Tuesday, September 29, 2009

Jiran Yang Bising

Ok semua tahu kan pasal sesetengah pihak di Indonesia yang marah pasal isu tarian pendet? Sampai nak ganyang Malaysia pt2 (Dari 200 juta lebih penduduk, ada la dalam 1,000 yang nak mengganyang)? Bukan setakat tu aje malah ada yang marah Malaysia meng'klaim' 1001 lagi warisan mereka dari batik sampai la tempe!

Memang nak kira mereka ni patriotik tapi kalau dah sampai tahap perkara remeh camni...patriotik tak bertempat. Atau dia orang ni terlalu totok sampai tak tahu kat negara lain ada etnik yang asalnya dari Nusantara yang membawa budaya mereka bersama2 dan tak tau perkataan 'asimilasi'? Atau adakah kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (yang memisahkan lingkup penjajahan Inggeris dan Belanda di Nusantara) mewujudkan sentimen 'kami' lawan 'mereka' (us vs them)?

Entahlah yang pastinya tempe, asam jawa, sate, batik, rendang, lodeh, lontong, botok-botok dll semua dah bertapak lama sebelum Batavia menjadi Jakarta, Bencoolen jadi Bangkahulu, Province Wellesley jadi Seberang Perai atau Port Swettenham jadi Pelabuhan Kelang. Semua tu dah jadi sebahagian masyarakat Tanah Melayu lama sebelum 1957. Dan UNESCO sendiri kata takde istilah merampas budaya kalau ianya dipraktikkan dalam kawasan yang sama. Dan pihak Malaysia tak melenting pun bila Singapura turut mengatakan yang sate, nasi lemak dan roti prata (roti canai) adalah budaya mereka.


Nota kaki: Dalam forum itu hari timbul pasal 'klaim' makanan ni la. Salah satu yang media Indon tulis ialah botok-botok. Ada sorang forumner kata "Ikan pakai botox ka? Bodoh punya Indon..Otak-otak la!" (lebih kurang camtu la). Aku kata sebelum kau kena ketawa balik dengan Indon tu, baik ko cek...Botok-botok ikan memang ada dan berbeza dengan otak-otak! In fact, botok-botok makanan kegemaran aku!

Sunday, September 13, 2009

Alah Dah Barang Secondhand!

Mula-mula sekali takziah kepada keluarga juruterbang TUDM yang terkorban dalam nahas Pilatus PC-7 di Langkawi baru-baru ini.

Aku tak nak cerita pasal tragedi tu sendiri tapi lebih kepada reaksi sesetengah orang ramai apabila berlaku kemalangan melibatkan anggota ATM serta pembelian persenjataan. Antara reaksi biasa ialah 'tu la beli lagi barang secondhand' dan 'beli barang secondhand, tapi harga mahal gila!'. OK memang yang cakap tu semua orang awam yang tak minat dalam hal ketenteraan yang hanya dapat maklumat melalui er, sumber kegemaran mereka (haha) yang mungkin hanya keluarkan maklumat yang beri keuntungan kepada mereka dan penyokong mereka.

OK lah aku rasa kat sini baik aku senaraikan peralatan ATM setakat aku tahu yang memang secondhand.....
1. Semua pesawat dan kapal awal TUDM dan TLDM yang diperturunkan dari RAF atau RN (juga negara Komanwel lain). Ini bermakna sekitar tahun 1950an hingga 1970an. Antara aset terbabit ialah pesawat pejuang CAC Sabre dan KD Hang Tuah (F433 dengan F76). KD Hang Tuah F76 masih berkhidmat sampai sekarang.
2. McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk. Mungkin contoh barang secondhand yang paling notorious. Tak pasti apa silapnya...sebab RSAF pun pakai Skyhawk 2ndhand....
3. Korvet kelas Laksamana - asalnya dibuat untuk Iraq tapi ditahan akibat Gulf War 1991. Tapi nak kira ni bukan 2ndhand...cuma kita beli barang yang orang lain tak jadi ambik.

Itu aja seingat aku....lainnya semua dibeli baru. Bukan apa, ada orang kata...
1. Nuri (Sikorsky S61A-4) barang secondhand padahal semua adalah belian baru cuma kita dah lama operasikan - batch pertama sampai tahun 1969!
2. KD TAR dan TR. Ini yang paling kelakar - ada yang kata kenapa la kita beli sub lama Perancis yang Perancis tak mahu 'sampai dah senget'. Kalau secondhand, kenapa pulak dulu ada berita tunjuk penyambungan badan KD TAR dan TR kat limbungan? Dah la tu, setakat ni ada dua Navy aje dah pakai - kita dengan Chile. India punya tengah buat dan Brazil baru order. Camne boleh jadi secondhand? Lain kali tengok betul-betul la...yang secondhand tu Ouessant, yang digunakan sebagai kapal selam latihan sahaja! Itu pun kalau tak salah kita sewa aje!

Sebut pasal latihan..ada mangkuk hayun dalam satu forum ni kata 'Kenapa berlatih pakai Ouessant (Agosta class) tapi nak pakai Scorpene? Bodoh!' Aku jawab senang aje...'Kenapa belajar bawak kereta pakai Kancil, tapi nanti nak bawak BMW? Bodoh!'

Tuesday, September 08, 2009

Kuning Ka Hijau?

Satu masa dulu 'Merah ka hijau?'

Dah berapa ketika rakyat negara ni diperkenalkan dengan petroleum gred RON95. Dalam beberapa forum, aku tengok ramai mengeluh yang kenderaan mereka jadi underpowered, enjin makin kuat vibrate dengan penambahan penggunaan minyak. Tak kurang juga yang kata takde perubahan dan penggunaan minyak masih sama. Juga ada yang kata performance makin baik (biar betul?)

Ramai yang marah dengan langkah gomen perkenal dua gred petrol ni. Ada yang samakan Research Octane Number (RON) tu dengan kualiti petrol (lagi tinggi RON lagi 'berkualiti') OK memang ada kaitan tapi bukan le lagi tinggi RON lagi baik)... Aku pun bengang jugak...bukan apa, itu hari kat Petronas habis semua pam jadi RON 95....kalau aku nak isi RON 97 dah tak boleh dah.....

Berkait dengan minyak ni, ramai yang perlekeh bila kerajaan bandingkan harga minyak dengan negara lain. Sama jugak dengan kes RON95 ni. Tapi bila aku tengok kat wiki (ye la wiki tu sapa2 boleh edit tapi ada jugak dia bagi reference) aku dapat tahu kat banyak negara RON95 ialah minyak premium, Arab Saudi contohnya pakai RON91 dengan 95 aje dan dalam sesetengah negara macam Ireland cuma ada RON95 aje.....

Jadi kenapa susah hati na bila kena 'downgrade' RON ni?(Kecuali pengguna kereta yang memang tak digalak guna RON95) RON95 kat Malaysia ni lain ke daripada negara lain? Atau peluang nak salahguna performance kereta dah berkurangan?