Monday, August 25, 2008

Mana Boleh 'Free'!

Department aku uruskan tempahan peralatan majlis untuk staf dan pelajar. Biasanya kami terima permohonan untuk majlis rasmi macam konvo, gathering rasmi, seminar, bengkel, ceramah dan lain-lain yang berkaitan dengan fungsi Universiti. Semuanya kami tak charge, ye lah semuanya dalaman! Tapi ada juga terima permohonan agensi luar macam PPD, Polis, tentera serta agensi kerajaan dan swasta yang lain. Yang ni kami charge sewa. Termasuk yang dikenakan sewa ialah mana-mana staf yang nak guna peralatan Universiti untuk majlis bersifat peribadi macam kenduri kawin, sunat, farewell dan seangkatan dengannya.

Tapi sebab staf, biasanya diskaun diberi. Kira-kira dalam 10% aje. Pokoknya sewa kena bayar. Dan bulan lepas timbullah sorang staf ni nak guna barang-barang tu untuk majlis perkahwinan anak dia. Dia contact aku untuk tanya kos sewa dewan dimana aku kata RM2xxx untuk 3 jam plus RM3xx untuk setiap jam berikutnya...dia kata 'mahal le, lari bajet'. Dan aku ingat benda tu berhenti setakat tu aje.

Tup-tup, timbul balik, kali ni dia nak guna dewan kecik sikit yang dibawah pengurusan Kolej dia. Tapi dewan tu takde kerusi meja dan kena ambil dari departmen aku. So, aku suruh staf aku siapkan bil sebanyak RM1xxx untuk sewaan kerusi meja, pokok berpasu dengan PA system. Dan tak semena-mena datang la kuasa veto kata 'bagi free' (sebenarnya perkataan lain, tapi maksudnya begitu la) sebab si staf tu dah mintak nak guna free!

OK fine la, you're the CEO....cuma aku tergelak sebab Si staf tu bukan la cokia, Pensyarah taraf full professor beb! Gaji 5 figure, elaun dia aje dah sama dengan separuh gaji aku! Kalau aku la, menjatuhkan air muka orang taraf JUSA C bila mintak guna barang free! Dan aku dapat tahu, hiasan pelamin pun staf Kolej dia buatkan.....Bila sembang dengan member aku, baru aku tahu kenapa dia mintak free...sebab bini dia 3 anak dia 22 orang!

4 comments:

Nazri Razali said...

Ini bukan pasal muka tak malu lagi. Biar bini empat anak lima puluh pun, kalau dah guna harta awam -- hak rakyat -- untuk kegunaan peribadi bukankah dah masuk bab korupsi dan salah guna kuasa?

Alpha said...

sevven
Exactly....in fact aku sebenarnya jokingly at least, dah nak contact ACA dah....

annenonymous said...

muke tak malu la sungguh orang itu..

my experience pulak lebih kurang: dia rasa dia tu pernah jadi staff kat tempat i keje, mintak upgrade bilik free dengan muka tak malu nya. i cakap tak boleh. sekali dia call my boss komplen cakap i ni kurang ajar. last2 my boss suruh ikutkan aje kehendak dia. arahan dari pihak atasan katanya.. chiss..

Anonymous said...

isk isk... bini 3, anak 22? camana la rupa orangnya nih?

selamat berpuasa to Alpha and family...