Saturday, December 30, 2006

Entry terakhir....

....untuk 2006 da.....

I
Don’t get me wrong...aku sokong 100% usaha kerajaan menjayakan VMY2007. Banyak pengisian yang akan dibuat bagi menarik sehingga 21 juta pelancong (tak campur local?) yang boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Tapi ada satu benda ni yang aku kurang setuju – nak buat 'Eyes On Malaysia’ – atau glorified funfair ferris wheel..heheh, sori. Katanya roda bulat ni dibina untuk membolehkan pengunjung melihat paemandangan sekitar KL..all from 60 meters off the ground. Kenapa aku tak gemar benda ni? Membazir duit? Hmmm mungkin juga sebab dengarnya benda ni akan ditanggalkan semula selepas 2007…tapi tak tau la kalau income yang masuk dari hasil tiket melebihi kos pembinaan (dan penanggalan) dan justify pembinaan benda ni.

Satu lagi sebab, yang buat aku rasa 'tak best' ialah…meniru. Ya, meniru! Sebab Ferris wheel sebegini dah ada di London iaitu London Eye yang dibina ketika millenium dulu. Daripada gambar kat promo yang aku tengok, macam serupa aje design dia? Tu yang aku boring sikit…dah la KL tu dah nak jadi syurga barang tiruan (Petaling Street, VCD, DVD, blablabla). Lagipun, mana lebih best kalau nak tengok pemandangan sekitar KL, satu ferris wheel setinggi 60 meter (dan sebab berpusing, tak la lama sangat boleh enjoy) atau berada pada ketinggian 421 meter kat Menara KL?

II
Malam esok malam tahun baru. Dan seperti biasa akan ada le pesta bunga api...ramai yang nak tengok. Juga akan berlaku pesta buih, semburan plastik dan sebagainya yang akan menyaksikan pesta mabuk2, pesta seks (mungkin bukan orgy tapi tetap ada perlakuan seks), pesta gaduh dan macam-macam lagi sambil menyanyikan Auld Lang Syne dan berazam untuk menjadi ‘lebih baik’ pada tahun 2007. Yang Islam tu ingat, siang tu Aidil Adha, jaga sikit kesucian perayaan tu! Aku? Macam biasa, tengok TV aje...mungkin dah membuta come 12 o’clock. Tapi sebab esoknya cuti jugak, mungkin aku belasah main game Star Trek aku sampai pukul 2!

III
Aku malas sebenarnya nak berazam-azam. Nampak macam jenis orang takde wawasan tapi memang aku jenis tak suka berapi2 pada awal tahun tapi lepas tu macam api demo kebakaran kena sembur pemadam api! Apa-apahal pun, harapan aku untuk tahun 2007 ni....semoga gomen bersetuju dengan proposal CUEPACS, semoga aku sendiri dapat maintain health level aku sekarang, takpun improve (nak baik 100% rasa aku dah hampir takde harapan dah...mak aku sendiri kata kencing manis mana boleh baik) dan paling utama...aku nak clearkan stash model aku yang dah berabuk tu....sebelum aku kumpul yang baru!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007, SELAMAT AIDIL ADHA dan kalau ada foreigner yang terbuka blog aku ni....aku ucapkan Onthaal aan MaleisiĆ«, Bienvenue Vers La Malaisie, Willkommen Nach Malaysia, Benvenuto In Malesia, RecepciĆ³n A Malasia and Welcome To Malaysia!

Thursday, December 28, 2006

Anti-Rempit II

Cerita I

Di Melaka dua MR terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan sorang kiok dan sorang lagi cedera kat kaki. Kenapa berita gembira sedangkan hal kemalangan jalanraya? Sebabnya mangkuk hayun dua ekor tu eksiden masa tengah merempit...dan kalau tak salah aku depa kena hon dengan kereta tu. Sebab tak puas hati, depa hambat kereta tu...tengah-tengah hambat tu la eksiden. Yang kelakarnya nama mamat yang cedera tu Mohd Welldone....nasib bukan dia yang kiok..kalau dia yang kiok...elok sangat la tu...WELL DONE!

Cerita II

Jumaat lepas, setelah beberapa lama diperhatikan orang ramai dan polis, sekumpulan MR yang rata-ratanya masih bersekolah ditahan polis Aloq Setaq ketika merempit waktu umat Islam lain sedang menunaikan solat Jumaat. Kalau tak salah aku 70 orang semua sekali! Ha tu la, mak bapak kasi pakai motor untuk pergi sembahyang, korang guna merempit. Kan dah dapat "cash"! Dari gambar dan berita yang aku kena baca, depa kena sorong motor dari kawasan rempitan berhampiran Wisma Darulaman sampai ke balai trafik IPD Alor Setar...jarak sekurang-kurangnya 2.5km. Best kan, pukul 2-3 petang, tengah panas terik kena sorong motor ramai-ramai? Kena pulak lalu depan-depan Masjid Zahir dengan Menara Alor Setar yang jadi tempat orang melepak....kalau aku ada kat situ masa tu dah sah aku "ffeeewittttt"kan!

Tuesday, December 26, 2006

Monumen Hero Atau Crook?

Alkisah seorang Menteri marah dengan tindakan individu-individu tertentu yang menaikkan monumen MPAJA (Malayan Peoples’ Anti-Japanese Army) di tanah perkuburan di Nilai. Katanya monumen itu ialah sebagai 'mengenang perjuangan komunis’ dan secara tak langsung mengiktiraf perjuangan mereka (komunis).

Kat sini bagi aku sebenarnya ada dua saluran pemikiran. Satu, monumen tu wajar / ‘tak apa’ didirikan sebab ianya dibuat secara persendirian, di atas tapak yang juga boleh dikatakan persendirian. Monumen tu juga dibina sebagai memperingati penentangan ke atas pendudukan Jepun di Malaya dahulu. Jadi, dalam kata lain, Menteri tu rabun sejarah – sebab tak semua anggota MPAJA tu komunis, dan tak semua MPAJA meneruskan penentangan masa darurat.

Satu lagi aliran pemikiran ialah...Menteri tu betul. Kenapa? Sebab asas MPAJA ialah PKM. PKM yang sama menyebabkan Darurat antara 1948-1960 serta era Insurgensi antara 1968-1989. Tak dilupakan Empat Belas Hari dalam bulan Ogos 1945 dimana MPAJA menjalankan undang-undang sendiri dengan membunuh orang-orang yang dikatakan bersubahat dengan Jepun (dan siapa boleh kata mereka hanya membalas dendam, dan bukan pembunuhan yang lebih terancang, dengan niat nak merebut kuasa?) dan hanya dapat dikekang sedikit sebanyak di Johor oleh Kiyai Salleh serta kehadiran semula tentera British pada September 1945. Mungkin Pak Menteri khuatir, ini langkah awal ‘membersihkan’ PKM – MPAJA sebagai ‘wira’ penentangan Jepun (dan melupakan sumbangan unit-unit seperti Force 136 serta Wataniah); kemudian diikuti usaha MPAJA (yang kemudian bertukar jadi MPABA – tukar ‘Japanese’ jadi ‘British’) menentang British dan seterusnya. MPAJA ni bukan apa, taraf 'pejuang' mereka dipadamkan dari lipatan sejarah negara sebab mereka berterusan menentang walaupun dah tak diterima, sehingga 1989. Bapak aku pernah kata 'orang tak ingat kita buat baik, tapi pastinya orang ingat kalau kita buat jahat'.

Kat sini aku buat kesimpulan radikal...bagi aku kalau monumen tu memperingati kegiatan MPAJA semasa WW2, biarlah. Kena pula kalau monumen tu untuk individu sahaja. Tapi dalam masa yang sama pihak-pihak yang berkenaan perlu juga highlight penglibatan Force 136 dan Wataniah... mungkin juga kena buat monumen khusus, jangan sampai ada orang ingat hanya MPAJA sahaja yang menentang Jepun.

Sunday, December 24, 2006

Johor, under water...

Aku mulanya tak bercadang buat entry ni tapi bila bukak paper hari ni aku terbaca ‘Banjir Di Johor Semakin Buruk’. Mengikut berita, hampir kesemua sungai, terutama di utara/barat laut Johor dah melebihi paras bahaya dan air di Empangan Semberong dengan Bekok dah nak overflow hingga memaksa pelepasan air. Keputusan nak lepaskan air bukan bukan mudah sebab ianya keputusan ‘damn if you do, damn if you don’t’ atau ‘choosing a lesser of two evils’. Sebabnya kalau air dilepaskan, biarpun sedikit-sedikit, akan menyebabkan situasi banjir bertambah buruk. Kalau tak dilepaskan pula, ada risiko empangan pecah menghasilkan serbuan air berjuta-juta liter yang akan memusnahkan, mungkin secara total, apa-apa di laluannya. Jumlah penduduk yang dipindahkan di Johor pula dah mencecah 77,000 orang.

Jalan pulak masih banyak ditutup, kalau ikut laporan Berita Minggu, jalan Tangkak-Muar (yang selalu aku guna balik BP) kat Parit Senduk dah ditutup. Jambatan kat Sungai Rambai Melaka pun dah kena tutup – kiranya laluan dari utara nak masuk Muar dah putus (kecuali ikut Pagoh mungkin?). Kat Batu Pahat pula, Sri Medan dengan beberapa kawasan di Parit Sulong pun dah terputus…rasa aku dah bertahun dua-dua kawasan tu tak banjir, sejak Empangan Semberong siap. Bila air empangan dilepaskan tambah pulak air dari Segamat sampai makin teruk la dua-dua tempat tu…seblum2 ni kalau banjir, biasanya sebab air dari Segamat aje. Dan banjir kat area Yong Peng-Parit Sulong-Sri Medan ni seingat aku lain sikit sebab air boleh bertakung sampai sebulan, walaupun dah takde hujan lagi!

Aku telefon mak aku, katanya dah dua hari cerah…tak tau le sebab hujung minggu time orang kawin, lepas tu tu hujan petus balik. Rumah dia takde apa sebab kawasan bandar BP masih OK..lagipun kalau mak aku kata rumah dia naik air, maknanya satu BP dah jadi tasik! Kawan dia pulak letak kereta kat rumah mak aku pasal rumah dia kat Parit Raja dah masuk air paras betis.

Apa-apahal diharap orang-orang negeri aku bersabar. Walaupun banjir kali ni buruk, ada lagi tempat yang banjir lagi dahsyat sampai beribu-ribu nyawa hilang…

Wednesday, December 20, 2006

Sardin Berkuah Escargot!

Konon cerita:


"Sebenarnya saya berhenti makan sadin... kerana cerita daripada teman.... tinggal berhampiran kilang sadin. Dia beritau saya, dan dia dah sahkan yang pengilang sadin menggunakan LENDIR SIPUT BABI untuk pekatkan kuah sadin. Setelah saya bekerja, saya sempat melawat kilang tersebut dan mintak penjelasan dari pengurus kilang tu, Suhanallah, dia mengaku kemang (sic) dia menggunakn lendir tersebut. Lebih memeranjatkan, memang kilang tersebut mengetin siput babi untuk ekspot kerana siput babi menjadi kegemaran warga Perancis (dia orang Perancis) dan Jerman. Ini tambah meyakinkan saya mengenai kandungan sadin tersebut. Semenjak tu, bila terpandangn sadin, saya terbayang LENDIR siput babi tu. Cuba bayangkan.... Oh terlupa, yang ni sadin A1 (cap AYAM)."

Cerita ni dah lama sejak 80an lagi tapi masih bernyawa sampai sekarang. Satu contoh urban legend yang diedarkan sebagai kisah benar. Geli kan? Tapi ada kekurangan dalam cerita ni yang menyebabkan inaya urban legend semata-mata:

- setahu aku sardin bukan dikilangkan di darat, apatah lagi di taiping yang agak jauh dari laut. Even kat tin sardine Ayam Brand pun tak tulis kilang. Kenapa? Sebab kilangnya kat laut, factory ship! Kat Malaysia silap2 setakat bubuh label aje.

- Escargot bukan siput babi ‘biasa’ dan juga bukan makanan biasa orang Perancis – ianya biasanya hanya dimakan bila ada keraian. Dan seingat aku, bukan murah. Satu lagi, hanya French aje makan siput darat ni, bukan Jerman.

- Sangat tidak ekonomik untuk memekatkan kuah dengan lendir siput..berapa juta ekor diperlukan? Macamana nak ekstrak lendir tu? Itu tak dicampur lagi kos ladang siput dan sebagainya. Lebih baik guna tepung jagung. Mana-mana peniaga mesti nak memaksimakan keuntungan, buat apa mereka turunkan margin keuntungan dengan pakai siput?

- Seperti biasa, mengikut cerita-cerita sebegini, hanya jenama terkenal dan paling laris sahaja akan buat ‘kerja gila’ seperti letak siput, lemak babi dan apa-apa yang menggelikan. Bunyi macam dengki aje…
- Akhir sekali, cerita tak konsisten...Sardin A1 ke Sardin Cap Ayam?

Ikut kata Mythbusters…cerita ni bagi aku BUSTED!

Sunday, December 17, 2006

Temberang Hollywood - Pearl Harbor (2001)

Kali ni aku nak listkan kesalahan fakta dalam filem Pearl Harbor. Aku amik dari military buff punya POV....

- Orang di Hawaii boleh dengar perbualan radio antara krew yang terlibat dalam Doolittle Raid. Masalahnya depa semua terbang secara berasingan dan tidak menggunakan radio! Kalau depa guna, Jepun lebih tahu kehadiran mereka – serangan sebenar adalah serangan mengejut.

- RMS Queen Mary pada WW2 telah dicat kelabu bagi tujuan penyamaran. Dalam filem ni ianya masih dicat warna merah dan hitam...

- Versi Pesawat Zero yang ditonjolkan dalam filem ini hanya muncul pada tahun 1943...sama dengan versi P-40 filem yang hanya muncul tahun 1942. Juga dengan pesawat B-25!

- P-40 lebih lincah dan tangkas daripada Zero? Tolong la...antara arahan tempur kepada juruterbang American Volunteer Group (Flying Tigers) di China ialah “If you try to turn with a Zero, you're dead.” Juga pertempuran udara dalam filem ni dah nak cecah tanah dah….mana ada la…

- Kipas kat bom (adegan USS Arizona) tu bukan fius peledak, tapi ‘arming mechanism’. Bila kipas tu berpusing, ianya ‘menghidupkan’ bom tersebut. Dalam filem ditonjolkan bom tu meletup selepas kipas tu berhenti...

- Rafe dengan Danny juruterbang pesawat PEJUANG dan juruterbang pesawat pejuang US masa WW2 tidak dilatih semula jadi juruterbang pengebom. Dalam Doolittle Raid, hanya Kolonel Doolittle sahaja juterbang pesawat pejuang. Krew pesawat-pesawat B-25 dalam serangan tersebut datang Grup Pengebom ke-17 yang mengoperasikan pesawat yang serupa. Jadi camne Danny dengan Rafe boleh turut serta?!


- Rafe masih memakai uniform USAAF bila dia sampai ke England untuk menyertai Eagle Squadron – maknanya dia masih berkhidmat dalam USAAF. Masalahnya peraturan USAAF mengatakan anggotanya perlu meletak jawatan sebelum menyertai pasukan tentera sukarelawan di luar AS!

- Masa serangan, Rafe ada mengatakan yang P-40 tak boleh melarikan diri dari Zero fighter. Masalahnya dia cuma ada pengalaman tempur dengan pesawat Jerman. Dan pada masa itu pula keupayaan Zero tidak diberi perhatian oleh pihak atasan US.

- Tahun 1941, Jerman tak serang UK masa siang lagi dah…

Tu aje la yang aku ingat!

Thursday, December 14, 2006

Cerita 'Tak Best' Pemandu Veteran

I

Cerita ni masa raya, aku dari rumah mak aku nak ke rumah family wife aku. Jalan nak masuk taman perumahan tu lalu depan hypermarket Fajar dan sebab masalah lalulintas, MPBP dah ubah jalan tu jadi ‘partial’ jalan sehala. Maknanya, kereta dari Fajar hanya boleh ke kiri sahaja dan bukan kekanan. Tak jauh dari exit Fajar tu dalam 35-50m, jalan masih dua hala (untuk kenderaan yang keluar dari Summit Parade). Maknanya potensi untuk orang mencilok langgar one way amat la tinggi. Aku sendiri dah berapa kali hon mangkuk2 bawak motor yang selamba langgar one way tu. OK, untuk kejadian yang ni, sebab one way, aku guna lane kanan (sebab nanti nak masuk kanan la!). Sampai kat simpang Fajar tu, ada satu Nissan 120Y keluar – ke kanan. Aku pun apa lagi, tekan hon la! Apek kat dalam Nissan tu tunjuk yang maksudnya ‘Lu guna jalan wa!’. Aku naik hangin la…langsung aku tunjuk…dengan jari hantu aku, signboard ‘Jalan Sehala’ yang betul2 dapat dilihat dengan jelas oleh apek tadi. Dan dengan muka se’eh, apek tu angkat tangan mintak maap…nasib baik dia buat camtu. Kalau dia tunjuk kiasu dia lagi aku tak tahu le nak cakap apa…

II

Ni minggu lepas pulak, aku tengah dalam circuit roundabout depan UUM, ada kereta dari arah Kuala Nerang yang selamba rock aje masuk dalam circuit sampai aku tekan hon sepanjang tidak, bini aku sampai terjerit. Aku terus naik darah terus hambat Waja tu. Bila dah bersaing dengan dia, aku terus tengok siapa….apek tua lagi! Kali ni aku tunjuk penumbuk aku kat dia. Dia? Buat keringg aje. Memang cilako!

Nasib baik aku tak masuk Arqam..kalau aku masuk aku dapat power tu…tunjuk aje, kereta tu masuk gaung! Kakakakaka.

III

Yang ni pulak semalam. Aku pergi pejabat KWSP Alor Setar, nak draw duit beli rumah. Parking biasa la, penuh. Aku nampak ada kereta nak keluar – sebab dah terlambat sikit, aku tunggu ke depan la. Aku siap bagi signal, gear pun aku dah masuk reverse (tanda aku nak masuk slot yang kosong nanti). Elok je Beamer tu keluar, terus aje satu Corolla lama ni masuk. Aku panas la apa lagi. Tengok2 orang tua, ada dalam 45-50 tahun. Aku rasa ‘enough is enough’ jadi aku cakap la…kira cara baik jugak: “Sampai hati pakcik, saya dah tunggu ni pakcik masuk aje?” Tapi, tanpa nak mintak maaf atau bagi penjelasan, pakcik tu buat muka kering aje, muka blur, terus belah! Aku makin panas la…budi bahasa, hormat orang be damned! Aku terus dengan suara tinggi sound pakcik tu (aku masih pakai akal, takde la nak maki, tapi still naik angin) dan still pakcik tu buat muka poyo dia. Wife aku pun sama naik angin sampai dia suruh aku calarkan kereta orang tua tu. Last sekali bila dah park, aku buat memo kat kereta tu “Nama aje pakai kopiah, lambang Islam la konon tapi perangai macam kapiaq l*****t!’

Apa salahnya pakcik tu mintak maaf? Apa, orang muda sahaja kena minta maaf kat orang tua? Aku rasa kalau dia minta maaf walaupun dengan alasan paling bodoh dalam dunia pun, rasa aku, sejuk jugak hati aku ni...

Tuesday, December 12, 2006

'Teh Tarik Rendek!' Di ISS?

Angkasawan M'sia Bakal Main Gasing Dan Batu Seremban Di Angkasa” dan “Angkasawan Malaysia buat teh tarik di angkasa”. Itulah antara tajuk berita bulan lepas. Reaksi aku bila baca tajuk tu…ketawa. Apa taknya, nak main batu seremban dengan gasing dalam ISS (International Space Station). Aku rasa korang pun macam tu kan? Dan mungkin antara respon kita kepada berita itu ialah ‘bodoh ke?’, ‘Dah takde kerja lain?’, ‘Malaysia Boleeeehhhhh’, ‘Mengarut gila babi’ dan macam-macam lagi yang secara asasnya menghentam. Ya, memang patut pun. Keluar duit berjuta-juta tapi setakat buat benda merepek macam tu. Juga banyak kartun, lawak sinis, sindiran dan sebagainya keluar…semuanya mengatakan agensi yang ditugaskan memantau program angkasa sebagai ‘hilang akai’.

Tapi..ya, tapi. Adakah kita meninjau dengan lebih lanjut berita tersebut? Cerita selanjutnya dimana pihak yang menjawab (dalam Parlimen) menerangkan yang saintis tempatan telah menghantar cadangan penyelidikan masing-masing. Ada kita baca? Rasanya bila kita tengok perkataan 'teh tarik’, gasing’, batu seremban’ dalam satu ayat yang sama dengan 'angkasawan' dan 'angkasalepas', terus kita mengutuk.

Ini keratan daripda Hansard (laporan Parlimen)

"...Mereka mengadakan life sciences, kerana nak translate ia susah dengan izin. Iaitu mereka belajar cells in space, microbes in space, protein crystallization in space, seeds and germination in space. Lepas itu space medicine. Mereka belajar in-flight monitoring of kesihatan angkasawan. Selepas itu, mereka belajar pre-flight dan post-flight monitoring angkasawan punya health. Selepas itu, mereka belajar physic education. Physic education iaitu termasuk mereka main batu seremban itu. Main traditional game in space dan mereka main gasing in space” (Rojak jugak bahasa Ahli Parlimen yek, kena saman ni...heheh)


Nah, dua eksperimen ‘main-main' dan bebrapa eksperimen ‘serius’…tapi otak kita cuma nampak ‘batu seremban’ dengan ‘gasing’ serta ‘teh tarik’ (yang aku tak quote bersama ‘lukis batik’).

Sekarang, memang eksperimen merepek (gasing, teh, batu seremban) tu nampak memalukan dan tak masuk akal. Tapi perlu juga diingat, program angkasa Malaysia yang pertama ini lebih bertujuan nak menarik minat rakyat Malaysia untuk meminati bidang astronomi (bukan astrologi ye). Rakyat Malaysia turut merangkumi kanak-kanak. Berapa ramai kanak-kanak Malaysia yang tahu keadaan mikro/zero gravity di angkasa sana? Bagi aku, eksperimen teh tarik, gasing dan atu seremban ni lebih sebagai ‘fun stuff’ untuk kanak-kanak – satu langkah tatihan pertama untuk mereka meminati bidang astronomi. Dan mungkin juga untuk orang dewasa yang tak nak ambik tahu pasal eksperimen saintifik yang susah dia nak sebut!

Media pula tak membantu, laporan mereka hanya memberi tumpuan kepada ‘eksperimen merepek’ tersebut. Ini mungkin samada
- mereka sendiri tak faham terma-terma saintifik atau
- mereka rasa rakyat Malaysia tak faham terma-terma tersebut (jadi tak perlu nak tulis)
- lebih senang tulis hal ‘remeh’ sebab psikologi rakyat malaysia yang suka benda yang mudah difahami dan dikenali.

Nah...sekarang siapa patut digelakkan, mereka atau diri kita sendiri atau sama-sama gelak atas ‘kepintaran’ masing-masing?

p.s. Ada yang kata program ni menghabis duit rakyat. Untuk makluman, program ni sebahagian program bayaran / timbal balik pembelian pesawat Sukhoi. Dan kalau ada yang kata ‘buat apa beli Sukhoi tu’, meh sini aku tarbiyahkan…takpun aku perkenalkan dia kat orang yang boleh tarbiyah baikkkk punya!

Sunday, December 10, 2006

Angan- Angan Si Jeneral Kerusi Malas

Kalaulah aku jadi orang yang berkuasa keluarkan duit untuk pembelian peralatan ketenteraan ATM....

Akan aku humban tukun TUDM (aka BAe Hawk 108 dengan 208)...jual dengan Indon ke, Arab ke...

Lepas tu, kasi tambah cukup pesawat MiG-29 untuk melengkapi 3 skuadron dan kasi upgrade ke standard SMT...tak pun M2...takpun OVT (Mak oi...OVT pun masih testing lagi).

Su-30MKM pulak tambah menjadi dua skuadron...satu di Gong Kedak, satu di Labuan.

Hornet? Oh, masih berjasa lagi sang tebuan ini. Juga akan ditambah menjadi satu skuadron penuh. Sang Tebuan, kamu ditugaskan membantu TLDM! (anti-shipping la) Cuma problem sikit, Hornet 'D’ dah tak keluar kilang lagi, kena beli stok USMC, itupun kalau US lepaskan!

Tukun TUDM akan diganti pesawat latihan/light attack seperti Yak-130 dan jumlahnya cukup sebagai pesawat latihan dan juga sebagai pesawat serangan ringan bila diperlukan. Mungkin juga 2 skuadron? Tapi sebab itu hari dah sign MB339CM, kena tukar model ni jugak la nampaknya.

Charlie...dimana rasa aku TUDM saja panggil C-130 Hercules, ‘Charlie’…nak tambah lagi tak? Ah tambah aje la...mana cukup 12 biji nak support logistik, nak support 10 Para lagi....tambah lagi 12 biji cukup? A400M mana? Yang tu kira lain....

Nuri, aku rasa dah masa untuk burung besi ni dipencenkan. Sebagai pengganti, aku suka NH90. Oh, pilot ramai-ramai tu kalau jadi apa-apa kat pesawat dan terpaksa guna K-36 atau Martin-Baker, perlu ada EC725 Cougar untuk CSAR…Again, cukupkan satu skuadron. Aku sebenarnya suka HH-53J Pave Low III tapi tu macam canggih sangat la…lagipun Uncle Sam kasi ke?

Ah, cukup la dulu berangan kosong…kang jatuh pulak model Hornet yang aku tengah bawak main ni…

Thursday, December 07, 2006

Ajaran Sesat...Featuring Al-Arqam/Rufaqa'

Dalam masa seminggu ni, heboh balik satu Malaysia pasal Al-Arqam Reloaded…Al-Arqam yang hidup balik sebagai Rufaqa’ Corporation. Ada yang kata hidup balik, ada yang kata Rufaqa’ ialah Arqam dengan nama lain…mereka yang hardcore tak pernah insaf. Dan Al-Arqam merupakan salah satu ajaran sesat/cult yang diharamkan. Mengikut IKIM, ciri-ciri cult ialah

- bergiat secara berkumpulan dengan satu pemimpin yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ketua ini pula dipuji secara melampau
- bergiat secara underground
- berfahaman songsang dengan kebiasaan
- mempunyai lambang-lambang tertentu

Wikipedia pula menambah, cult mempunyai ciri berikut:
- Pengucapan/mentera yang berkaitan dengan alam ghaib
- Bersifat anti-sosial
- Mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada ahli

Wikipedia turut menambah bahawa mereka yang terpengaruh dengan cult sebegini adalah orang yang :
- bersikap anti-sosial. Mereka memandang sinis masyarakat, tidak berpuas hati atau tidak dapat menrrima suasana sosial sedia ada
- Berfikiran magis – orang yang sentiasa mengaitkan hal-hal fizikal dengan hal-hal ghaib dan mempercayai bahwa perkara2 ghaib ini boleh membentuk kehidupan. Itu yang ramai claim berbual dengan Nabi, dapat Wahyu, jadi Imam Mahdi dsbnya. Berzikir entah apa-apa malam2 buta

Dan tambah aku pula pasal orang yang tubuhkan/sertai ajaran sesat – mereka yang malas berusaha nak dapatkan syurga. Cuba tengok majoriti ajaran sesat..mana ada yang kata kena baca Quran sampai khatam tiap2 malam? Atau sembahyang 10 waktu? Atau tiap2 tahun kena pergi Haji? Takda! Yang ada ialah...sembahyang pakai niat sahaja, puasa pakai niat sahaja, tuk guru tolong tanggung dosa dan lain-lain lagi. Yang sertai ajaran sesat pula orang yang tak amalkan ajaran Islam sekian lama, sedar diri tu berdosa tapi malas....dan bila nampak (kononnya) short-cut ni mereka pun berbondong2 menjadi ahli, dan sebab percaya tuk guru boleh ampunkan dosa dan sebagainya, mereka jadi obses – daripada tahap macam 'sesat di Kuala Lumpur', terus jadi 'sesat di Planet Zargus'!

Satu lagi, seperti dinyatakan saudara Sevven dalam blognya, ajaran sesat ialah cara mudah nak jadi kaya. Apa taknya, tuk guru kata kalau nak join kena 'sucikan’ diri dengan derma, katakan RM2,000. Tu sorang, kalau 10 orang dah RM20,000! Dan seingat aku kat paper baru2 ni pun ada dinyatakan Arqam nakkan peserta bagi sebahagian harta kepada organisasi-hmmm, patut le aset depa ni banyak! Satu lagi, ada sesetengah tuk guru yang guna 'male appendage' (heheh) sebagai pemandu dia...senang2 aje dapat rasa 'ayam fresh’ – ye la, sebagai syarat ahli pompuan baru nak 'masuk syurga’ atau 'menebus dosa’..... tuk guru tu yang ke 'syurga’ dulu!

Dan bila kes Arqam didedahkan, nampaknya depa dah naik satu level lagi:
"Ahli yang berjuang dalam perjuangan ini akan mendapat power daripada Allah seperti mana yang diberikan kepada Rasulullah. Kemuncak kematangan Karomah atau power inilah apabila tunjuk kapal terbang dengan jari dan niat jatuh, maka jatuhlah."

Menarik…kelakar pun ada sebab ada perkataan ‘power’ tu…macam ayat bebudak plak. Hmmm sekarang dah ada power camtu pulak? Oh, kenapa masa JAIS raid itu hari depa tak tunjuk jari kasi van JAIS tu meletup? Atau nak larikan diri, tunjuk aja kat pegawai JAIS supaya tak bergerak? Power tak cukup lagi ke masa tu? Apa pula lepas ni…semua ahli Arqam boleh buat lightsaber dengan buat ‘Jedi Mind Trick’? Satu lagi aku tergaru-garu kepala…punya la obsess Abuya pasal pemuda Bani Tamim, sampai dia letak gelaran ‘At-Tamimi’ kat hujung nama dia…siapa yang angkat dia sebagai Pemuda Bani tamim ni? Dia sendiri? Boleh tahan jugak egocentric Abuya ni….untuk penerangan lebih pasal Al-Arqam, selain website official kerajaan, boleh juga ke http://rufaqa-sesat.blogspot.com/

Tuesday, December 05, 2006

Dihydrogen Monoxide - Satu Pendedahan

OK…sekarang setelah aku buat pendedahan pasal bahayanya DHMO (rujuk posting asal di SINI), dan kita semuanya tak sedar akan bahaya bahan itu, aku nak dedahkan pula apa sebenarnya DHMO. Sila baca ayat demi ayat…jangan skip ye? Entry ni panjang sikit, but I believe you will find it enlightening.

Baiklah DHMO sebenar-benarnya ialah……

AIR

Ya, air, water, skyjuice, air jarang, air kosong, H2O…Apa yang aku tulis dalam entry aku tu sebenarnya satu hoax yang dibuat budak-budak sebuah Universiti di US. Tujuannya nak menunujukkan betapa orang ramai akan percaya sesuatu benda tanopa usul periksa, terutama kalau melibatkan penggunaan ‘buzzwords’ tertentu.

Nama saintifik air ialah hydrogen oxide..sebab ada dua atom hydrogen maka sahaja ditambah ‘di’ dan sebab atom oksigen ada satu, saja ditambah ‘mono’. Dan bila oxide menjadi ‘monoxide’ maka fikiran kita akan mengaitkan ia dengan satu lagi monoxide berbahaya – carbon monoxide…langkah pertama hoax ini dah berjaya. Nama-nama saintifik lain air tu betul…Cuma bila kita sebut ‘asid’ maka akan terbayang satu cecair kimia yang mampu merosakkan wajah seseorang (cerita yang selalu didengar) dan kita lupa banyak lagi benda asid dalam kehidupan kita…macam jus limau!

Setelah mendapat persepsi ‘bahaya’, hoax ini seterusnya menyenaraikan ‘keburukan’ DHMO. Mari kita tengok…

‘beribu-ribu kematian…berjuta-juta dolar kerugian…terutama diselatan dan tenggara US’ – Berapa ramai mati lemas seluruh dunia? Berapa ramai mati dan hartabenda musnah akibat storm surge taufan-taufan yang melanda US, terutama Katrina tahun 2005?
‘kematian…DHMO masuk saluran pernafasan’ – ni mati lemas la…juga sebab penyakit seperti paru-paru berair…

‘pendedahan…DHMO dalam bentuk pepejal…’ – pernah dengar frostbite?

‘lecuran teruk…DHMO dalam bentuk gas’ – cuba letak tangan kat muncung cerek yang tengah mendidih…

‘komponen utama hujan asid’ – kalau hujan apa yang turun, air kan?

‘menyebabkan logam teroksida’ – bunyi saintifik untuk karat…karat sebab ada air kan?

‘ketagihan bahan…mati dalam masa 168 jam’ – kita semua kan bergantung kepada air…takde air kita mati…’

Penggunaan dan kehadiran DHMO
Semua aplikasi ‘DHMO’ tu nampak macam aktiviti memusnahkan alam sekitar kan? Semua yang aku senaraikan tu melibatkan air dalam proses pembuatan. Dan bagi ‘digunakan di kolam renang awam’, kalau takde air camne swimming pool nak digunakan yek?

Dan kehadiran DHMO dalam produk-produk tu...sikit sebanyak mesti ada air, ye tak?

Jadi apa-apa hal aku mintak maaf la ye. Sekarang, dengan jujur, baik mengaku , siapa yang percaya DHMO merbahaya masa korang baca entry aku yang lepas? Hmmm apa kata korang forward entry DHMO aku tu kat kawan-kawan, sedara-mara dan lepas tu dapatkan reaksi diaorang...jangan dia orang kata 'Mari Haramkan DHMO’ sudah!

Sunday, December 03, 2006

Pelanduk Nak Sama Rupa...Satu Entry Perasan

Aku terjumpa site ni... MyHeritage face recognition. Kat site ni kita boleh tengok muka kita ada iras-iras rupa siapa. Bila aku run gambar family aku, ni result dia…

Aku
68% iras Jozef Pilsudski – negarawan Poland (check kat Wiki)
62% iras James Spader
60% iras Kareena Kapoor (!)
52% iras Johnny Depp

Wife aku
76% macam Angelina Jolie...fewwiitttt
70% macam Orson Welles(!)
70% macam Beyonce
70% macam Sammi Cheng
63% macam Andie McDowell

Nabila
76% Ayumi Hamasaki
60% Zhang Ziyi
58% Jolin Tsai