Wednesday, May 27, 2009

Rukun Tetangga

Terdengar dalam iklan @ pesanan khidmat masyarakat di radio (digubah balik aku, tapi isinya sama)

Isteri : Bang, kenapa kat depan rumah jiran kita tu ada kereta polis?
Suami : Rumah dia kena rompak!
Isteri : Rupa-rupanya lori yang kita nampak malam tu, ingatkan jiran nak berpindah, rupanya perompak!
Suami : Tu la, jiran kita ni tak bertegur-sapa, tau-tau aje balik kampung! Kalau dia tinggal pesan boleh jugak kita tengok-tengokkan.
Isteri : Kesian ye bang, nanti kita ziarah dia ek?

Hoho...salah jiran tu tak bertegur-sapa le sampai si laki-bini tak tahu jiran balik kampung. Bila nampak lori, ingatkan jiran nak pindah? Habis akal tak pakai ke, kalau nak pindah mesti tuannya ada sekali nak perhati movers tu!

Tuesday, May 19, 2009

'The Bachans' Mencarut!


Dulu aku pernah buat posting pasal artis Malaysia yang berposing sambil tunjuk 'birdie' versi British. Kali ni pulak aku terjumpa gambar The Bachans (Amitabh, Abishek dengan Aiswarya) dengan selambanya tunjuk finger kat jurugambar...siap senyum2 pulak tu!

Rupanya dia orang baru balik mengundi pilihanraya umum kat India...nak tunjuk dakwat pengesahan undi kat jari le tu....Ni memang SPR India suruh celup jari hantu atau tiga ekor tu saja guna jari hantu? Atau press India tak tahu maksud jari tu? Hahaha!

Thursday, May 14, 2009

Air Zam Zam?

Semua tahu air zam zam kan? Air yang keluar dari perut bumi hasil hentakan kaki Nabi Ismail AS dan masih keluar lagi sampai hari ini. Secara ruhaninya air ini amat berkhasiat dan Nabi ada bersabda yang bermaksud "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki"

Dan untuk memberi kredibiliti saintifik kepada perkara ini (walaupun dalam islam ada benda yang melampaui sains) maka timbul la cerita seorang saintis Jepun bernama Watashi Noname* yang mendedahkan rupa 'molekul air' yang hodoh-hodoh dan tak cun belaka dan kemudiannya berubah menjadi 'ceria' apabila didedahkan kepada muzik lembut dan perlahan dan terutamanya ayat Al Quran. And you guess it, molekul air zamzam yang paling cantik sekali!

Ni khabarnya gambar tu....


Pasal khasiat air zamzam tu Wallahu'alam tapi part nak beri 'bukti saintifik' tu yang aku sangat skeptikal. Mana taknya:
1. Setakat aku tahu, takde manusia yang boleh nampak molekul apa-apa saja terutama Watashi Noname (*"Aku takde nama" - email terbang dalam internet kan selalu tak bagi nama). Gambar yang ada pun cuma lukisan sahaja.

2. Gambar yang kononnya molekul air yang dibaca Al Quran dan molekul air zamzam tu.....aku tengok ramai kat online forum dok puji-puji....ya memang cantik. Tapi tu semua gambar snow flake! Tambahan pula yang gambar zam-zam tu sah dah kena photoshop, kasi merelit sikit kata orang Kedah.

Kat akhbar itu hari pun aku ada terbaca iklan satu syarikat ubat terkenal kat Malaysia ni, nak jual mesin proses air dia. Benda yang sama jugak - tunjuk gambar 'molekul' air yang rupa entah apa-apa dan berubah jadi 'cantik' ....and guess what? Gambar 'molekul' cantik tu pun gambar snow flake!

Dan akhir sekali, kenapa saintis Jepun tu hanya muncul sekali aje tahun 2002 dan tak muncul-muncul lagi dalam sebarang konferens, bengkel atau konvensyen lain. Apa yang kita ada cumalah e-mail yang 'hidup' sejak 2002.

Entah la orang kita ni...

Monday, May 11, 2009

Kena Piat

Dulu kat sekolah kalau buat pasal maka siap la kena piat telinga, kena rotan kat tangan atau bumper, atau ketuk ketampi. Aku ingat masa aku darjah 2. Aku cukup ngeri dengan cikgu kelas aku, Mrs. Niap. Dah le muka evil...ditambah pulak mekap ala2 opera Cina. Yang paling ngeri ialah kalau buat salah, maka isi cuping telinga akan jadi mangsa sepitan kuku panjang dia. Masa aku Form 2 pulak, cikgu disiplin nama dia Mr Tan. Hobi dia menyebat budak dengan rotan panjang tebal2 jari kelingking. Time nak menyebat dia akan pastikan takde wallet yang boleh serap impak sebatan dan gaya dia swing rotan tu sebijik macam Nick Faldo! Dan kalau kena tindakan disiplin...balik rumah senyap aje pasal kalau komplen 'kena sebat cikgu' alamat boleh kena sedas dua extra kat rumah. Wife aku pulak cerita cikgu sekolah dia pulak suka cubit kat err..dada. Selagi budak tu tak patah riuk kena sebat atau bekas cubitan jadi gangrenous...semuanya OK bagi ibu bapa....

Sekarang, bila kena sebat cikgu, maka penuh dada akhbar dan skrin TV mengenai cikgu yang 'tak bertamadun'. Mak bapak serang cikgu kat sekolah...nak saman. Menteri pun turut campur walaupun mamat tu sebenarnya kena hempuk lepas ditangkap mengintai. Memang kengkadang macam over tengok tindakan cikgu ni...tapi takkan semuanya camtu. Sebab mak bapak camni le gamaknya cikgu pun tak ambik kisah sangat pasal murid....yang budak ni pun tau dia ada 'defender' maka makin berleluasa le perangai dia. Lepas tu abis sekolah jadi mat rempit. Bila dah camtu semua tuding jari kat kerajaan. Memang le kerajaan bertanggungjawab tapi bagi aku semuanya bermula dari rumah.