Thursday, September 27, 2007

Bawang Plastik

Lagi cerita menarik aku dapat dari internet:

Bawang Goreng segera,
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Bini
aku kata, bawang goreng komersil memang lebih garing sebab.......DAH KENA SALUT DENGAN TEPUNG, BUKAN PLASTIK!!!!

Kalau
plastik cair...maka berketul-ketul la bawang tu, dah la tu, terus tak boleh nak kunyah sebab liat!!! Appraaa...kalau nak buat urban legend kasi la yang munasabah sikit!

Thursday, September 20, 2007

Highlander dan The Matrix!

Aku selalu juga online kat board 'History, Myth, Legends' di Forum Cari....dan aku terpandang satu thread bertajuk plan alam....aku tertarik la nak baca. Baca punya baca aku terus tergelak dan termenung sambil beristighfar...sebab

1. Pembuka thread mendakwa dia adalah seorang daripada 'highlander' dan mereka adalah orang 'yang diamanahkan Allah untuk mengatur perjalanan alam'.

2. Saddam Hussein adalah salah seorang dari mereka dan lubang dimana Saddam ditangkap adalah lubang ke penjuru lain alam (Alasan kenapa Saddam tak lari ialah kerana ianya 'plan alam')

3. Malaikat Izrail memberi pilihan tidak mencabut nyawa kepada Nabi Muhammad SAW di akhir hayat baginda.

4. Terkeluar perkataan '....jika Dia (Allah) berkuasa...'

dan banyak lagi!

Camne le boleh dikaitkan Yang Maha Pencipta dengan satu konsep dari filem yang keluar 20 tahun dahulu? Dan #4 tu dah boleh kira terpesong akidah tu...conclusion aku? Satu lagi Ayah Pin in the making. JAKIM dan JAI/MAI tolong-tolong le tengokkan!

Tu tak campur cerita yang alam ni akan musnah diganti alam lain...bukan akhirat, tapi dunia satu lagi...ingat ni plotline Matrix Trilogy ka, boleh reload-reload setiap 100 tahun?

Sunday, September 16, 2007

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kita tiba semula ke bulan yang penuh barkah dan kontra.

Kontra?

Ya!

Kenapa?

Kita tahu kan kenapa kita diwajibkan puasa? Tapi tengoklah di mana-mana...aku rasa kehadiran peniaga makanan meningkat 50% daripada biasa. Kuih yang menyembunyikan diri sepanjang tahun muncul kembali. PBT-PBT keluarkan permit ekstra untuk peniaga makanan. Kat TV pulak bercambah rancangan masakan (tu tak campur rancangan makanan raya/ biskut raya!) Hotel-hotel pulak sibuk mencanang pakej buffet mereka. Dan kalau dah buffet tu, sayang la nak makan sikit pasal dah perabih kurang-kurang RM40 sekepala!

Tu tak campur lagi promo untuk raya, yang muncul sebelum puasa lagi!

Selamat berpuasa!

Thursday, September 06, 2007

Mati Sebab makan Kangkung....

Pernah dengar cerita ni?


Jika anda penggemar kangkung, tidak kira ca kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi Anda when you want to eat kangkung. Saya mendapat cerita ini dari seorang teman, tapi saya lupa di negara mana, yang jelas antara Singapura / Malaysia.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anakitu, namun diarheanya tidak sembuh. Di klinik orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarhea anak tersebut tidak mau makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malamnya anak tersebut baru saja diajak makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Dokter segera melakukan xray, ternyata di usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.

Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang enak. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Di dalam usus anak tadi, lintah yang tadinya hanya 1 dalam 2 hari berkembang biak dengan cepatnya karena terus menerus menghisap darah yang ada, doktor juga kebingungan, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkansegala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,
Dr. Cik Melah bt Mat Tom (bukan nama sebenar),
Psychiatrist,Hospital Besar kat Bandar,
Selangor.
(Nama pengirim asal email (kalau betul) ditapis)


OK….counter argument aku dalam cerita ni
1. Pernah tengok lintah? Boleh tahan besarnya kan? Camne lintah boleh masuk dalam batang kangkung yang bersegmen dan tiada lubang keluar? Pastinya ni lintah dewasa yang besar.

2. Camne orang yang masak/makan tak perasan ada lintah yang sebesar tu? Dan macamana lintah boleh survive gastric juices dalam perut? Lintah bukan parasit sepertimana cacing kerawit dan yang seangkatannya yang dicipta untuk hidup dalam tubuh manusia! Lintah tu pulak berkembang biak camne ye? Sape yang mengandungkan dia? (seriously sebab lintah masih perlu mengawan untuk membiak)

3. Bahagian paling sedap kangkung batangnya? Entahlah, aku ni minat gila kangkung tapi kalau boleh batangnya aku tolak tepi!

4. Lintah takleh mati kecuali dibakar? Aiyaa tolong la…

5. Yang paling auta bagi aku ialah....lintah haiwan akuatik (sebab tu ada simpulan bahasa ‘lintah darat’). Kangkung pulak sekarang ni mana ada orang petik dari parit daaaa. Semua tanam atas darat! So camne boleh ada lintah dalam batang kangkung?

6. Aku tak tau la samada pengirim asal tu memang doktor ke tipu aje. Tapi kalau betul...camne le belajar tinggi-tinggi boleh terpengaruh cerita camni? Satu lagi, apasal cerita kononnya dari Singapore/Malaysia tapi ada bahasanya macam Indonesia?

Monday, September 03, 2007

Personal Attack

Aku dah agak lama la berkecimpung dalam forum maya ni..ada la sejak tahun 2003 kot, Dan aku pun join beberapa forum tempatan dan luar negara. Dan bila berforum tu biasa la..nanti ada masa pendapat aku kena sanggah, ada masa lain aku menyanggah pendapat orang lain pulak. Dan korang yang baca blog ni tahu yang aku suka menyanggah cerita-ceriti 'urban legend' seperti 'tauge disiram kencing' dan 'Coke beracun - pasal tu Yahudi tak minum/ Takde Coke kat Israel' atau petua merapu seperti cara menegangkan 'aset' wanita serta awet muda wanita dengan menggunakan...ah, korang sendiri pernah dengar kan? Aku bukan apa, tak nak masyarakat kita jadi bebal pulak dan terima apa sahaja yang ditulis dalam internet/e-mail etc etc.

Selama aku berforum, hari ni aku kena satu perkara...bukan tag tapi personal attack. Dalam sebuah forum tempatan, aku menyangkal dakwaan seperti yang aku kata kat atas tu. Aku tulis berdasarkan pengalaman dan logika. Biasanya aku tulis pun secara rasional (sesekali tu terlepas jugak kekasaran bahasa). Nampaknya ada sorang mamat ni cukup angin dengan aku...tengok apa dia kata

Personal attack No1
Dalam sedar tak sedar pun anda termakan b*b* sebab tengok perangai dan penulisan pun ada ciri2 kebabian.Contohnya mudah melenting dan mudah gelabah seperti b*b*. Awas ramai org kata dia tak makan b*b* tetapi sebenarnya sudah lama telan makanan drp sumber yg ada b*b*.Walaupun komen yg saya pasted diatas tu(kyron1-Ba- ditulis secara membabi-buta mungkin sekadar nak tambahkan bilangan postings saja.Biasalah b*b* kan banyak disana, sini, situ, pun ada !Jangan jadi b*b*!Jangan makan b*b*!

Personal attack No2
kepada khyron1 ,anda banyak makan makanan drp sumber yg ada b*b*,saya simpati dgn anda.Sebab tu saya lihat anda sedikit abnormal dan ada kecacatan yg ketara pada waras pemikiran anda.Mungkin mak bapak anda wajib lebih peka dgn makanan yg di berikan utk anda makan.Khyron1 berhentilah drp memakan b*b* or u urself already been a pig? Maybe!

Personal Attack No3
kyron1 ,u ada buah dada ?Kalau tak ada u better shut ur mouth up !Sebab ini hanya utk wanita bukan utk lelaki.U mungkin boleh sapu dada u dgn kanji tapi utk wanita utk gunakan petua lama ni wajib guna bahan yg disebutkan.U stay away from this topic okay. Just shut up!

Personal attack #1 dengan #2 bila aku kata 'patut la Pringles lama rasa lain daripada sekarang...pasal yang dulu ada lemak oink-oink kot'. Jadi dia guna posting aku nak attack aku la tu..tapi aku cukup tak puas hati bila dia libatkan mak bapak aku sekali....nak kena parang panjang ka?

Personal attack #3 tu..heheh. Sebab aku kata air tuuuttt takleh buat tegang 'aset'...tu semua bidaah lelaki yang banyak sangat tengok cerita blue...
Aku rasa dia bengang sebab aku kata 'jangan la kita macam ikan keli dalam parit...apa saja masuk dalam air kita belasah, termasuk la....' Abis cerita merepek camtu semua tahap 'bom'!
Final note : banyak yang kata Coke boleh hancurkan perut la, itu la ini la, sebab digunakan buat cuci gris. Abis, kalau perut hancur, kenapa takde siapa pun kata, bibir, lidah, tekak, esofagus, gusi, boleh hancur? Padahal tu temopat pertama menerima air Coke? Dan kenapa takde sape kena masuk spital sebab minum Coke? Macamana BP tak kata pemimpin bebal, sebab masyarakat dari mana pemimpin tu lahir pun bebal!!