Tuesday, November 28, 2006

Pembunuh Yang Tersembunyi - Dihydrogen Monoxide

Sedang kita sibuk dengan ‘bahaya asid’ dalam coke, kita lupa bahaya benda ni...yang lebih meluas!Bahan ini dinamakan Dihydrogen Monoxide (DHMO) juga dikenali sebagai asid hidroksik, asid hidroksilik atau hidrogen hidroksid.

Apakah DHMO?
DHMO merupakan satu sebatian kimia tanpa warna dan bau. Bahan 'aktif'nya ialah hidroksid...salah satu komponen dalam bahan menghakis dan mudah meletup seperti asid sulfurik, asid sitrik dan ethyl alkohol.

Apakah bahaya DHMO?
Setiap tahun, beribu-ribu kematian berlaku akibat bahan ini malah bahan ini juga menyebabkan kerugian hartabenda bernilai berjuta-juta dolar di US, terutamanya di selatan dan tenggara.Antara bahaya DHMO ialah:
- kematian akibat kemasukan DHMO dalam sistem pernafasan
- pendedahan ke atas DHMO dalam bentuk pepejal boleh membuatkan kerosakan tisu yang teruk, ramai mangsa bahan ini terpaksa dipotong bahagian yang rosak untk mengelakkan kecederaan lebih teruk, atau kematian.
- DHMO dalam bentuk gas akan menyebabkan lecuran teruk (bergantung kepada tempoh terdedah)
- DHMO merupakan salah satu komponen utama hujan asid.
- menyebabkan banyak jenis logam teroksida- DHMO turut dijumpai dalam tumor dan barah- Sekiranya seseorang ketagihan bahan ini, kematian akan berlaku dalam masa 168 jam selepas kali terakhir memasukkan bahan ini.

Penggunaan DHMO
Walaupun banyak keburukan...DHMO tetap digunakan dalam industri, agensi kerajaan dan juga dirumah kita! Antara aplikasi DHMO
- sebagai pelarut industri dan bahan penyejuk (coolant)
- dalam reaktor nuklear, dipercayai antara penyebab kejadian di Chernobyl
- penghasilan styrofom (yang merosakkan lapisan ozon)
- dalam pembuatan senjata biologi dan kimia
- sebagai salah satu bahan pemadam api
- terhasil akibat penggunaan penghawa dingin
- bahan untuk membantu menyeksa tahanan di Israel, Iraq, Afghanistan, Jepun (Perang Dunia)
- dalam makmal kajian haiwan
- di kolam renang awam

Dirumah pula DHMO ada dalam benda-benda berikut:
- Makanan bertin, makanan bayi
- Ubat-ubatan seperti ubat batuk
- pembersih ketuhar
- syampu, pencuci wanita, sabun cecair
- apa yang menakutkan, walaupun dicuci bersih2, DHMO tidak dapat disingkirkan daripada makanan!

Masalahnya kerajaan buat tak tau pasal perkara ini walaupun dah berpuluh tahun. Siapa tahu no phone Karam Singh Walia, tak pun CAP?

Masihkah Anda Ingat?

Posting ni adalah jawapan kepada pelawaan Sastri

1. Siapakah yang menghantar U semasa pertama menjejaki kaki ke alam persekolahan?
Ayah

2. Siapakah nama cikgu kelas U masa darjah satu tu?
Cikgu Zainab

3. Apakah perkataan bahasa Inggeris yang pertama kali diajar di sekolah?
Aiseh yang ni tak ingat

4. Siapakah nama ketua darjah anda semasa darjah satu?
Saya la!

5. Siapakah nama guru besar sekolah rendah anda semasa darjah satu?
Cikgu Ismail Endin

6. Apakah nama kelas anda semasa tingkatan satu?
1 Perdagangan 1

7. Apakah perkataan yang pertama kali u ucapkan pertama kali berjumpa hubby/bf or wife/gf?
Mmm…apa khabar?

8. Bagaimanakah u pertama kali memberitahu hb/bf or wife/gf yang u sukakan dia...
Awkward giler…but finally,” I Love You”

9. Masihkah ingat tempat kerja anda yang pertama?
Kerja sambilan kat farm strawberi…keje ‘betul’ kat Multi-Purpose Finance, KL

10. Masihkan ingat apa yang anda belikan dengan hasil gaji yang pertama?
Belanja family makcik (sebab tinggal rumah dia) Kenny Rogers

11. Masihkah ingat lagu favorite mata ayer u?
Teringin (Shima)

12. Masihkah ingat tempat pertama kali u berjumpa si dia..
Rumah dia

13. Masihkah ingat bila pertama kali u mula sembahyang?
Masa Tadika

14. Masihkan ingat bila u start blogging?
Bulan April 2006...

Monday, November 27, 2006

Blogku Ini Jadi Sumber Rujukan?

Pagi tadi aku tengok statistik blog aku kat StatCounter. Sedang aku tengok, untuk 25 November lepas, ada orang masuk blog aku dari Wikipedia - link dia ke gambar Adnan IFV di Wikipedia. Bila aku tengok, rupanya ada orang upload gambar Adnan dari entry Deftech/FNSS Adnan ACV300 aku. Bila aku klik pulak kat entry ACV 300 Wikipedia, aku tengok orang yang update entry Wiki tu ambik data dari blog aku. English dia lagi elok la daripada English yang aku pakai kat blog aku tu, tapi ada jugak 'ayat cedok' yang verbatim dengan yang aku guna dalam blog. Juga dia tambah beberapa perkara tambahan seperti asal-usul ATGW Baktar Shikan. Yang kelakarnya pasal armor Adnan tu...aku tak tahu berapa tebal dia, aku cuma tulis yang armor Adnan boleh tahan tembakan mesingan 14.5mm. Kat Wiki, Adnan punya armor yang 14.5mm!
Sekarang...nak kata aku kembang hidung, ye juga. Sebab entry yang aku buat dimasukkan dalam Wiki (selama ni entry Wiki mengenai Adnan boleh dikira 'stub' sahaja). Nak kata aku bengang, ye juga...pasal si 'pengedit' Wiki tak maklum kat aku dulu....tapi takpelah, kurang-kurangnya ada jugak sumbangan blog aku ni yang tak seberapa....

Sunday, November 26, 2006

My Modeling Hobby - Final Part (For Now)

Sambungan dari bahagian III

Bila aku dah kena berhenti, maknanya sumber kewangan aku turut terhenti. Bila aku dah takde duit, maknanya apa yang aku minat terpaksa dihentikan. Jadi dalam masa 1 ½ tahun, aku pendam aje la hobi aku sampai tahun 1999 bila aku dah kerja kat Kedah. Bila aku dilantik jadi felo dan dapat duduk rumah yang decent, aku ingat nak start balik la model aku. Kena pulak duit dah ada balik. Lagipun rumah aku kosong gile masa tu. Aku bukan jenis yang beli bunga ke apa ke nak menghias rumah. Aku buat gaya aku sendiri – dengan model!

Aku cari sekitar Alor Setar tapi tak berjumpa kedai yang menjual model. Alamak…camne nak start balik? Tapi kira nasib baik la posting aku masa tu membolehkan aku keluar outstation terutama ker KL. Jadi bila aku ke KL maknanya salah satu agenda aku ialah kedai model la! Kena pulak meeting pagi...pukul 10 dah abis, flight pulak pukul 5.30 (tambah pulak masa tu domestic flights masih guna Subang) jawabnya aku merayap satu KL la! Tapi bukan selalu sangat ke KL jadi aku kena cari sumber lain. Aku cuba merayap ke Penang...ada pun! Kedai Tamiya (Daisheng) kat Kompleks Bukit Jambul...tapi pilihan model aku setakat Tamiya aje la... Tapi kengkadang nak menunjukkan betapa tegar dan obsesnya aku, ada masa bila balik opis (masa tu masih 4.15) aku terus ke Penang! Semayang kat Highway...dalam pukul 10 malam aku dah terpacak balik kat rumah!

Bila aku dah pakai credit card..makin parah (tapi takde la sampai bil kad aku penuh dengan model aje). Sekarang aku dah boleh order dari oversea terutama model yang tak ada kat Malaysia. Sebelum tu aku tumpang Amex member aku...tapi aku beli sikit2 aje la...ye la Amex kan kena bayar selonggok. Kalau CC biasa boleh la hutang....

Dulu aku letak atas tetingkat yang orang letak kat korner, lepas tu aku beli alari buku(!) untuk display model aku. Sekarang aku simpan model aku dalam custom-made display cabinet (senang kenal kontraktor perabot). Cuma finishing dia tak menarik..tukang dia kelam bkabut buat kerja..aku ingat kalau ada rezeki lebih aku nak tukar pintu gerobok-gerobok tu. Cuma kelainan aku dengan modeler lain ialah..aku rasa bila penuh gerobok-gerobok model tu, itu saja la koleksi aku....Niat dihati tu meeemang banyak lagi model aku nak buat, tapi ruang rumah membataskan. Tengok la kalau aku nak beli rumah besar?

Buat masa ni koleksi model aku banyak ni: 5 kapal skala 1/350. 28 kapalterbang WW2 skala 1/48, 25 kapalterbang moden skala 1/72, 45 kenderaan tentera skala 1/35 dengan dua kereta skala 1/24. Tu tak campur yang tak siap lagi : 1 kapal skala 1/350, 2 kereta kebal skala 1/35, 1 pesawat skala 1/48 dengan 3 pesawat skala 1/72. Dan aku tak kira koleksi senjata die-cast skala 1/6...hehehe. Oh tak campur ada ruang untuk 7-20 model lagi....

Thursday, November 23, 2006

'Radio Retro Terbaik Dan Paling Popular'

Aku cukup jaki dengan radio AMP (Astro). Kenapa? Kalau Era iklan bertimbun-timbun. English radios aku tak dengar sangat. Semangat muzik aku retro, jadi aku pilih Sinar. Masalahnya bagi aku Sinar FM ni kurang umpphh dia (walaupun mereka kata merka radio retro terbaik dan terpopular). Kalau retro maknanya banyak la lagu lama disiarkan kan? Ya betul, tapi lagu-lagu yang sama saja! Mana boleh Sinar dibuat ala Top 40 radio macam Era dengan Hitz. Lagu contemporary lantak la nak ulang banyak kali pun. Jadinya nampak macam zaman dulu tak cukup artis…atau artis dulu manjang buat single aje. Antara alasan Sinar ialah mereka pentingkan kualiti bunyi lagu. Ye la tu, abis apasal main lagu Ben Nathan sedangkan recording asal pun macam kelabu asap aje?

Satu
lagi aku jaki dengan AMP ni suka kerat lagu...abis banyak lagu jadi ‘radio edit’ version (masalahnya lagu asal bukan le jenis non-radio friendly macam Halloween, Keeper Of The Seven Keys atau Rhyme Of The Ancient Mariner). Diaorang ni tak tau ke salah satu nikmat dengar lagu rock ialah dengan menghayati gorengan lead guitar? Aku rasa Sweet Child O’Mine tak best sangat kalau Slash tak goreng kawkaw punya!

Ni yang aku berangan nak jadi Sultan Johor nih, ada stesen radio sendiri. Aku nak mainkan lagu-lagu lama, baik yang hits masa tu mahupun yang kurang hits. Ada siapa2 nak bagi aku modal buat stesen radio ni?

Tuesday, November 21, 2006

Ops Lalang

It's not what you think, sport....

Siapa tak suka pemenang (winners)? Cam tu juga la sesetengah peminat bola terutama kat Malaysia. Tahun Man U jadi champion dia sokong Man U, tahun Arsenal, dia sokong Arsenal. Dua tahun kebelakangan ni Chelsea, jadi Chelsea. Macam lalang la, meliang-lentuk ditiup angin. Omputih kata depa ni glory hunters, aku kata depa ni agar-agar, tak pun lalang. Masa Blackburn jadi champs tahun 1995 dulu, bila aku balik Malaysia, bersepah aku tengok jersey Blackburn (baik ori atau tiruan) – la ni mana pergi penyokong2 tu? Tak nampak pun baju Blackburn? Hehehe. Tokey kantin kat tempat aku ni dah pasti lalang, masa dia baru bukak kantin dia 3-4 tahun lepas, dia support Arsenal. Ni aku tengok dah jadi Biru pulak. Rasanya kalau aku bagi dia test kat bawah ni mesti fail punya!

Cara aku nak kenal Lalang-Lalang ni senang aje. Pertama aku tanya sejak bila sokong sesuatu team tu. Bila dah dapat tahun, aku follow-up dengan minta si Lalang bagi aku basic formation 4-4-2 untuk tahun tu (kecuali bagi yang dah support sesuatu team sejak lebih 10 tahun, kena pulak time dia mula support team tu haprak, macam aku yang support Man U sejak 1985).....kat part ni ramai menggelabah. Bila aku kutuk depa ni pandai pulak kata ‘buat apa aku nak ingat team (masukkan tahun)? Heh..lalang...lalang!

Heh, aku pun masih ingat star Man U tahun-tahun 80an macam Robson, Whiteside, Stratchan, Stapleton...Liverpool pun aku boleh ingat macam Rush, Barnes, Dalglish, Grobbelaar.....

Sunday, November 19, 2006

'Cruising' Di Kuala Lumpur

Masa aku kerja KL dulu, salah satu aktiviti weekend aku ialah cruising...bawak kereta malam-malam dengan member tengok life belah malam. Satu malam kami nekad nak pergi tengok ”ayam“ . Tengok aje bukan nak langgan, OK? Mula-mula ke Lorong Haji Taib aka Lorong Lebai Malang. Memang ramai sekali dengan customer tapi kebanyakan ayam yang aku nampak lengan berketak, biji halkum pun ada lagi...heheh. Tapi tak dinafikan sebahagiannya cun. Kalau sekali pandang boleh sangkut punya la! Dressing pun boleh tahan maut. Juga aku nampak mamat Bangla naik ke atas bilik dipimpin nyah...yuck!

Lepas tu kami beredar ke Bukit Bintang. Di depan Cathay berdiri kupu-kupu malam menahan lukah...tengok kalau ada yang berkenan. Aku rasa yang kat tepi jalan ni freelancer, takpun dah tak laku. Aku tengok pun macam dah matured sket. Kaki MILF suka la kot? Pusing kat Jalan Imbi, kami ingat nak tengok depan Kompleks Sun...saja Aku ingat ada through road dari Jalan BB ke Imbi. Elok aje aku masuk ke simpang, berderet pimp kerumun Accord aku sambil mengetuk2 cermin dan bumbung. Kami dalam kereta gelabah tak tentu arah...ye la tak pernah kena serbu camtu. Sampai depan Kompleks Sun tengok takde ayam kat luar...semua mesti kat dalam. Tapi yang boringnya, takde through road. Kena sekali lagi ’run the gauntlet’. Huh, lepas tu tak mau lagi la cruise tempat camtu! Baik tengok kereta rosak kat lake garden!

Thursday, November 16, 2006

Cerita Ah So dengan TUDM

Dalam akhbar The Star 14/11/06 ada berita ‘Apology over flight fright’ dimana TUDM memohon maaf atas kesulitan ke atas public masa mereka buat latihan di TUDM Subang baru-baru ni. TUDM mohon maaf sebab ada mangkuk hayun (that’s what she is) komplen kononnya anak pompuan dia ketakutan dengar deruman jet terbang rendah dan bunyi jet katanya ‘menjengkelkan’. Mangkuk tu juga kata latihan yang dijalankan TUDM tersebut ‘tindakan tak prihatin dan tak bertanggungjawab’. Dia juga ‘tertanya-tanya kenapa pihak berkenaan benarkan jet terbang di atas kawasan kediaman dan terbang ‘terlalu rendah’.

Inilah sindrom ‘rakyat manja’ yang dah terbiasa dengan keadaan aman sentosa sampaikan tentera buat latihan pun dikomplennya sampai TUDM ‘terpaksa’ minta maaf! Kalau aku, anak aku takut bunyi camtu aku kata “Jangan takut kakak, tu bunyi kapalterbang tentera. Mereka berlatih sebab nak jaga kakak. Biar kakak boleh main dengan kawan, boleh pergi sekolah…boleh blablabla". Ini dibiarkan macam tu aje (mesti punya!). Tapi aku paling terbakar bila dia kata latihan TUDM tak bertanggungjawab…pehhh macam aku nak ikat aje kat ekzos Hornet! Kalau TUDM tak bertanggungjawab ah, Ah So, dia olang tatak terbang langsung oooo lepas itu aaa kasi itu olang jahat punya kapal tilibang masuk suke-suke! Marah pesawat lalu kawasan kediaman, habis nak lalu ikut mana, LRT? Federal Highway? NKVE? KESAS? Guthrie? ‘Terbang terlalu rendah’? Lu ada nampak ka ah so? Ke lu main hantam cakap aja?

Kasi Ah So ni duduk Korea Selatan ke, Taiwan ke bagus ni…sebab negara2 tu sentiasa bersedia nak hadapi ancaman musuh. Kalau ah so ni duduk sana…abis dikomplen hari-hari gamaknya pasal pesawat tentera selalu berada di udara…dan aku rasa bukan Ah So ni sorang aje minda camtu!

Tuesday, November 14, 2006

Catatan Cuti Raya IV

Takde apa kali ni cuma gambar anak-anak sedara dengan anak dara aku aje...





Anak sedara sulung aku (belah wife) -Mohd Daniel Aiman. Aiman tak kisah nak panggil dia Aiman atau Daniel. Umur nak masuk tiga tahun. Masa dia kecik sikit cengeng teruk...asyik menangis aje. Lepas berubat baru la OK. Kalau tak dia menangis kengkadang sampai tak tarik nafas!












Adik Aiman, Nur Qistina Balqis. Baru tujuh bulan. Nabila suka sangat cium-cium dia.







Ni anak sedara belah aku, Rasyiqah 'Aaliyah. Umur dia setahun. Yang ni pulak jenis tak boleh orang lain pegang selain mak ayah dia dengan tok belah adik ipar aku. Ni dah setahun ni dah tak seteruk dulu...cengeng jugak! Start berjalan masa kat rumah mak aku. Mata dia besar betul!




Nabila tengah main dengan Aunty Jasmine dia. Aunty? Ye la, sepupu aku! Jasmine baru Darjah Satu tapi English dia mak oiii..kengkadang aku pun segan nak sembang dengan dia dalam BI. Masa kecik sikit tak cakap melayu langsung..tapi bila dah tadika baru la jadi bi-lingual. Sekarang dia berbual dalam BM dengan orang macam atuk aku, mak aku. Dengan aku, Nabila, makbapak dia dan beberapa orang lagi dia cakap BI!




Rambut Nabila bila diuraikan....panjang be! Dah nak sampai pinggang dah!










Nabila dengan mama dia masa Raya. Mak aku kata cucu dia nampak 'klasik' bila pakai baju kurung..macam budak-budak zaman dulu....

Sunday, November 12, 2006

'Saya Dah Lama Tunggu Bang!'

Masa bulan puasa itu hari, aku ke pekansiswa nak ambik duit. Kat ATM aku tengok satu aje yang beroperasi. Maknanya berderet le orang. Lepas tu aku perasan ATM yang satu lagi dah on balik. Jadi aku pun potong line ke situ lagipun takde sape yang mencelah kecuali sorang awek yang dapat potong aku…tak pe la. Tapi sedang awek tu buat transaction, datang kawan dia mencelah. Aku ingat nak bersembang ke apa tapi elok aje awek #1 abis buat transaction, awek #2 terus jolok kad dia! Woi! Aku terus naik angin la. Aku kata ‘tolong beratur la dik’. Korang tau apa dia jawab? “Saya dah lama tunggu’. Ye la hang dah lama tunggu, tapi pasal bila ATM tu on hang tak ikut kawan hang sekali sebelum aku!!! Aku pun terus membebel ‘ dah tau dah lama masuk la cepat2...ini tak, main potong aje mintak izin pun tak...lahanat punya budak’ Ye mmg aku cakap camtu apa nak jadi dengan kredibiliti aku sebagai opiser kat sini lantak le! Bila awek tu dah abis keluar duit..aku cakap ‘lain kali buat macam ni ye dik!’ Orang lain tengok aje aku..what do I care? Orang camtu patut diajar!

Kalau kat highway pun aku rasa ada orang buat trick potong line kat plaza tol. Buat2 masuk lane Touch N Go atau Smartag. Lepas tu konon2 salah masuk lane lepas tu nak mencelah masuk lorong cash! Ni terutama kat open toll macam kat Batu Tiga, KESAS dengan LDP. Piraahhh takkan la pakai Harrier tak reti nak baca ‘Tunai’ dengan ‘Touch N Go’?

Thursday, November 09, 2006

Catatan Cuti Raya III

Masa aku nak balik semula aku singgah kat PD. tujuan aku satu aje, nak melawat Muzium Tentera Darat. Pusing punya pusing sampai aku terlajak ke Teluk Kemang, baru aku sampai. Hari panas terik jadi aku takleh nak lelama sangat. Tapi Nabila OK pulak (ikut perangai aku kot?) Wife aku pun OK dan kata dia kalau balik Johor dia nak singgah lagi lama sikit.

Pemandangan dari parking lot. Pesawat lama DHC-4 Caribou TUDM (ye la TUDM support TD kan?). Pesawat yang ni cacat sikit sebab propeller spinner dah hilang. Bilah kipas dia pun lain macam aku tengok. Mungkin bagi membolehkan kipas berpusing ditiup angin.







Pesawat A-4PTM Skyhawk dalam laman muzium. Meghelit bukan main (kata orang Kedah). Cuma pesawat yang ni ketiadaan bonggol avionik kat belakang pesawat.







Kereta perisai V-150 TD. Yang ini telah ditembak pengganas komunis di Kroh tahun 1976 dulu menyebabkan tiga anggota terkorban. Bekas tembakan pelancar roket kelihatan dibahagian belakang (belah kiri gambar).






Nabila berposing atas motor pasukan tatu TD!









Turet meriam kereta kebal Type 89 Jepun yang dicabut menjadi 'pillbox' ketika Perang Dunia Kedua. Kat mana dia orang jumpa tak ingat pulak aku....







Nabila enjoying herself among the parked armored vehicles.










Ni mamat mana pulak masuk dalam SIBMAS AFSV ni...dah la dalam tu sempit. Lepas masuk pulak dia nih...hehe.








Haaglunds BV206 ATV yang TD mula guna masa bertugas di Balkans. Yang ada kat Muzium ni dah hilang beberapa road wheels dia (sebab tu kena hantar muzium kot?)







Nabila dan mamanya kat pintu masuk Sibmas tadi. Gambar diambil oleh ayah Nabila setelah berjaya mengeluarkan diri dari ruang sempit Sibmas tu.







Tugu / Memorial Perang Tentera Darat. Kat obelisk kecik-kecik tu dipahat nama-nama anggota TD yang terkorban mempertahankan negara.

Bangunan utama muzium. Bila masuk kat reception area ada tayangan video/hologram (featuring Shahruddin Thamby sebagai Hang Tuah dan kalau tak salah Hairie Othman sebagai Lt. Adnan). Juga tempat melepak dua-tiga budak dari kuarters berhampiran.
Ada banyak lagi bahan pameran muzium seperti gerabak keretapi, meriam lama, meriam moden, replika terowong PKM dan macam-macam lagi, cuma takat ni aje la aku masukkan dalam blog.

Wednesday, November 08, 2006

Antara Spender, Beruk Dan Makhluk Bertanduk

Masa bercuti panjang itu hari aku bawak la wife dengan anak aku pergi Johor (Johor Baru untuk orang luar Johor) kira-kira nak melepak kat Danga Bay la. Lepas berposing sakan kat kawasan sekeliling, aku ingat nak pergi la Restoran Singgah Selalu yang femes tu. Tapi pusing punya pusing takde. Dah tutup ke? Pindah ke? Bila aku balik BP aku cite dengan mak aku. Mak aku kata mmg dah tutup pasal itu hari kononnya ada ‘Ustaz’ nampak ada beruk menari-nari kat bumbung kedai tu. Dengan automatiknya aku cakap kepala hotak berjambul la sapa yang buat cite camtu mak! Kenapa? Sebab kononnya dulu gak Ustaz Haron Din nampak makhluk bertanduk (ramai) melambai2 dari bumbung sebuah kedai nasi kandar yang terfemes kat penang! Variasi cerita camni ialah beberapa kedai makan (yang terkenal tentunya) yang guna ilmu pelaris. Ceritanya mesti camni – ada pelanggan masuk dapur nak amik sendiri makanan…sedang godak periuk, tertarik spender yang diletak dalam periuk tu. Antara mangsa cerita jahanam camni ialah nasi bariani gam original kat BP. Sampai tutup kedai...tapi sekarang ni dah hidup balik.

Bagi aku ni semua cerita fitnah yang disebarkan oleh peniaga2 yang terancam kedudukan mereka sebab ada establishment yang menarik minat pelanggan. Mereka dah tak boleh bersaing secara sihat. Dan sebab diaorang ni semua MELAYU maka cara terbaik nak bersaing ialah dengan menjatuhkan leaders tu...dengan cara kotor lagi jijik iaitu dengan menyebar fitnah!!! Kenapa aku kata fitnah...ai takkan semua kedai cerita serupa aje, spender la, makhluk bertanduk la beruk la...dan untuk meneguhkan cerita, maka nama2 ustaz pun masuk la...kurang2 ‘ustaz’ tu dah cukup dah....Yang herannya takde pulak ye kedai yang makanan tak sedap, hotel kena camtu.....

Tuesday, November 07, 2006

Catatan Cuti Raya II

Pemandangan sekitar Batu Pahat...tapi tak banyak aku ambik pasal tak sempat.

Ni rumah mak aku yang diduduki sejak 1978. Rumah ni dah berapa kali arwah bapak aku besarkan. Asalnya tak la besar sangat...tanah aje besar. 206 tu adik aku punya, mak aku pakai Satria tu...kereta aku terlindung pokok santalia. Kereta adik aku sorang lagi tak dapat masuk viewfinder kamera....




Bangunan besor tu shopping kompleks pertama kat BP..The Summit. Aku ambik gambor ni dari depan rumah bapak mertua aku - gila dekat dengan kawasan perumahan. Aku ambik gambar ni dalam pukul 7.30 pagi gitu. Bila Summit tu bukak semua ruang kosong kat tepi-tepi jalan tu penuh dengan kereta dan motor sampai kengkadang aku nak park pun tak boleh. Keadaan camtu mungkin berubah bila satu lagi shopping kompleks (yang lagi besor) siap kat Jalan Keluang.


Ni la Tugu Peringatan Batu Pahat atau aku kata tugu tangan hantu..kehkeh. Kawasan ni depan pejabat daerah lama, sekarang namanya Dataran Penggaram...dulu Fountain (sebab ada air pancut). Tapi kalau tak salah orang tetap panggil Fountain. Tempat ni femes (dulu tak tau sekarang camne) sebagai tempat bapoks cari makan....




Balai Polis Batu Pahat, dekat dengan Fountain. Lokasi serangan kumpulan ajaran sesat tahun 1980 dulu. Kat sebelah kiri yang nampak sikit tu Gunung Soga.







Aku tak pasti korang boleh nampak gambar ni tak. Kat photobucket aku nampak..ni kat blogger ni masa aku mendraft nampak sekerat aje..Apa-apa hal ni gambor batu putih kat Kg Batu Puteh, Peserai. Takde signifikan sangat cuma...mana datang batu kat kawasan tanah pamah? Besar2 pulak tu? Batu-batu ada masuk rancangan Misteri Nusantara kat TV3.


High School Batu Pahat. Tempat aku perah kepala otak dari 1985-1989. Bangunan kuning tu bangunan pentadbiran dan seingat aku dibina dalam tahun 30an gitu. Asalnya warna putih dan diberi gelaran White House. Banyak cite hantu ooo pasal bangunan tu, ye la tu HQ Jepun masa perang dulu. Kat background, gunung yang ada menara pemancar tu gunung yang kedua famous kat Johor lepas Gunung Ledang...Gunung Banang. Tapi sefemes Gunung Ledang pun, takde orang buat lagu ghazal...

Akhir sekali, ni sekolah rendah aku..SRK Limpoon. Limpoon tu nama sorang tokey besar kat BP masa zaman Dato Bentara Luar buka bandar ni. Dua sekolah kongsi bangunan yang sama SRK Limpoon 1 dengan Limpoon 2. Dulu gilir-gilir waktu penggunaan, tahun ni SRKL1 guna pagi, tahun depannya petang....tak tau sekarang camne.

Banyak lagi benda aku nak tunjuk tapi lain kali aku balik BP la ye....

Monday, November 06, 2006

Catatan Cuti Raya I

Dalam kereta menghala ke BP. Kat kawasan Pedas Linggi. Jalan sesak sebab ada treler terbabas melintang jalan..hala utara/KL! Macam biasa laluan bertentangan pun jam sebab semua nak tengok!! Selain daripada tu, highway clear...heran pulak, biasanya banyak sangat kereta....






Ketupat raya jiran atuk aku...unik dan fantastik. Saiz dua kali ganda ketupat biasa. Yang menariknya tangkai ketupat tu dianyam macam tu. Unik dan menarik camne pun...masuk jugak perut aku...




Senja di pantai Pontian...tempat lepak aku dari zaman budak sampai sekarang kalau aku ke Pontian...