Tuesday, September 23, 2008

Dara Yang Janda

Wife aku ni kira dah rapat dengan mak aku sejak zaman dia anak dara lagi. Selalu la jugak mak aku mintak dia temankan kat rumah atau ke mana-mana. Ada satu hari tu, orang JKKK kampung berdekatan nak buat banci ibu tunggal sebab nak beri bantuan sempena raya. Nama mak aku naik tapi dia tak mahu sebab dia rasa dia tak layak nak terima. Tapi geng JKKK insist jugak dan mintak mak aku hadir majlis penyerahan. Nak tak nak mak aku kena la jugak pergi sebab hormatkan pengerusi JKKK tu. Mak aku ajak le sekali wife aku.

Sampai kat balairaya, orang dah ramai...press pun ada. Penyerahan bantuan pulak dibuat sorang demi sorang. Mak aku ni malas le nak naik pentas jadi disuruhnya wife aku ganti dia. Sampai giliran mak aku, maka naik le bakal menantu dia (masa tu). Wife aku kata, sebelum-sebelum tu semua penerima baya-baya makcik jadi kamera pun ambik ala kadar aje...sampai turn dia, kira macam artis kat red carpet la..meletup-letup bulb flash. Gamaknya dia orang ingat wife aku ibu tunggal muda kot?

Gitu la ceritanya....bosan kan? Abis korang ingat cerita apa?

4 comments:

tajudin said...

no. ok cerita ni. akan membuat kita terus membaca (macam cerita menangis atas kubur tu...).

salam aidilfitri.

tin said...

Laaa....

wa ingatkan ada betul janda yang dara. kalo idak, buleh wat calon :P

en_me said...

mesti wife ko jeliter sungguh.. kannns

Alpha said...

Gatai jugak korang ye...

Wife aku tu tak la jelita sangat...tapi manisnya ada...hehehe