Tuesday, October 30, 2007

Aliens At The Gate! (Well, They're Already Inside...)

I
From the movie Aliens

Drake : Go Vasquez, kick ass!
Vasquez : Anytime, anywhere, man!
Hudson : Right, right. Somebody said 'alien' she thought 'illegal alien' and signed up!
Vasquez : F#$k you, man!
Hudson : Anytime, anywhere.

II

Ramai ye yang concern pasal kehadiran pendatang asing. Ye la, dah lebih 2 juta, apa taknya. Maka ramai la mengutuk, mengomplen dan sebagainya kata gomen tidur. Mungkin juga.

Tapi ada tak yang tengok kat rumah mereka sendiri, serta kejiranan mereka? Ada tak anak muda tempatan yang sihat walafiat yang masih dok tidur kat rumah walau matahari dah sepenggalah dan mengharap duit mak bapak hatta untuk dating (pelik, siap boleh ada girlfriend pulak). Kalau ada, nah! Tu salah satu sebab kenapa majikan terpaksa pakai pendatang asing!

III
Satu cuti sekolah, tahun 1985. Aku balik dari Kelantan menziarah family makcik aku. Sebab kereta extra penuh, aku kena ikut nenek aku naik bas ke JB sebelum balik BP. Dalam bas, cuma ada nenek aku dan sorang makcik aje yang pompuan. Yang lainnya lelaki. Dari perbualan yang aku dengar, semuanya nak ke Singapura bekerja sebagai buruh binaan. Dan kemudian-kemudiannya aku dapat tahu ramai anak muda (dan tak begitu muda) dari Kelantan (dan pastinya dari negeri-negeri lain) ke SG...mana pergi mereka ni? Adakah generasi baru lebih suka bekerja di warung tomyam?

Aku sambung lagi....

Sunday, October 21, 2007

Suatu Hari Di Hari Raya

(Sebenarnya beberapa hari sepanjang aku bercuti raya!)

I

Raya Kedua, aku balik ke rumah arwah bapak mertua aku. On the way, adik ipar aku yang kat Johor (JB la, orang johor kata JB 'Johor' aje) telefon mintak tolong ambik kat bas stand larkin pasal tiket ke BP dah habis. Takpe la, aku pun baru sampai Benut jadi aku pusing balik. Dalam perjalanan balik semula ke BP, aku singgah kat R&R Skudai. Lama tak makan Whopper, aku singgah kat Burger King. Mak oiii ramainya orang! Patut le adik ipar aku payah nak cuti time raya (dia kerja McD). Tapi apa yang mencuit aku ialah satu keluarga ni...hebat, pakai Wish, dressing pun bergaya (raya la katakan). Gaya pun menampakkan status dia...tapi seumur hidup aku, tak pernah aku tengok Mat Salleh, pemakan asal burger, baik di Malaysia mahupun selama pengalaman singkat aku di luar negara.....MAKAN BURGER PAKAI PISAU DAN GARPU!!!!

II
Aku nak balik semula ke utara...nak masuk highway kat Tangkak. Beberapa bahagian jalan Tangkak-Muar dah dilebarkan untuk kemudahan memotong, maklum le jalan bengkang-bengok lepas Bukit Kangkar tu. Yang aku tensennya, masih ada orang tak reti-reti nak baca papan tanda 'GUNAKAN LORONG KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG'. Bila aku flash high beam dengan tekan hon, siap buat bodoh pulak!!!

III
Ni takde kena mengena dengan raya. Aku baca suratkhabar, ada sorang hamba Allah ni kata Dr Sheikh Muzaffar layak digelar saintis. OK, aku sokong program angkasa ni, lagipun ianya offset pembelian Su-30MKM tempoh hari. Tapi tang nak kata Dr Sheikh tu 'saintis' tu ada merapu la. With all due respect, apa yang Dr Sheikh buat, tak lebih dari apa pembantu research buat...or for that matter, apa budak sekolah buat masa kelas amali makmal. Gelaran angkasawan tu OK la. Tapi kalau nak kata dia tu saintis...aku pun saintis jugak la camtu!!

Sunday, October 07, 2007

Bill Gates Ingin Menderma! (Yea, Right....)

Pernah dapat email sebegini?


"Dear Friends, Pl ease do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test. When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (i f you are a Microsoft Windows user) for a two week time period.For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for eve ry th ird person that receives it, you will be paid $241.00. Within two week! s, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque."

E-mail tersebut dah lama disahkan sebagai spam/email berantai. Ingat suka hati Bill Gates ke nak bagi duit semata-mata dengan forward e-mail? Masalahnya, zaman S&T dengan IT ni…masa wujud lagi ‘suckers’ yang dok forward email nih! Aku tulis entry ni sebab aku dapat email tu dari sorang hamba Allah ni yang ‘tak kisah’ nak buang forwarded messages terdahulu (sampai 681 kB!!). Dari forwarded messages tu aku tengok semua kerja bagus-bagus…engineer, doktor, eksekutif…pendek kata semuanya professional dan berpelajaran tinggi…tapi dok buat kerja ni jugak!!! Takkan setakat ada orang terdahulu claim dapat duit yang entah dari mana, maknanya email ni benar? Dah la tu depa kata depa ‘terkejut’ tengok baki dalam akaun bertambah – mana Microsoft tau nombor akaun depa, kecuali depa bagitau? Punya la tak logik tapi ramaiiiiii jugak yang percaya!!

Monday, October 01, 2007

Mari La Mari...Kita Mengundi

Sekarang ni musim pilihanraya kampus. Keluar la macam-macam 'pro'. Juga kumpulan serpihan dan syok sendiri. Aku tak nak cerita pasal pro-pro nih...Raja Petra and the gang boleh cover. Cuma aku tergelak besar baca bantahan pencalonan...takde titik pun nak komplen! Yang paling best ada bantahan sebab 'tulisan calon macam cakar ayam'. Masalahnya, yang tukang bantah tu, tulisan dia pun dua kali lima!!

Teringat pulak aku masa kat U dulu. Kat UK, pilihanraya kampus serupa dengan pilihanraya umum. Calon-calon bertanding atas tiket parti politik! Aku pun tak amik pot sangat masa tu walaupun berlonggok pamplet bawah pintu bilik aku. Cuma aku tertanya...camne yek nak buat kerja kalau Presiden Tory, Naib Presiden Labour, Pengerusi Biro pulak Plaid Cymru?