDM pun setakat lalu luar TUDM Subang atau TUDM Sungai Besi. Hey, it might even Apek Lim in disguise! Penggunaan perkataan 'armoury' pun macam pelik aje aku rasa dalam konteks ni....Dan aku pun boleh claim aku bekas anggota tentera...tengok aje sticker TUDM kat kereta aku..hahaha. Dan analogi dia tu aku rasa lagi sesuai kalau Malaysia nak beli Tu-160 Blackjack....

Kesimpulan aku? Civvy dengan kad keahlian Parti Cap Mata Lebam atau Roket dengan tanpa pengalaman hatta masuk kadet tentera!

Thursday, October 30, 2008

Singa Gunung Dari Perancis

Sejak dua menjak ni cerita pasal Eurocopter EC725 Cougar jadi topik hangat. Sebabnya? Pihak pembangkang dakwa harga pembelian adalah terlalu tinggi berbanding pembelian helikopter yang sama oleh Brazil atau dengan kata lain, ada charcarodon charcarias makan berjuta-juta ringgit dalam bentuk komisen/tendang balik atau apa-apa bentuk korupsi. Akibatnya? PAC masuk campur dan walaupun pembelian ditangguh, aku rasa lebih bersebab politik daripada keadaan ekonomi dunia.

Walaupun pembangkang bertindak sebagai check and balance dalam pentadbiran negara, nak membangkang tu kena la juga berotak. Dalam kes ni, antara kata apek Ipoh Mali ialah kenapa Brazil beli 50 Cougar pada harga RM84 juta sebuah sedangkan Malaysia beli 12 helikopter yang sama pada RM193 juta sebuah.

Masalahnya, dia tak cakap pun samada spec pembelian Brazil sama dengan Malaysia. Dan dia lupa konsep 'economies of scale' Kalau beli banyak/pukal maknanya harga se unit akan makin turun. Dan sebut juga pasal spec, rasa aku pembelian Brazil tu ialah untuk versi utiliti manakala walaupun pembelian Cougar tu dilaporkan sebagai pengganti Nuri, ianya ialah untuk mengganti Nuri dalam operasi C-SAR (Combat Search and Rescue yang perlukan lebih peralatan canggih macam FLIR (Forward Looking Infra Red), LLLTV (Low Light Level TV), INS (Inertial Nav System), TFR (Terrain Following Radar), NVG dan armor dan persenjataan tambahan dan mungkin juga keperluan IFR (In Flight Refueling). Itu sebabnya lagi mahal. Lagipun dia sendiri salah quote harga tender pada RM2.3 billion sedangkan harga sebenar ialah RM1.1 billion.

Dan kalau dikira, pembelian Malaysia lebih murah (secara relatif la) berbanding pembelian helikopter yang sama UNTUK TUGASAN C-SAR oleh negara pengeluarnya sendiri. Perancis berbelanja 271 juta Euro untuk 10 helikopter berbanding Malaysia yang berbelanja 233 juta Euro untuk 12 helikopter. kenapa takde siapa sentuh hal ini? Kecuali kawan-kawan dalam forum?

Gini la...untuk perbandingan. Anggap dua orang beli kereta yang sama, katakan Honda Civic. Sorang nak guna untuk dia berulang alik ke pejabat, hantar anak sekolah, pergi kedai dan balik kampung. Sorang lagi pulak requirement dia nak merempit dan sebab nak merempit, dia nak tukar brek Brembo, pasang turbo dan 1001 macam lagi modifikasi bagi membolehkan dia jadi juara, takpun dia beli Civic Type R. Kalau kira balik, dah pasti kan harga/kos berlainan sedangkan kedua-duanya Honda Civic? Heck even Persona pun lain-lain harga tengok Line mana!

Aku rasa dalam hal ni laporan silap yang menyebabkan kecelaruan ini....kena pulak penender yang kalah keluarkan anggur masam dia....

Kredit diberi untuk tin dan MMC dalam penghasilan entry ini.

Wednesday, October 29, 2008

Doktor sana Doktor sini

Aku macam biasa akan merayap ke Forum Cari...dan terjumpa satu thread mengenai seorang produser filem yang belum terima pingat Dato'/Datuk tapi dah guna title tu. Timbul satu nama yang haram tak famous...siap ada 'Dr' lagi.

Kengkadang aku tergelak jugak tengok iklan jual ubat dalam akhbar. Apa taknya, pengasas syarikat tu Dr X, syarikat ni Dr Y....yang dok jual sistem MLM pun ada Dr. Betul ke semua-semua diaorang ni ada MBBS/MD atau PhD? Bukan la aku sendiri ada PHD (Penyakit Hasad Dengki) tapi macam too good to be true le. Dan rasanya ramai yang tahu kan yang PhD Fazley tu datang dari institut yang tak diiktiraf kan?

Entahlah...agaknya PhD pun boleh dibeli sekarang...status nak kena jaga ye tak? Dan mana aku tak skeptikal, ada aku terbaca Rahmad ex-penyanyi Mega claim dia dah ada PhD...senangnye...aku tengok pensyarah kat sini 3 tahun kena buat dah la tu masa viva belum tentu dapat lepas bersilat dengan panel....ada yang sambung paling kurang setahun lagi. Tu untuk orang yang memang dalam bidang dia....yang kat luar tu senang-senang aje dah ber'Dr'.

Topik akan datang : Kenapa ek, orang yang masuk MLM/Direct Selling kalau nak tunjuk pendapatan dia tinggi mesti dalam iklan dia kata 'Sekarang saya dah boleh guna kereta idaman' (sampai 3-4 biji pulak tu) atau 'sekarang saya boleh membawa keluarga melancong selalu'...takde pulak 'sekarang saya sudah menunaikan Haji sebanyak lima kali'....hehe. Dan kalau pendapatan tu 5 kali gaji ka, 10 kali gaji ka...kenapa masih bekerja makan gaji lagi?

Tuesday, October 21, 2008

Mawar Putih Untuk Mama

Salam kepada semua...dah lama tak menulis (menaip?) sejak cuti hari raya dan konvo UUM.

Sebut pasal konvo, setiap kali konvo, antara mereka yang tersenyum riang ialah tokey bunga. Apa taknya, satu kuntum aje dah RM5 dan biasanya orang tak main la beli sekuntum aje...paling kurang bouquet 3 kuntum yang berharga RM15. Semua beli sebagai simbol ucapan tahniah kepada graduan...boyfriend belikan untuk girlfriend, girlfriend untuk boyfriend, mak bapak untuk anak, adik2 untuk abang/kakak etc etc. Sampai kadang-kadang nampak graduan tu macam pasu bunga bergerak.

Mungkin dah 12 tahun terlewat untuk aku, tapi aku terfikir, apa salahnya si graduan (anak) yang membelikan sejambak mawar untuk ibunya (dan juga bapa)? Memang jasa ibu bapa tak ternilai cuma pemberian itu sebagai satu simbol penghargaan si anak yang mengatakan 'terima kasih ibu kerana menjaga saya hingga saya mencapai tahap ini'. Apa sangat la satu bouquet berharga RM40 berbanding jasa dan pengorbanan ibu sejak 24 tahun sebelumnya?

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Tuesday, September 23, 2008

Dara Yang Janda

Wife aku ni kira dah rapat dengan mak aku sejak zaman dia anak dara lagi. Selalu la jugak mak aku mintak dia temankan kat rumah atau ke mana-mana. Ada satu hari tu, orang JKKK kampung berdekatan nak buat banci ibu tunggal sebab nak beri bantuan sempena raya. Nama mak aku naik tapi dia tak mahu sebab dia rasa dia tak layak nak terima. Tapi geng JKKK insist jugak dan mintak mak aku hadir majlis penyerahan. Nak tak nak mak aku kena la jugak pergi sebab hormatkan pengerusi JKKK tu. Mak aku ajak le sekali wife aku.

Sampai kat balairaya, orang dah ramai...press pun ada. Penyerahan bantuan pulak dibuat sorang demi sorang. Mak aku ni malas le nak naik pentas jadi disuruhnya wife aku ganti dia. Sampai giliran mak aku, maka naik le bakal menantu dia (masa tu). Wife aku kata, sebelum-sebelum tu semua penerima baya-baya makcik jadi kamera pun ambik ala kadar aje...sampai turn dia, kira macam artis kat red carpet la..meletup-letup bulb flash. Gamaknya dia orang ingat wife aku ibu tunggal muda kot?

Gitu la ceritanya....bosan kan? Abis korang ingat cerita apa?

Tuesday, September 09, 2008

Hijau Bumi Tuhan

Ah..lama tak tulis...sebab sedang mengalami El Nino idea....

Kat tempat aku ni tengah buat kempen alam sekitar. Salah satu objektif ialah pengurangan (sampai tahap sifar) penggunaan polistrin dan beg plastik. Kalau tapau makanan dari kantin, kena guna 'eco-pak' yang dibuat dari hampas kelapa sawit. Kalau beli barang kat kedai Koperasi, takde beg plastik - samada kena beli beg 'mesra alam' depa, bawak beg sendiri atau pandai-pandai la nak bawak barang yang dibeli tu.

Aku sebenarnya menyokong sangat la program macam ni walaupun aku bukan ahli SAM atau Greenpeace. Cuma yang aku tak berkenan cara pelaksanaan program. Apa taknya, eco-pak tu kena charge 20 sen. Beg mesra alam tu RM2.50. Dan bersembang dengan tokey kantin semalam, dia kata kalau pengusaha didapati menggunakan beg plastik/polistrin maka dia akan didenda RM300 kalau tak salah. Dan kalau dah 3 kali buat kesalahan tu, kontrak tak akan dipertimbangkan untuk disambung.

Aku rasa tu pendekatan yang salah kena pulak tempat aku ni bukan JAS. Dan kata nak ajak orang mesra alam, tapi benda yang mesra alam kena charge, camne orang nak ikut? Apa salahnya buat macam kat luar negara dimana pengguna diberi pilihan - kalau nak guna beg plastik, maka akan dikenakan bayaran tambahan (dulu aku pernah kena 20p kat satu kedai kat UK); kalau nak guna beg kertas maka ianya free. Lambat laun orang akan terbiasa dan tak akan mintak beg plastik.

Aku pernah suarakan hal ni dalam satu mesyuarat. Tapi agaknya sebab dah 15 tahun aku tinggalkan UK, sebagai student hingusan selama dua tahun pulak, maka dah tak boleh pakai la pengalaman aku berbanding officer kanan yang awal tahun itu hari pergi attachment sebulan dua kat US (tu tak campur pensyarah buat PhD 3 tahun)....Ah lagipun siapalah aku..cuma seekor passer domesticus yang kicauannya kurang didengari buceros rhinoceros.

Tuesday, September 02, 2008

Kenapa Saudara Menangis Di Kubur Bapa Saya?

Itu hari aku telefon mak aku. Mak aku cerita satu peristiwa yang kelakar pun ye, sakit hati pun ye dan saspen pun ye...

Ceritanya begini...mak aku nak balik tengok nenek aku. On the way, adik aku ingatkan dia pasal kubur arwah ayah aku yang dah dibaiki (sebab tanah kawasan perkuburan tu senang mendap) dan mak aku pun kata elokla singgah/ziarah. BTW, ayah aku meninggal kat HSA JB dan dikebumikan kat kampung atuk belah mak aku di Pontian.

Sampai kat perkuburan Islam Pontian Besar tu, mereka berdua pun pergi la ke kubur arwah. OK, memang dah baru, kepuknya dah diganti, tambah batu sungai putih dan nisan pun baru. Cuma yang menghairankan mak aku, kenapa kubur arwah dah letak sebaris dengan kubur atuk aku? Adik aku kata mungkin mereka terkeliru sebab ada kubur baru sebelah kubur arwah.....

Mak aku masih tak puas hati dan suruh adik aku tengok-tengok ke dalam sikit. Sah! kubur bapak aku masih di tempat asal dan tidak dibetulkan lagi. Tengok-tengok kat kubur 'baru' tu terjumpa nisan lama...nisan yang bertulis nama orang lain!! Tukang repair tu dah repair kubur orang lain!! Mak aku tak puas hati dan suruh tukang tu datang time tu jugak. Alasan tukang tu? "Akak kata yang kepuk kayu" macam la kubur arwah ayah aku aje yang berkepuk kayu kat situ!
Tapi dia kata dia akan betulkan balik kubur yang sebenar.

Settle hal tu, adik aku cakap, nasib baik jugak kita nak tengok, kalau tunggu raya alamat jadi cerita Ibu Mertuaku le....silap-silap lagi teruk, bertekak dengan waris arwah yang sorang lagi sebab nama di nisan nama arwah ayah aku, tapi kuburnya orang lain. Walaupun dah settle, mak aku risau jugak...ye la nanti waris si mati datang kubur bapa mereka, tengok jadi baru...baru haru. Kalau setakat dia orang bawak masuk Harian Metro takpe jugak...kalau depa buat repot polis?

Monday, August 25, 2008

Mana Boleh 'Free'!

Department aku uruskan tempahan peralatan majlis untuk staf dan pelajar. Biasanya kami terima permohonan untuk majlis rasmi macam konvo, gathering rasmi, seminar, bengkel, ceramah dan lain-lain yang berkaitan dengan fungsi Universiti. Semuanya kami tak charge, ye lah semuanya dalaman! Tapi ada juga terima permohonan agensi luar macam PPD, Polis, tentera serta agensi kerajaan dan swasta yang lain. Yang ni kami charge sewa. Termasuk yang dikenakan sewa ialah mana-mana staf yang nak guna peralatan Universiti untuk majlis bersifat peribadi macam kenduri kawin, sunat, farewell dan seangkatan dengannya.

Tapi sebab staf, biasanya diskaun diberi. Kira-kira dalam 10% aje. Pokoknya sewa kena bayar. Dan bulan lepas timbullah sorang staf ni nak guna barang-barang tu untuk majlis perkahwinan anak dia. Dia contact aku untuk tanya kos sewa dewan dimana aku kata RM2xxx untuk 3 jam plus RM3xx untuk setiap jam berikutnya...dia kata 'mahal le, lari bajet'. Dan aku ingat benda tu berhenti setakat tu aje.

Tup-tup, timbul balik, kali ni dia nak guna dewan kecik sikit yang dibawah pengurusan Kolej dia. Tapi dewan tu takde kerusi meja dan kena ambil dari departmen aku. So, aku suruh staf aku siapkan bil sebanyak RM1xxx untuk sewaan kerusi meja, pokok berpasu dengan PA system. Dan tak semena-mena datang la kuasa veto kata 'bagi free' (sebenarnya perkataan lain, tapi maksudnya begitu la) sebab si staf tu dah mintak nak guna free!

OK fine la, you're the CEO....cuma aku tergelak sebab Si staf tu bukan la cokia, Pensyarah taraf full professor beb! Gaji 5 figure, elaun dia aje dah sama dengan separuh gaji aku! Kalau aku la, menjatuhkan air muka orang taraf JUSA C bila mintak guna barang free! Dan aku dapat tahu, hiasan pelamin pun staf Kolej dia buatkan.....Bila sembang dengan member aku, baru aku tahu kenapa dia mintak free...sebab bini dia 3 anak dia 22 orang!

Thursday, August 21, 2008

'Jin' Gua Hira'

Alkisahnya, seorang jemaah haji sedang mengambil gambar dalam Gua Hira'. Bila dicuci negatif, keluarlah imej yang mengerikan ni (masa ambik gambar takde, kununnya la)


Katanya jin yang menghuni Gua Hira'. Maka dengan keajaiban internet dan e-mail maka gambar ni beredar seantaro dunia. Ramai jugak yang percaya!

Tetapi terima kasih kepada En. Ali Murat Guven dari Turki, maka disahkan gambar ini ialah jin yang menghuni sebuah gua di Bristol, England. Dan mengikut En Ali lagi, mata jin tu memang merah menyala, hasil ehsan PowerGen, National Power atau Nuclear Electric. Kalau pengusaha gua pelancongan tu tak bayar bil api, maka mata jin tu pun padaaaammm....


Jadi bukan semua gambar tu real seperti didakwa, OK?

Monday, August 18, 2008

Mentari Merah Di Ufuk Barat

Hujung minggu lepas, aku bawak family aku makan kat Kuala Perlis. Lama tak pergi sana sejak wife aku mengandungkan Adham. Cuaca elok, angin laut pun sepoi-sepoi bahasa. Untuk "mengetest" kamera henset aku, aku ambik gambar waktu senja ni.....




Indah sungguh pemandangan....MasyaAllah! Adham pun enjoy scenery....sambil menarik-narik stokin dia....

Sunday, August 03, 2008

Mentaliti Kelas Ketiga (Part 2)


Gambar ni aku ambik masa Adham masih dalam wad. Nasib jugak hari dah petang, ruang parkir banyak yang kosong. Kalau tak dah sah aku jadi hijau dan humban kereta ni keluar dari kawasan HSB!! Harap spoiler aje cantik!!

Wednesday, July 23, 2008

Dulu Dan Sekarang

Dulu : Tak payah buat!! Membazir duit sahaja!! Jangan kasi mereka buat!! Boikot!!! Lawan!!!!!!!

Sekarang : Er....kami amat perlukan jalan itu....apasal tak jadi buat?

How come?

Monday, July 21, 2008

Mentaliti Kelas Ketiga

OK, tengok gambar kat tepi ni. Gambar apa? Kalau anda kata ianya gambar pasu hiasan, anda betul. Cuma sayangnya pasu ini tidak berpokok (lagi?) Pasti cantik jika ditanam pokok kecil atau yang daunnya berjurai turun kan? Tapi pasu kosong begini pun sudah cantik. Tapi apa guna cantik kalau tak 'berbakti' kepada masyarakat sekitar.....kan?











Jadi, tengok gambar dibawah ini......









Jadi tong sampah....gambar ni bukan diambil di kongsi pekerja asing, atau di tempat tumpuan awam tapi di sebuah IPTA. Yang membuang sampah tu tak lain tak bukan ialah budak 'U' yang terpelajar....ah, kurang-kurangnya mereka tak buang sampah merata-rata.....lagipun kalau tak buat camni, nanti tukang angkat sampah takde kerja ye tak?

Thursday, July 17, 2008

All Eagles Are Americans!

The Oxford English Dictionary defines jingoism as "extreme nationalism in the form of aggressive foreign policy" or excessive bias in judging one's own country's superiority. Symbolism to me plays a part and what else symbolises the United States' superiority than the eagle? The eagle represents power, aggression, domination and terror. Some readily associate the eagle with USA. But as the saying goes "use your head'" - not all eagles are Americans! Take this for example, which I found on the internet:

"A must - check out this awesome paint job! Check out what some of our boys overseas did to their helicopter. Some Afghan is probably freaking out right now. The story is : this very special Mi-24 helicopter is presently flying in Afghanistan, where it is no doubt causing quite a stir. God Bless the USA"




Whilst correctly identifying the chopper as a Hind, the author forgot that the Hinds in the US inventory only act as OPFOR in exercises. Whilst he is obviously thrilled at the full-fuselage artwork, stirring his patriotism, that particular Hind is NOT American. It actually belongs to the Hungarian Air Force and was specially painted for an airshow. And the chronic lack of geographical knowledge of some Americans is manifest here : The buildings and surroundings in the first picture are nothing like in Afghanistan- it shouts Eastern Europe loud and clear!

Blind patriotism?

Monday, July 14, 2008

Money Machine Tour '08

Bulan Julai. Musim panas bagi hemisfera Utara. Off-season bagi sukan bolasepak Eropah (kecuali kalau ada pertandingan besar macam Piala Dunia atau Kejohanan Eropah). Dulu-dulu, ini masa bagi kelab-kelab di Eropah berehat, menjual atau membeli pemain baru dan mengadakan perlawanan pemanas badan. Lawan mereka biasanya team 'kampung' (istilah aku sendiri, merujuk kepada pasukan dari Divisyen bawahan) atau pasukan dari negara Eropah lain.

Tapi sekarang pre-season friendly mereka bergerak lebih jauh hingga ke Asia Timur. Kata mereka "Kami nak mendekatkan diri dengan peminat kami yang ramai di sini!" Kata orang kita "Kami nak tengok pemain pujaan kami dari dekat!" juga "Ini peluang bagi pemain kita menimba pengalaman dari pemain kelas dunia!" dan "Peluang untuk tingkatkan mutu bolasepak tempatan"

Tapi aku rasa hakikat sebenarnya ialah "Kami nak perah duit peminat kami yang tergila-gilakan kami!". Dan macamana nak tingkatkan mutu kalau setakat main satu game (friendly pulak tu jadi depa tak main 100%) dengan buat bengkel sehari sedangkan program peringkat akar umbi terbiar? Ah....Claude LeRoy pernah menjadi jurulatih disini dan kita tak ke mana-mana. Orang yang sama melatih Ghana dan Ghana ke Piala Dunia! (janji dapat masuk pusingan akhir)

Aku sendiri walaupun boleh kata fanatik Man U...tak pernah aku pergi stadium bila depa datang sini. Buat apa? Aku dah 'Been there, done that, got the damn T-Shirt!"

Monday, July 07, 2008

Gila Bola...Lagi

Orang kata, kalau orang nak lemas...dia akan gapai apa saja dalam usaha nak timbul balik ke permukaan. Kalau dalam bolasepak, team yang ketinggalan akan berusaha sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya dapatkan gol penyamaan (macam Peter Schemeichel yang score gol penyamaan untuk Man U masa UEFA Cup 1995 v. Rotor Volgograd) atau mencari perbezaan gol yang diperlukan...tapi takde la sampai macam ni....

Ketika pusingan kelayakan Piala Shell Carribean diadakan pada1994, satu perlawanan akhir peringkat kumpulan melibatkan Barbados v. Grenada di mana Barbados perlukan kelebihan dua gol sahaja untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di trinidad & Tobago. Menjelang separuh masa kedua, Barbados sedang mendahului 2-0. Pada minit ke-83, Grenada menurunkan perbezaan kepada 1 gol sahaja; 2-1. Dan ini bermakna Barabados kehilangan advantage. Dan pada ketika ini, salah satu peraturan penganjur terus 'merosakkan' permainan - sekiranya perlawanan berlanjutan ke masa tambahan, peraturan 'sudden death' akan berkuatkuasa....tetapi pasukan yang menang akan diberi kemenangan 2-0 tanpa mengira jaringan sebenar!

Menyedari hakikat ini serta kemungkinan yang mereka tidak dapat menjaringkan gol lagi pada 3 minit terakhir, pasukan Barbados mula menyerang gol mereka sendiri! Pada minit ke-87, pemain pertahanan Barbados berjaya (sebab sengaja) menjaringkan gol sendiri untuk mengikat kedudukan 2-2. Terkejut dengan tindakan pasukan Barbados, pasukan Grenada turut menyerang gol mereka sendiri bagi mengelak perlawanan berlanjutan ke 'sudden death'. Dan akhirnya, pemain Barbados mempertahankan gol Grenada dan begitulah sebaliknya! Perlawanan akhirnya berlanjutan ke masa tambahan dan Barbados berjaya ke peringkat seterusnya setelah menjaringkan 'golden goal' pada minit keempat masa tambahan (dan dapat kemenangan 2-0 seperti dalam peraturan, walaupun jaringan sebenar ialah 3-2!)

Jurulatih Grenada yang kecewa mengatakan pembuat peraturan tersebut patut dihantar ke hospital gila....

Ini bukan urban legend...ni betul punya cerita!
.

Monday, June 30, 2008

Repent! Apocalypse Is Coming!

Tahun 2012....sebuah planet dipanggil Nibiru menghampiri Bumi. Kesan tarikan graviti kedua-dua planet mengakibatkan kemusnahan besar kepada Bumi akibat tsunami, gempa bumi, taufan dan letusan gunung berapi (macam Transformers episod The Ultimate Doom, bila Megatron tarik Cybertron masuk orbit Bumi). Dunia hancur, kiamat! (Tapi ada survivor, camne tu?)

Begitulah kononnya apa yang akan terjadi pada 2012. Satu planet dengan orbit 3,600 tahun akan menghampiri Bumi pada ketika itu. Teori ini 'disokong' dengan 'fakta' bahawa kalendar Mayan menamatkan kitaran masa sekitar 2012 Masihi.

Bila benda ni dibincangkan di forum Cari.Com maka ramai la yang dengan takutnya menyuruh kita bertaubat sebab dah nak kiamat.....dan membuat aku tergaru-garu kepala. Apa taknya, orang yang bagi teori Planet Nibiru akan menghampiri Bumi pernah mengatakan yang dia telah dipilih (oleh makhluk asing) untuk memberi amaran kepada manusia bahawa satu Planet X (apa alien tu takleh bagitau nama planet tu ke?) akan melalui Sistem Suria pada Mei 2003 dan akan menyebabkan perubahan kutub Bumi (dan akhirnya kiamat). Tambah dia lagi, sebelum perubahan tersebut, US akan menarik keluar tentera mereka dari Iraq (supaya dapat bersama keluarga dan orang tersayang sebelum mati). Dan bila Mei 2003 berlalu tanpa berlaku malapetaka global dan sampai sekarang tentera US masih menduduki Iraq, dikatanya pihak kerajaan tak bagitau orang ramai......

Pasal kalender Mayans tu, rasa aku tu hanyalah long-period calendar - bila diselaras dengan kalendar moden, 21 Disember 2012 hanyalah pengakhiran apa yang dipanggil baktun ke-12...kira macam habis 2008, masuk 2009 cuma satu baktun tu 400 tahun. Entah mana maklumat tu jadi terpesong, kata kalendar Mayan setakat Baktun ke-12 tu aje?

Akhir sekali, satu lagi masalah...Nabi Muhammad sendiri tak tahu bila kiamat akan berlaku. So camne orang Islam sendiri boleh percaya prophecy tu? Kenapa ada sesetengah orang sibuk pasal kiamat Kubra tapi lupa kiamat peribadi@kecil iaitu kematian?

Tuesday, June 17, 2008

'Fairweather Fan'?

Dua hari lepas, semua staf office aku dapat surat dari Jabatan Zakat. Surat tu memaklumkan bahawa kami semua layak untuk membuat bayaran zakat pendapatan. Ni kira bersesuaian ketetapan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang mewajibkan semua pegawai gomen (state dan federal) untuk membuat bayaran zakat.

Dapat surat tu aku diam aje...cuma aku ingatkan arahan tu untuk staf kerajaan negeri aje. Tapi yang bestnya, XO aku, yang aku tahu salah sorang penyokong kuat kerajaan negeri sekarang, membebel. Katanya ni apahal pulak...selama ni tak mintak pun (lupa le tu, gomen sebelum ni parti lain)....dah la barang mahal.....pelepasan depa bagi pun sikit aje...minyak kereta aku sebelum ni pun dah beratus dah dan blablabla! Aku malas nak counter-bebel. Ikut hati aku aku nak cakap aje...ai korang dagi mandat memerintah, bila keluar arahan yang 'menyusahkan' pandai pulak membebel...dah la tu...ni perintah agama, bukan suka-suka hati Ustaz Azizan!

Aku pulak...walaupun aku kena adjust balik budgeting aku, aku bersyukur jugak. Sebabnya, selama ni aku kejap bayar kejap tak duit zakat, (tengok belanja bulan berkenaan). Kurang-kurangnya sekarang dah tetap....dan aku ingat balik hikmah berzakat yang dipelajari kat sekolah agama dan masa subjek Pengajian Islam.....juga azab kat Akhirat bang oiiii....

Si penyokong membebel bila pemerintah bagi arahan...tapi yang bukan penyokong, menyokong tindakan tersebut...ironi kan?

Monday, June 16, 2008

Naik!Naik!Naik!

Aku malas nak cerita pasal kenaikan harga minyak...banyak dah dalam forum bincangkan dan banyak dah bloggers yang menulis samada menyokong atau menentang.

Bila naik harga keperluan asas macam makanan dan minyak, maka kesan domino akan berlaku kan? Kat kantin tempat aku kerja ni pun makcik jual kuih dah naikkan harga dari 25 sen sebiji kepada 30 sen sebiji. (So, camne dengan janji 'penurunan harga barang' Mac lepas?)

Apa yang buat aku tersenyum sinis ialah....wife aku ada hantar kuih kat makcik tu. In fact, lebih separuh kuih dijual makcik tu dibekal samada dari wife aku (karipap aje, dua jenis) atau beberapa supplier lain. Dari 25 sen tu, dia ambik komisen 5 sen. Bila dah naik harga ke 30 sen, haha, komisen dia naik 8 sen! Amboi, modal hape tak keluar, komisen naik tiga sen....overhead dia maintain camtu jugak! Dan yang paling best, sepatutnya wife aku la yang mintak naikkan harga....

Thursday, June 12, 2008

Pameran Jubli Emas TUDM

Setelah mendengar keluhan orang Shah Alam mengenai pergerakan udara di angkasa Subang...aku nak bagitau pengalaman aku masa pergi TUDM Subang minggu lepas. Memang cantik la Jubli Emas TUDM jatuh sama tarikh dengan time aku balik kampung (atau sebenarnya aku yang adjust cuti supaya dapat pergi Subang? Haha!)

Sebab hari Ahad maka famili adik aku pun nak join sekali. Wife aku tak nak pergi memandangkan anak aku baru 3 bulan...takkan nak jemur kat tarmac tu? Lagipun bukan lama sangat, menjelang tengahari kami dah balik dah. Aku cakap adik aku, kita keluar pukul 7. Bukan apa, biar senang nak cari parking sedekat yang boleh! Itu pun keluar pukul 7.20 tapi sebab jalan tak jem serta gaya pemanduan adik aku yang lebih terer dari aku...maka pukul 7.45 dah sampai. Masih agak kosong lagi parkir Masjid TUDM tu jadi dapat la park kat tepi pagar pangkalan. Orang agak ramai jugak melilau sekitar kawasan pameran. Sambil berposing dan snap gambar Tebuan, Sabre, Skyhawk, Hornet, Macchi (yang mana baru aku sebutan dia bukan 'Maci' tapi 'Maki'), Flanker, Fulcrum, Hawk, Tigereye, King Air, Hercules juga beberapa pesawat ringan awam kami bersembang dengan pengawas pesawat dimana aku dapat tahu Maki tu akan diupgrade. Juga kelihatan bebrapa pengunjung sakan mengambil gambar cockpit Maki dan Hawk, dimana aku rasa tu bukan spy, tapi modeler nak buat detail research!

Habis di tarmac kami bergerak ke hangar dimana sebiji Flanker serta persenjataan pesawat dipamerkan, juga booth untuk skuadron-skuadron TUDM serta kontraktor mereka. Sedang aku membaca data placard bom panduan TV Kh-59, seorang pegawai menegur, menanyakan aku dari mana. Mendengar aku dari Kedah dia bertanya dari mana aku tahu pasal pameran tersebut. Aku kata melalui forum-forum tempatan....yang menyebabkan dia ingat aku ex-serviceman! Kata pegawai tu, ada orang komplen pasal takde publisiti. Tapi kata dia kalau buat publisiti meluas, nanti tak terkawal pulak! Dan perbualan aku melalut kepada persenjataan yang dipamerkan (cuma aku terlupa nak tanya, kenapa tak pamerkan RVV-AE atau AIM-120?) Menjelang masa ni, orang dah mula ramai dan keadaan menjadi sesak-panas! Sedang aku melawat booth 17 Skuadron, terdengar bunyi enjin pesawat dihidupkan. Ya! Masa untuk pertunjukan udara...dan orang mula meninggalkan hangar. Aku cakap dengan adik aku, kita lepak bawah sayap C-130 redup sikit!


Sebab tercari-cari pesawat yang akan membuat persembahan, burung terbang pun orang ingat pesawat! Persembahan dimulakan dengan acara terjun bebas anggota PASKAU dari pesawat CN235 (nampak CN tu terbang tinggi tapi tak perasan pulak ada empat objek hitam tu orang!). Sedang khayal tengok tiba-tiba penonton dikejutkan deruman kuat dua pesawat Hawk (hampeh betoi, datang dari belakang - Shah Alam) yang turut menyebabkan banyak budak-budak menangis ketakutan! Salah sorangnya anak sedara aku yang akhirnya menutup mata sepanjang persembahan! Hawk juga membuat mock strike dimana dentuman pyrotechnics menyebabkan lagi ramai budak menangis!


Persembahan diteruskan dengan pertunjukan spie rig oleh pesawat Nuri serta anggota PASKAU tadi. Ini diikuti dengan persembahan aerobatik pesawat PC-7 (bila ingat balik, macam merdu aje bunyi propeller ni). Persembahan seterusnya oleh pesawat F/A-18D Hornet yang juga membuat persembahan aerobatik (dan mengingatkan aku betapa kuatnya bunyi enjin F404).


Persembahan Hornet diikuti oleh pesawat MiG-29N dimana 3 pesawat mengambil bahagian - satu solo flight makala yang dua lagi terbang bersama. Time Fulcrum ni senang sikit nak ambik gambar pasal asap ekzos serupa lori balak....cuma aku rasa pelik sikit, ada ketikanya tak dengar bunyi enjin RD33 tu.....


Persembahan terakhir merupakan persembahan paling ditunggu-tunggu...Flanker! Pesawat tempur terbaru TUDM ini menunjukkan kebolehan supermaneuverability, meliang-lintuk aku tengok aerobatik dia...omputih kata 'poetry in motion'...sayang depa tak buat Pugachev Cobra. Dan macam Fulcrum tadi, ada masanya tak kedengaran bunyi enjin AL-31 tu.


Habis persembahan aku balik semula ke hangar tapi dah pukul 10 ni, orang memang dah ramai sangat, potong stim aku nak melawat booth lain. Last2 aku pergi booth 11 Skuadron, kasi angkat sticker kereta dengan t-shirt. Berpeluh-peluh pilot/WSO yang bertukar jadi penjual souvenir!

Nampak jugak CO 11 Skuadron tu, nak bersembang dia tengah layan orang lain. Takpe le....Kat booth PASKAU pulak abis semua senjata diletak dalam bekas..itu pun tak sebanyak depa bawak masa Open Day KTU tahun lepas. Tapi ada jugak sorang tu pakai assault gear, sorang lagi pakai ghillie suit. Yang menarik ada sorang pelawat tu posing maut dengan MP-5..memang kelako!!

Settle kat dalam aku ke luar, kat booth awam. Beli la lagi sikit t-shirt untuk orang kampung....nampak jugak model yang free kalau beli Air Combat Collection dijual pada harga berganda-ganda! Nampak jugak model skala 1/100 pesawat TUDM...RM89.90 sebiji.....Baik le aku beli model 1/72....Sebab anak sedara aku dah tak tahan panas, aku pun balik le.....By this time, memang sesak habis kawasan tu. Lepas-lepas tu aku dapat tahu kehadiran dianggarkan 100,000 orang. Juga aku dapat tahu, TUDM mungkin tak buat lagi, pasal ke'jakun'an sesetengah pengunjung. Antara cerita yang aku dengar ialah, ada awek pergi main-main 'canopy jettison handle' RF-5E, ada mamat bergayut kat pitot tube Su-30MKM....dan sampah yang bersepah-sepah (major potential FOD woooo)

Gambar-gambar lain boleh dilihat dengan meng'klik' Flickr badge kat margin kanan blog aku.

Tuesday, June 10, 2008

F#@k you Biggles! People Are Trying to Sleep!

31 Mei dan 1 Jun 2008 lalu merupakan perayaan Jubli Emas TUDM. Maka berterbangan la pesawat TUDM di ruang angkasa LTSAAS / TUDM Subang...nampaknya ada orang tak puas hati...

RMAF jets rattling peace

LATELY, there seems to be an influx of Mat Rempits in the Subang skies.

These, of course, aren't motorcyclists. Instead, fighter jets have been constantly terrorising the peace and serenity of the surrounding area.

The extremely loud noises have never failed to jolt my babies from their sleep.

My elderly parents are also often woken up by the noises from 9am onwards.

Besides the noise, which seems to be tearing apart the sky, these jets also cause the windows of my house to rattle.

his is experienced not only by me but also by residents of Subang Jaya and Ara Damansara.

JL,

Shah Alam, Selangor.

Menyamakan juruterbang dengan mat rempit? Memang siot la dia ni. Terrorising? Jet tu semua terbang perlahan...dan walaupun bunyi kuat, tapi takde la sampai 'terrorising'. Aku ada kat Shah Alam, tak kuat pun, sound level lebih kurang sama masa LTSAAS masih berfungsi 100%. Jolt your babies from sleep? My 3 month old son slept soundly!

Parents terbangun dari tidur lepas pukul 9? Mak aku pun elderly jugak tapi pukul 7 dah 'up and running'....macam-macam la dia orang ni!

Benda ni ada dibincangkan kat lowyat.net. Dan reply ni yang paling menggelikan hati (stick to being a nerd, dude!) Go figure...

"What for they wanna show us we have jets? If Singapore or US or any country send their jet to destroy us we will die like katak".

"Why malaysian buy outdated technology? So ex our malaysian use machine gun ? American already using snipers and homing missle dude."


Thursday, May 29, 2008

Keluhan Perantau

Masa aku (dan juga lain-lain rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran) yang di UK

- Walaupun MSD sediakan transport dari Heathrow ke destinasi masing-masing, kami kena bayar tambang/sewa sendiri. Batch sebelum aku kena cari sendiri!
- Mana-mana budak yang simpan dokumen penting (macam financial guarantee, offer letter) dalam cargo, alamat dapat entry 6 bulan aje. Dan bila tempoh tu habis, kena pergi pejabat Imigresen UK, sendiri - International Office universiti setakat bagi guide aje...member aku sampai kena pergi Swansea dari Aberystwyth (aber tak ada pejabat imigresen).
- Anak-anak student belajar kat public school tempatan.
- Walaupun dapat guaranteed accomodation (terutama masa freshie), ramai yang lebih suka sewa rumah
- generally meek, law-abiding...pious

Dan bila foreigner dapat study kat Malaysia
- Ada transport Universiti tolong ambik (tak selalu tapi ada sekali)
- Mana-mana calon pelajar yang belum dapat offer letter, boleh masuk guna pas lawatan sosial. Untuk urusan pertukaran visa kepada student visa, International Office yang buatkan.
- Depa demand accomodation dalam kampus...alasannya, tak tahu nak cari rumah, jauh, takut keselamatan, blablabla....
- Depa demand nak buat tadika sendiri, sekolah rendah sendiri.....
- Dok usha amoi, Indon....buat suka hati dengan peralatan kolej, siap sub-let bilik lagi!

Seronok jadi foreigner kat Malaysia!

Tuesday, May 27, 2008

...Forget Weapons, Use Faith, Justice and Truth!

Ni kira sambungan entry Pink Commandoes kat bawah tu.

Aku dapat benda ni dari perbincangan dalam forum Cari. Jadi sekali lagi, kita ke Parlimen...kisah perdebatan mengenai pertahanan Malaysia. Ada sorang MP baru mengatakan kita TAK perlu BELI senjata canggih (bukan tak perlu bayar KOMISEN / guna ORANG TENGAH). Sebabnya? Kata YB tu mujahidin Afghan dapat kalahkan kuasa dunia (Soviet Union) tanpa perlu mendera, tanpa senjata canggih - cukup dengan berbekal keyakinan, keadilan dan kebenaran. Senjata mahal dan canggih adalah tidak relevan.

Sorang lagi MP cakap tak fikir dulu. Sehingga pertengahan 80an, Mujahidin Afghan agak tertekan dengan ops tentera Soviet terutamanya dengan pesawat Su-25 Frogfoot dan helikopter gempur Mi-24 'Hind'. Dan telah tercatat seorang anggota mujahidin mengatakan 'We are not afraid of the Russians, but we are afraid of their helicopters'. Hanya selepas mereka dibekalkan persenjataan yang lebih baik, termasuk peluru berpandu Stinger barulah mereka mampu menghadapi serangan udara bantuan rapat V-VS. Stinger bukan senjata canggih (untuk era 1980an)? Dan juga perlu diingat, Mujahidin hanya timbul selepas penaklukan Soviet pada Disember 1979 - musuh dah masuk! Dan juga Mujahidin bukan standing army, tapi militia/gerila. Takkan standing army cukup pakai assault rifle, LMG, RPG dengan mortar aje?

Sebab MP tu berimej Islam, dimana, ikut katanya, kita hanya perlu bertawakal, maka mungkin petikan-petikan dibawah boleh direnungkan:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Surah Al-Anfaal, ayat 60)

Rasulullah S.A.W. pernah bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu: “ Aku bertawakkal kepada Allah”. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda: “Tambat unta kamu dahulu, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Krdit kepada tin dan standupper bagi entry ini

Wednesday, May 21, 2008

Pink Commandoes

Sedang aku melayari laman forum Cari.com, aku terjumpa satu thread mengenai salahlaku jurulatih GGK (Gerup Gerak Khas). Alkisahnya seorang ahli parlimen mengadu mengenai deraan atas pelatih KOMANDO...ye diulang lagi, KOMANDO. Kata YB tersebut, dia tak pernah tengok latihan sebegitu, dan dakwanya lagi, bekas komando yang beliau jumpa juga berkata mereka tidak pernah dipijak kepala ketika latihan. Kata dia lagi, kepala adalah anggota badan paling tinggi darjatnya dan tidak patut diperlakukan sewenang-wenangnya. Juga kata YB tersebut, ibu bapa juga tak mahu anak mereka diperlakukan sebegitu jika memasuki ATM.

Semua orang nak popular ye? Gamaknya lepas ni latihan komando setakat pakai Counterstrike dengan Splinter Cell, ujian jasmani dalam air-conditioned gym serta jurulatih yang lemah lembut serta berbudi bahasa yang tinggi. Katanya bekas SU Politik MINDEF, tapi macam dia tak tahu yang latihan komando adalah 100% secara sukarela oleh anggota TD yang dah sedia berkhidmat? Ni bukan boot camp kat PD tu (kalau rekrut baru nak masuk TD, ye la jugak). Kat kem Sungai Udang pulak siap ada slogan 'Kedatangan anda tidak diundang - jika ragu sila pulang'.. Dan ada dia tahu pasal latihan SERE? Dan ada dia kaji sejarah di mana anggota komando ni lah yang akan menerima nasib paling buruk jika ditawan musuh - contohnya Hitler yang mengeluarkan 'Commando Order' pada 1943, tu tak campur kena siksa kaw-kaw punya. Kena pijak kepala would be the least of the captured commando's concern! Gamaknya kalau dia tengok video latihan KOPASSUS dengan Spetznaz, terus muntah hijau!

Banyak lagi cara nak popular YB......

Thursday, May 15, 2008

Chicken ham (dan Ginger Beer) punya cerita!

Ada seorang sahabat forward e-mail ni kat aku....

"Kejadian ini berlaku di FOOD COURT Mydin Subang Jaya, Pada 22 /09/07 saya sekeluarga lebih kurang jam 10 30 pagi ke mydin ni untuk berbelanja , biasalah dah sampai semasa di ruang legar tinjau2 dulu apa yang tergoda dek hati dalam bulan PUASA ni ,hiasan di tambah maklum lah nak goda pengunjung2 , dan saya sendiri pun dah mula tergoda tapi yang heran atau memang gerak ALLAH saya terbaca banner MENU makanan yang digangtung. MASYA ALLAH apa yang saya lihat salah satu dari MENU ia itu No 15 tertulis HAM , saya tak lah arif sangat pasal resepi dari BABI ni dan dengan rasa saya tanggung jawab atau MUNGKIN kerana ALLAH nak uji sejauh mana keberanian dalam hati saya yang kerdil ini saya memanggil jurujual di salah satu gerai dan menegur kenapa ada MENU dari BABI dan si juru jual bertegas semua MENU di sini HALAL katanya. Tapi kerana tak tak yakin dengan jawapan nya saya panggil saorang lagi untuk memastikan apa benar yang di kata semua HALAL dan minah ni kata tu memang BABI. Saya ucapkan terima kasih pada nya , nilah bagus nya ada hand phone yang berkemera saya ambil GAMBAR BANNER tu dan pas tu saya terus kan hasrat saya berbelanja.

Selepas tu semasa nak pulang bila poket dah mula ringan dah di infak kat Tok Mydin, hati saya masih tergerak nak tengok BANNER tadi. ALHAMDULILLAH apa yang saya lihat MENU tadi dah di TUTUP dengan KERTAS, makne nya betul lah BABI. Saya sekali lagi ambil gambar BANNER tu dan saya bertekad akan hebah kan perkara ni kerana dalam hati kecil saya tak REDHA ada orang Islam termakan benda2 tak HALAL apa lagi dalam bulan yang mulia ni.

Yang pasti BANNER dah di tutup tapi menu nya WALLAHU A'LAM tolong hati2 kalau masih nak makan. Mencari yang HALAL ada lah fardhu pada kita mencari yang sedap tu kalau TERMAMPU buatlah."

Mungkin yang tulis email ni kurang faham. ‘Ham’ disini lebih merujuk kepada proses penyediaan daging. Benar ham dikaitkan dengan daging khinzir, tapi ianya juga boleh dibuat daripada white meat i.e. daging burung seperti ayam dan turkey. Sebab tu kat banner tu tulis ‘chicken ham’ (gambar ada tapi aku malas le nak upload). Budak yang kerja kat situ pun tak tahu jugak, maka berlaku le kesilapan tu. Elok jugak la penulis buat statement ‘kalau dia silap’ (yang aku edit dari petikan di atas).Dan samada ayam tu sendiri halal ke tak, itu chapter lain dalam episod yang sama.

Teringat pulak masa aku A-Level dulu, ada sorang mamat ni dihadapkan ke Lembaga Tatatertib PPP/ITM sebab ada sorang ustaz ni tangkap dia minum beer....GINGER BEER. Mamat tu berkeras cakap kat ustaz yang Ginger Beer bukan arak, siap tunjuk lagi content kat tin tu, tapi ustaz tu tetap tak percaya dan rampas tin air tu nak buat bukti. Aku dengar cerita Lembaga Tatatertib Pelajar maintain profesionalisme diaorang (ie tak tergelak) bila kes tu dibicarakan....verdict Lembaga? Sah le buang kes!

Sunday, May 11, 2008

Mari Melayan Banker....Malaysia!

Hari Jumaat baru ni, sedang aku menolong wife buat kerja dapur...telefon berdering. Dihujung talian, seorang yang aku tak ingat namanya memperkenalkan dirinya sebagai seorang staf HSBC. And he's making me an offer I can't refuse, which is....

- Aku ditawarkan upgrading kad kredit classic Visa kepada Gold Card
- 'Kebaikan' yang aku dapat - tiada yuran tahunan sepanjang hayat, faedah 1.8% diturunkan kepada 0.5%, kredit kad sedia ada boleh transfer ke kad baru.
- Aku bertuah sebab 'Bank Negara' dah bolehkan aku upgrade kad
- Dia mention baki hutang aku ada RM2,829.73, which actually makes me wonder...mana datang RM800? Ada kutu buat illegal transcation ke?

But, as they say, there is a catch....

- Kad sedia ada akan ditamatkan sebaik aku terima tawaran tadi.
- Kawan tu tanya aku, aku ada akaun HSBC tak. Aku kata takde dan dia minta aku buat satu. Dia tanya aku ada akaun bank lain. Aku kata ada...dan dalam masa yang sama aku dah cuak dah.
- Yang lebihnya aku dah tak ingat...tapi apa yang pasti, dia suruh aku deposit RM2,000 dalam Maybank bagi tujuan kad Gold Visa tu - katanya Maybank ada JV dengan HSBC (so what?). Tambah dia lagi, masukkan guna cash deposit machine, jangan guna teller (apa hal pulak?)

Jadi aku naik angin...apahal HSBC nak upgrade kad aku tapi mintak RM2,000? Padahal annual fee Gold Card dalam RM100-RM150 aje (ye ke?). Dengar aku naik angin, dia kata "kalau encik tak nak, kad lama kami tarik balik". Tambah aku lagi, duit saya dalam dua akaun tu tak sampai RM2,000, mana saya nak cari duit?! And he got the balls to say "Encik tak boleh macam tu, Bank Negara dah bagi keistimewaan ni!". Lagi aku naik angin, macam ni ke you buat kerja? Terus dia senyap dan akhirnya talian diputuskan.

Aku tak puas hati, aku call Customer Service HSBC. Mula-mula aku tanya baki aku...telebanker kata balance last statement aku RM2,029.73 dan current balance aku kurang dari tu (sebab aku baru bayar minggu lepas). Lepas tu aku tanya, samada HSBC ada buat promosi naiktaraf kad. Dia kata ada, tapi untuk pelanggan terpilih aje. Dan aku tanya lagi, kalau customer tak nak, apa dia orang buat, ada tarik kad sedia ada tak? Kata dia, kami biar aje la, buat kami nak tarik balik...lain la akaun yang default memanjang!

Sah!! Ada malaun cuba nak klepet aku....dan dari gaya percakapan dia, somebody on the inside, yang boleh tahu jumlah credit balance aku (dia silap satu digit aje)...tahu offer yang diberi HSBC...atau sekurang-kurangnya orang yang dapat access CTOS. Juga aku teringat, bulan lepas ada jugak HSBC call, nak offer takaful (untuk pelanggan terpilih jugak) tapi bila aku reject, sebab aku dah ada, dia orang setakat cakap terima kasih aje le.

Kalau aku terima offer mamat tu? Huh, Gold Card entah ke mana, kad sedia ada tetap boleh pakai....dan aku hilang RM2,000!

Wednesday, May 07, 2008

Hantu Pun Pandai Guna SMS!

Terbaca benda alah ni dalam internet...ada tersebar satu SMS berbunyi seperti berikut:

"Nama aku FARIDA, umurku 23 tahun. aku telah meninggal dunia pada tanggal 17.01.08..baru jer 3 bulan...aku telah diperkosa,dibunuh dan tubuhku telah dipotong2, jasadku pulak telah dibuang di persisiran pantai..maaf,aku tak sempat melihat papan tanda nama pantai tersebut kerana pada masa itu aku telah MATI.tapi yang pastinya aku berada di sekitar negeri TERENGGANU. AKU mencari pembunuhku setelah polis gagal menemukan jasadku. Sesiapa yang membaca mesej ini sila sebarkan kepada kawan2, emailkan dan pastikan jasadku di temui walaupun separuh dagingku telah di makan oleh ikan2 di lautan. JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENGHIRAUKAN MESEJKU INI KERANA JIKA TIDAK AKU AKAN MUNCUL DI TEPI KATILMU PADA MALAM INI . SEKURANG2 NYA ENGKAU PERLU LUAHKAN RASA KASIHAN ENGKAU PADAKU KAT SINI ..TOLONGLAH AKU"

Kelakar...boleh hantar SMS from beyond the grave. Tak sempat tengok nama pantai sebab dah mati? Tapi 'nampak' pulak kena buang kat pantai dan tahu pulak kat Terengganu! Apasal la Farida susah-susah suruh edar SMS nak kasi tau Farida dah mati....SMS Rakancop boleh, takpun dail 112 kalau guna handset...kalau jumpa public phone, dail 999.

(Yang memandai dok buat SMS ni...dah takde kerja lain ke?)

Monday, May 05, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai (Bukan Sajak Tun Dr. Mahathir)

Dalam posting aku beberapa purnama dahulu, aku ada cerita bagaimana jarum PKM mula menusuk semula dalam masyarakat Malaysia. Nampaknya mereka pandai mempermainkan sentimen rakyat yang kurang berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Sebab rakyat rasa kerajaan sekarang 'tak betul' maka yang dulu pun turut sama 'tak betul'. Ramai yang kata sejarah ditulis oleh mereka yang memang. Benar, tapi ramai juga yang lupa sejarah merupakan kisah dan pengalaman yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Cuma bila dah senang sekarang, generasi baru ni mengatakan yang lama itu salah. Kena pulak jenis yang BUTA SEJARAH....macam petikan kat bawah ni....

"Apa yang aku tau la... ni atuk aku cite (ye ke atuk dia cite..)... act. komunis ni x wujud.. kerajaan masa tu yg gelarkan mereka komunis.. masa jepun kalah.. british menjajah lagi malaya.. n then parti bintang lima dan tiga (klau x silap la), dorang ni menentang british.. dorang nk merdekakan malaya ni..

Bila penentangan terlalu kuat, british pun serang la dorang.. so, 'komunis' ni terpaksa la lari dalam hutan. N dorang pun bukan calang2 org, beranii mati gak.. so dorang beli n deal dgn komunis betul kt china sana utk beli senjata mcm senapang tu.. biasa la, masa tu kerajaan pun tuduh la dorang komunis.. so, paper2 masa tu pun slalu la kuar pasal 'komunis' (parti bintang lima) ni, jahat..pengkianat negara... ala... mcm paper2 skrang gak la... kerajaan je la yg betul... yg menentang kerajaan kira jahat la...

Masa tu dorang fight dgn british, yg jadi masalah nye... askar2 british kt malaya tu sape? org melayu gak la... sbb tu klau tgk cite kt tv, askar melayu masuk hutan lawan 'komunis' cina... tu semua propaganda je.. bintang lima yg digelar komunis tu, ramai je org melayu..cina pun ramai...
Dulu masa atuk aku cite, aku x pecaya sgt,, bila dh besar skit... n then pikir balik betul gak... klau compare kerajaan skng ni, dorang bleh buat ape saje... paper pun dorng kontrol...ISA lagi... so x mustahil zaman 'komunis' dulu pun salah satu propaganda je.. dan org malaysia masa tu semua menganggap dorang komunis dan kejam... parti bintang lima (aku x panggil komunis sbb kerajaan yg panggil komunis) "

Dia lupa ke dalam masa 14 hari antara penyerahan Jepun dan BMA, Bintang Tiga (bukan BINTANG LIMA!!!!) mengamuk membunuh collaborator Jepun (yang juga bermakna sesetengah patriot Melayu yang memandang Jepun sebagai liberator) dan hanya dibendung oleh Kiyai Salleh? Komunis bukan bergerak hanya pada 1948 saudara! Juga dia lupa komunis seantaro dunia masa tu 'bersaudara'? Juga senjata yang dipakai PKM awalnya ialah senjata yang diberi British dan disembunyikan sebeleum MPAJA dibubarkan? Dan ayat terakhir memang buat aku gelak...apakan tidak...memang 'C' atau 'K' dalam CPM/PKM bermaksud Communist/Komunis! Propaganda? Mata saudara yang saya rasa tidak sampai 30 tahun mungkin melihatnya begitu...bagaimana dengan mata jutaan rakyat yang hidup masa itu? Yang melihat sendiri punca mata pendapatan mereka dipotong, ditebang, dibakar, dimusnahkan atau dirampas? Adakah itu tindakan yang 'tak kejam'? Askar Melayu lawan komunis Cina saja? Dia mesti tak pernah dengar nama macam CC Too, Kapten Maurice Lam, Kapten Mohana Chandran, Lt Muda David Fu Chee Ming dan ramai lagi.

Mungkin juga dia tidak pernah mendengar perkataan seperti gulag, NKVD, class vengeance, concentration camp, re-education camp, labour camp dan sebagainya, apatah lagi peristiwa-peristiwa berikut
1. Great Purge
2. Hungarian Revolution 1956
3. Invasion of Czechoslovakia 1968
4. Cultural Revolution
5. Khmer Rouge administration
6. Tiananmen Square massacre

dan mungkin dia cuma nampak deretan kereta mewah di Beijing.. sebab itu dia menyanjung perjuangan PKM!

Ada sorang lagi mengatakan kemerdekaan Malaya pada 1957 hanyalah sebagai boneka British. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi dia pun lupa, jika PKM menghalau British maka bebaslah Malaya dari menjadi boneka British. Mungkin bagi sahabat tu, mengikut telunjuk Republik Rakyat China atau Soviet Union bukanlah boneka. Glamer le sikit bunyinya kalau Malaya digelar Iron Curtain of Asia!

Untuk menutup, aku petik kata-kata Alfian@mmc : "kalau tak pernah mengalami sesuatu zaman itu...memang senang nak menukar intipati tentangnya".

Tuesday, April 29, 2008

Benda Free dan Penyokong Halimunan

Orang Malaysia ni, kalau nak digeneralisekan, pantang tengok benda free. Mesti nak sapu, sampai berebut-rebut! Dua peristiwa buat aku teringat hal ni. Pertamanya jamuan Hari Raya dianjurkan Muzium Negara beberapa tahun lepas. Jamuan tu dibuat untuk pelancong luar tapi yang menyapu bersih sate dan lain-lain hidangan, orang Malaysia sendiri! Satu lagi ialah bila kerajaan negeri Kedah offer tiket percuma perlawanan Liga Malaysia. Beratur panjang kat Stadium Darulaman sampai pecah pintu turnstile tu! Tapi bila aku tengok perlawanan berbayar selepas itu, tengok banyak ruang kosong dalam stadium (tu Champions punya team tu!)..mana pergi orang yang dok berebut tiket free tu? Awat, kena bayaq teruih tak mau tengok ka? Dan begitulah perlawanan seterusnya...

Satu lagi, kiranya setiap game ada la dalam 20-25,000 orang dalam stadium yang boleh muat 40,000. Tapi korang tengok le nanti kalau Kedah masuk final....aku jamin Stadium Nasional atau Shah Alam mesti penuh sesak. Maknanya, satu team dalam 40-50,000 penyokong. Jadi mana datang lagi 20-25,000 orang lagi tu? Tunggu final baru nak tengok ka?

Sunday, April 27, 2008

Bila Terasa Boring!

Hujung minggu baru-baru ni...sedang aku termenung panjang dalam bilik termenung, aku tertanya-tanya. "Siapakah pemilik kenderaan-kenderaan bernombor pendaftaran berikut?"

- BAB 1
- TAH 1
- MAT 1
- NAB 1
- WAN 1
- MAW 45
- MAW 1
- MAL 45
- PAN 45
- PEN 15
-JAW 4

Kalau ada yang nampak, drop me a line.....

Thursday, April 24, 2008

Satu Kisah Haru

Ceritanya begini:

Satu masa dulu, seorang pemuda bernama 'A' bertunang dengan seorang gadis bernama 'I'. Sedang dalam pertunangan, A berkawan pula dengan awek bernama 'B'. B ni perangai tak elok sikit, senang cakap ada ciri-ciri bohsia. Kata A, dia berkawan dengan B sebab nak 'pulihkan' dia ni. Ok, takpe. Masalahnya, A asyik dok berkepit dengan B, dan nampak macam dah lari tujuan 'pemulihan' si A tu. In fact A diketahui ada cakap dengan B yang dia bercadang nak mengahwini B. Jadi dah tentulah I marah, kan? Tapi yang anehnya, si A ni cemburu gila dengan tunang dia. Habis disuruh tunang dia jangan keluar makan sekali pun dengan rakan sekerja lelaki. Yang lagi haru, si A sanggup travel 100km nak tengok apa tunang dia buat - siap sampai maki-hamun suruh turun jumpa dia! A juga suka mengada-adakan cerita dan menggunakan nama orang lain untuk menyokong tindakannya / merendahkan kredibiliti orang lain.

I dah tak sanggup, maka dia mengadu kat abang dia, 'G'. G ni suka berdiplomasi jadi dinasihatnya si I dan A. Tapi sekejap aje...A teruskan perangai buruk dia serta masih jalinkan hubungan dengan B. G naik bengang sampai dihambat kereta A yang sedang merendek dengan B. I akhirnya naik muak dan akhirnya putuskan pertunangan. Nak tambah sakit hati lagi, si A rupanya ada guna bomoh nak tundukkan si I!!

Fast forward lima tahun selepas itu. Kakak I, 'E' ada bercerita dengan G pasal usianya yang semakin lanjut (tak la lanjut sangat...baru 29 tahun!) dan melahirkan hasrat nak berumahtangga. Bila ditanya siapa yang nak diambil sebagai suami, E menjawab...si A!!! G terkedu sekejap sebelum mulutnya berkata-kata umpama GPMG memuntahkan peluru. Apa mungkin dia nak mendirikan rumahtangga dengan bekas tunangan adiknya? G rasa ada yang tak kena lalu menghubungi mereka yang arif. Maka didapati si A sekali lagi menggunakan ilmu kebatinan untuk menawan hati si E!!! Walaupun G merasa amat berang, akhirnya dia terpaksa akur kerana waris E yang lebih tua bersetuju untuk menjodohkan mereka (sebab nak elak masalah moral yang boleh timbul). Ini ditambah seorang waris E yang tak tahu cerita asal, kita namakan dia Mak J...dan ada personal issues dengan G. Mak J ni suka hasut orang menyebabkan E tak menghubungi G sejak pertunangannya dengan A.

G bukan apa, dia takut pisang berbuah dua kali....ye la, putus tunang sebab A buat hal...ni nak kawin dengan kakak E pulak. Memang la patut A diberi peluang kedua, tapi kalau dia ikhlas...kenapa perlu guna ilmu batin sekali lagi???? Apa yang G boleh buat ialah berharap E akan berbahagia ke akhir hayat....dan berharap agar dia tak keluar ayat 'Kan aku dah cakap...kau tu degil!!!' di suatu ketika nanti.

Apa korang buat kalau korang jadi si G tu?

Sunday, April 20, 2008

'Armchair Generals'

Sedang aku merayau dalam sawang seantaro dunia...hehehe mencari malaun mana yang salin entry aku tanpa kebenaran, aku terjumpa satu forum ni...memang aku gelak. Depa bergaduh pasal penaiktarafan ATM. Geng Malaysia gaduh dengan Indonesia...Aku ni bukan la pandai sangat pun, tapi aku tergaru kepala jugak dengan perdebatan dia orang - berikut antara point yang 'menarik':

"indonesia la yang bodoh. Bumar labedy pt91m itu tank germany yang dimodified oleh poland menggunakan latest technology russia."
[PT-91M tu asalnya tank RUSSIA yang dimodify POLAND jadi PT-91 dan ditambah peralatan lain ikut keperluan ATM menjadi PT-91M]

Kan berhadapan dengan kapal selam rusia kelas silo terbaru yang termodern di classnya...dan kapal selam (submarine) ini paling ditakuti oleh nato......., sila melawan ....hanya 3 ???? Kita 12 submarine silo (peluru berpandu nuclear)+ 3 yang telah ada....., mati dan tewas aja kau.....”
[Projekt 636 (Kilo-class, bukan SILO!) memang antara SSK paling canggih. Tapi ianya SSK, bukan SSBN..masakan SSK ada silo rudal balistik??]

Aku paling suka yang ni, beberapa quotation selepas ini dibuat oleh orang yang sama.

“struktur tanah di Asia tidak memungkinkan untuk menahan berat MBT…Anda juga musti liat apa Vietnam punya MBT sekelas M60 pada saat melawan US? Ini membuktikan bahwa anda tidak mempunyai pengetahuan yg cukup di bidang kemiliteran. Saya suggest anda baca dulu baik-baik mengenai sejarah-sejarah militer lalu balik cakap di sini.
[Memang betul M60 tidak dipakai di Vietnam tapi M48 Patton (45 tan) ada dipakai. Banyak juga tempat di Vietnam boleh menanggung berat M48. Juga memang benar NVA tidak ada tank sekelas M60…tapi mereka ada yang sekelas M48 iaitu T-54 (40 tan) yang digunakan ketika Easter Invasion 1972 dan Spring Invasion 1975. Juga kalau struktur tanah Asia Tenggara tak sesuai, explain the M60A3s, M48A5s and Type 69-II of the RTA, Leopard 2A4s of the SAF or the T-72s, T-62s and T-54/55s of the VPA? Hati-hati bung sebelum kata orang lain enggak punya pengetahuan!!]

“tank tempur sekelas VAB” – VAB merupakan sebuah APC, bukan tank!

“Negara lain (timur tengah) membeli MBT PT91M malingsia pun ikut ikutan membeli..padahal tidak cocok untuk medan di asia tenggara yang tropis.”
[Selain Poland, Cuma Malaysia sahaja guna PT-91…Arab guna T-54/55, T-62, T-72, Challenger, Abrams, AMX-30, LeClerc....]

“lagian PT-91M malaysia tidak dilengkapi dengan pelindung ERA, karena itu akan menjadi sasaran empuk AT weapon... sejak kapan PT-91 malingsia dilengkapi pelindung ERA..!!” [Yang penuh kotak-kotak kecik kat hull, turret dengan sideskirt tu apa? Kotak CD Erra Fazira?]

“Bahkan kita gak ngiler dengan Steyr AUG karena kita sudah mampu membuat senjata sendiri yg lebih cocok untuk Asia Tenggara.”
[Tidak dinafikan Indonesia ada industri senjata yang baik berbanding Malaysia. Malah Pindad SS1 (dan SS2) memang direka untuk lebih lasak di iklim tropika. Cuma, ianya bukan rekaan asli mereka, sebaliknya ianya ialah versi rifel FN FNC buatan Belgium]

“U-209 (merujuk kepada kapal selam kelas Cakra TNI-AL) bisa diarmed dengan Sub-Harpoon. Ko gak punya Harpoon kan? Masih pake Exocet MM-38 era Perang Malvinas kan?”
[Harpoon mula masuk perkhidmatan tahun 1977, jadi bukanlah satu sistem baru. TLDM buat masa ini tidak mempunyai Harpoon sebaliknya TUDM memiliki sejumlah Harpoon versi lancaran udara (AGM-84D). Exocet MM38 TLDM hanya dipasang pada FAC kelas Handalan dan Perdana. Kelas Jebat dan Kasturi dilengkapi MM40 manakala kelas Laksamana dengan Otomat Mk2. Scorpene pula akan dilengkapi dengan Exocet SM39. Oh TNI-AL juga masih menggunakan MM38 (kecuali aku ketinggalan bas)]

“Sukhoi kita sudah ada R-77 Ader. Tak punya kan ko missile ini? HAHAHAHAHA...F-16, 10 serviceable semenjak embargo dilepas taun 2005. Ko pikir yg baik kenapa TLDM kabur di Ambalat. Karena takut dihajar AGM-65 dari F-16 yg based di Balikpapan.”

[Seingat aku la, sejak TNI-AU dapat Su-30 dengan Su-27SK sampai la baru-baru ni, usah kata Adder, Atoll pun takde! Setakat guns-only!! Juga as if kita takde Adder (dan AMRAAM)! Amboi…Maverick dia aje dia ingat…AGM-84 kita camne? Aku dengar masa kekecohan kat Ambalat itu hari, Harpoon dah keluar dari weapons bunker? (Dengar aje la)]

Indonesia udah order upgrade version from your Su-30MKM, yaitu Su-30MK2.”
[Su-30MK2 ialah upgrade kepada Su-30MKK (Su-30 versi PLAAF) untuk membolehkan penggunaan guided munitions. Lagipun orang cakap la kan, Su-30MKM TUDM dengan Su-30MKI IAF versi Su-30 paling maju.]

“Brahmos baru tahap Surface-Surface Missile saja. Belum dikembangkan sebagai Air to Surface Missile dan anti-shipping.”
[Brahmos memang untuk anti-shipping. Ship-launched version is already in service..so is the land launch version. Air-launched version is under development. The statement comes from the guy who wants others to get their facts right....talk about the pot calling the kettle black!]

Arwah Sudirman

Malam tadi TV3, melalui slot Majalah Tiga tayangkan pasal Sudirman dan konsert mega di Chow Kit Road pada tahun 1986. Teringat pulak zaman bebudak dulu. Aku tak la tengok kat Choket tu, cuma setakat konsert tour yang ditaja Honda. Kat Tapak Pesta Batu Pahat. Punya la ramai orang! Yang aku ingat sekali, arwah naik Kapchai atas pentas sambil menyanyi (lagu apa dah tak ingat!!)

Apa yang aku nak sentuh di sini pasal pemergiannya. Ramai yang kata beliau meninggal akibat AIDS...semuanya merujuk kepada nurse (yang tiada bernama - macam biasa) di Hospital Tawakal. Tapi bila aku tengok Trek Selebriti sebelum ni, aku terfikir balik. Kata Habsah Hassan, kalau betul arwah meninggal akibat AIDS, kenapa jenazah dikapan seperti biasa dan saudara mara serta sahabat handai masih boleh mencium jenazah? Kalau orang tu meninggal akibat AIDS (terutamanya sekitar lewat 80an - awal 90an), maka jenazahnya akan dirawat dengan disinfectant dan setelah dikapan, akan dimasukkan dalam karung plastik...seterusnya diletak dalam keranda yang berseal.

Aku tahu le pasal dua abang kawan baik aku masa sekolah (juga sedara wife aku) meninggal akibat AIDS (mat fit). Bila jenazah bawak balik rumah, setakat boleh tengok keranda aje le....

Entah lah...cuma kepada sesiapa yang dok berkobar-kobar kata arwah tu songsang, kurangkan la sikit 'semangat' tu...Mana la tau semua tu fitnah, kang tak pasal-pasal awak punya amalan arwah ambik kat Padang Mahsyar. Elok-elok surplus, terus jadi defisit!

Thursday, April 17, 2008

Bureaucrats Talking Bureaucrap

Salam semua. Aku terfikir sejenak saranan seorang big boss ni. Dia kata dia nak minit mesyuarat siap dalam masa 24 jam sebab ingatan ahli mesyuarat masih segar lagi nak buat tindakan. Kalau dah berhari-hari (malah berminggu-minggu), dah tak ingat, tak buat kerja dah memudahkan tunding-menunding jari di kemudian hari. Benar katanya cuma kesian le setiausaha nak siapkan minit untuk mesyuarat yang dijalankan sehari suntuk!

Tapi yang menarik perhatian aku ialah teguran beliau atas 'tiada minit - tiada tindakan'. Bagi aku adalah sesuatu yang amat menjengkelkan bila staf berkenaan tidak berbuat apa-apa semata-mata sebab 'tiada minit'. Habis korang tak ambik nota peribadi ke masa meeting? Atau tidur? Keputusan dah tau, buat aje le, apa kejadah nak tunggu minit?!

Wednesday, April 09, 2008

'Saya Teraniaya'...Ye lah tu!

Aku ada terbaca kat ruangan SMS pembaca sebuah akhbar tabloid. Kata pengirim, dia rasa teraniaya selepas disaman anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang. Aku memenag tergelak. Apa taknya, takkan pegawai JPJ tu nak pakai uniform naik teksi? Memang sah le drebar tu akan ikut peraturan - orang buat jahat biasanya bila tiada mata yang memandang kan? Teraniaya apa pulak bang, tu penumpang lain yang abang dok ketuk tambang teksi selama ni macam mana?


Juga aku teringat masa aku nak ke JPJ KL (Wangsa Maju). Aku tahan teksi, cakap nak ke JPJ, drebar tu terus kata 'tak pergi!' Gamaknya dia ingat aku JPJ undercover, padahal aku nak renew lesen aku!!

Sunday, April 06, 2008

'Solat Hajat'

Ahhh...bulan April muncul kembali. Bunga-bungaan mekar kembali stelah berbulan-bulan dilanda dingin dan salju...ewahhhhh. Tapi tu kat negara-negara empat musim di Hemisfera Utara aje le. Kat sini bermakna....musim exam hampir tiba!!!

OKeh, seiring dengan ambang exam ni, maka musim solat hajat pun timbul. Masjid kat sini memang dah buat program solat hajat untuk semua. Tapi masih ada golongan tertentu yang nak buat solat hajat ikut komuniti masing-masing. Biasanya kat surau kolej-kolej kediaman la. Tapi ada aku nampak surat satu persatuan nak buat solat hajat kat foyer fakulti dia orang....Apa kes? Dah ada masjid kenapa nak buat kat foyer? Dah la masjid tu kurang diimarahkan, ada pulak kutu boleh buat camtu. Tak paham la aku bebudak ni! Tu tak tambah lagi yang nilai kebersihan foyer tu...dengan orang, kucing, beruk dok lalu-lalang.....korang yakin ke area tu bebas najis?

Kalau aku jadi penasihat persatuan tu, aku cadang buat aje at masjid....pahala pun lebih banyak!

Monday, March 31, 2008

Fitnah!

Memang bebal le si Wilders, sang politikus Negara kaler Oren/Tulip nih... sedap aje buat filem footage kartun menghina Nabi, gambar serangan 9/11 dengan soundtrack ayat Al-Quran. Lepas tu bubuh title 'Fitna'. Yang dia tu buat fitnah apa kes???

Rather than exposing the 'savagery' of Islam, it actually exposes his hatred and idiotic ignorance. Aku rasa takyah la nak protes ganas-ganas. Makin le dia dapat political mileage.

Thursday, March 27, 2008

'Awak Kenal Siapa Saya?!'

Itulah ungkapan yang sesetengah bigshot (atau pasangan bigshot - biasanya pasangannya la kot?) juga orang yang perasan dirinya bigshot guna bila tak dapat apa yang dikehendakinya. Mungkin sebab mentaliti 'might is right'. Bila tak dilayan, maka egonya mengambil alih dan timbullah ayat tu sehingga akhirnya orang yang disergah tu 'menyerah'.

Tapi aku ada terbaca satu cerita (betul tak betul tu aku tak tahu le!) pasal PM British semasa Perang Dunia Kedua, Sir Winston Churchill. Alkisahnya Churchill tergesa-gesa nak ke Parlimen dari Downing Street. Nak cepat, dia naik le teksi. Sampai di Parlimen, baru dia tersedar yang dompet beliau tertinggal. Setelah konon-konon mencari duit, dia pun tanya la si pemandu - Do you know who I am? Dan dengan selambanya pemandu tu jawab - 'I don't care who you are. I have a wife and two kids to feed. Now pay your fare'. Maka terpaksa le Churchill masuk ke dalam Parlimen untuk memijam duit dari staf beliau!

Thursday, March 06, 2008

Adham Dah Balik!

Semalam wife aku call hospital tanya keadaan Adham. Nurse tu kata, dia okay tapi bila ditanya boleh discaj tak petang tu, dia tak dapat nak jawab pasal doktor yang bertugas kat situ tak cakap apa-apa. Wife aku tensen la jugak sebab dua hari sebelum tu doktor tu kata dah boleh balik hari Rabu (semalam). Tengahari tu aku pergi melawat Adham...bila ditanya doktor tu kata tak boleh pulak! Tapi dia bukan 'jaga' kat situ, jadi setakat baca report kat fail (hospital lingo 'tiket') Adham aje le. Conclusion dia, kena tunggu esok!

Petang tu dalam pukul 6.15, masa aku pergi pasar malam, wife aku call handset aku, katanya Adham dah boleh balik...so ke Alor Setar le aku lepas Maghrib. Senang sekarang, dah malam pun boleh balik...gamaknya pasal kaunter hasil bukak sampai malam. Sampai rumah pun tidur lagi anak aku tu. Nabila pulak terlompat2 nampak adik dia. Tapi ye lah, anak lain-lain, perangai pun boleh lain-lain...mungkin juga 'terkejut' pasal berubah tempat. Dari pukul 2.30 pagi sampai Subuh Adham tak tidur...menangis aje...puas dah aku baca Ayat Qursi, Ayat-Ayat Qul, Fatihah, Tasbih....tapi tak jalan sangat....last2 masa aku nak semayang Subuh baru dia tidur....poning palo pakcik tak cukup tido! Takpe la...pengalaman...

Tengok
le, lepas aku taip ni, mungkin aku nak lelap sekejap dalam 1/2 jam, lepas nak tanya wife aku camne Adham.....bagus jugak talipon opis aku rosak!!

Friday, February 22, 2008

Naik Pangkat Koperal!


Dalam posting terakhir tempoh hari aku ada kata, wife aku nak kena operate 25 haribulan kan? Tapi doktor awalkan lagi pada 18 Februari. Dan jam 11.24 pagi, lahirlah Muhammad Adham ke dunia ni....

Tapi Adham kena tahan kat wad dulu sebab doktor suspek infection...tapi test semua tunjukkan takde apa-apa. Tapi InsyaAllah sehari dua ni balik la rumah.....Aku buat entry ni on the run, so kena pergi dulu la ye!

p.s. Wife aku kata gaya Adham tidur macam aku.....

Monday, February 04, 2008

Ter"persona"...Pada Keindahan Warna Pelangi

Aku ubahsuai sikit tajuk tu dari bait dari lagu "Rupa Tanpa Wajah"

Memang dah lama sangat aku tak update blog ni, apa lagi nak baca blog kawan-kawan yang lain. Bukan la aku sibuk sangat, tapi sebab PC aku tak sampai-sampai lagi...nak buat kerja pun payah, kena tumpang komputer assistant aku...habis kalau dia pakai camne?

Bukan le nak membangga diri cuma nak bercerita saja....aku baru tukar kereta. Takde la pakai Beamer ke Merc ke, Honda ke...setakat Persona aje. Waja aku dah tolak balik kat kedai. Selama ni Proton memang tak menarik minat aku setakat 'cursory interest' aje. (Waja tu aku beli pun sebab paling murah banding Vios, City dengan Spectra) Tapi kali ni memang aku tertarik dengan Persona kena pulak lepas tengok kat showroom, test drive sikit dan juga komen-komen positif dalam blog Paul Tan. Wife aku memang cukup berkenan yang menjadi dorongan aku tukar kereta.

Aku booking dah lama dah, sebelum Raya Puasa, salesman tu pun kata dia akan cuba deliver just before raya tapi sebab permintaan luar dugaan...kena la aku menunggu sampai akhir tahun lepas. Itu pun sebab kolej aku ada kabel dengan Proton Holdings...cepat la sikit. Nak cepatkan lagi delivery, aku booking sampai 5 warna! Jadi mana yang sampai dulu aku sambar le! Akhirnya aku jadi pemilik Proton Persona 1.6M MLine warna 'iridescent white' bernombor pendaftaran JKR ****. Mak aku yang advice aku pakai nombor Johor banding nombor Kedah sebab katanya plat K, R, D tu tak menarik.... Tapi kalau mak aku tak cakap pun, memang aku nak register Johor pasal masa aku pakai Waja plat KBM **** dulu, setiap kali aku balik Johor mesti ada kutu dok hon-hon atau berlagak kurang ajar dengan aku sebab ingat aku orang luar (Woi! aku kerja Kedah tapi BP kampung aku le!!!) Cuma yang lawak sikit bila dah pakai plat JKR ni orang kat kedah ni pulak bantai gelak.....kena pulak bidang kerja aku sekarang ni macam kerja JKR....

Aku rasa tak perlu aku cakap lagi pasal kereta ni la cukup la kalau aku katakan...memang berbeza banding model2 terdahulu Proton (kecuali Waja gamaknya). Mungkin compliment terbaik datang dari anak aku yang lebih suka baring dalam kereta banding terkinja2 tak reti nak diam seperti sebelum ni.

p.s. Wife aku kena buat caesarean 25 Februari ni, 2 minggu lagi awal dari due date.