Wednesday, May 31, 2006

Oh! Cik Mek Su



Tak, ini bukan gadis dalam lagu Gigi Villa tu tapi pesawat Sukhoi Su-30MKM yang akan diterima TUDM menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. Pesawat yang dikatakan antara yang tercanggih di dunia ini diperoleh melalui perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Russia pada tahun 2003.

Kelengkapan pesawat ini merupakan antara yang terbaik di dunia. Antaranya radar N1011M Bars yang membolehkan Cik Su mengesan pesawat sehingga jarak 350km dan menjejak 15 sasaran serentak serta menyerang empat daripadanya secara serentak. Radar Bars tersebut juga boleh mengesan sasaran seperti peluru berpandu balistik taktikal dan kruis serta helikopter yang sedang terapung (hover). Sasaran permukaan laut seperti bot-bot kecil pula boleh dikesan sehingga 120km. Sistem elektronik lain pula dari syarikat Thales (Perancis). Cik Su juga turut dilengkapi dengan sistem IRST (Infra Red Search and Track = pengesan dan penjejak infra merah) yang membolehkan Cik Su mengesan musuh tanpa disedari mereka (kecuali musuh hidupkan radar mereka!) dan pengukur jarak laser bagi bidikan meriam 30mm dan juga untuk serangan permukaan. Untuk menambah kelincahan Cik Su, ia dilengkapkan dengan canards (sayap kecil) dan juga TVN (Thrust Vectoring Nozzle = ekzos perubah arah (hentam sajalah!))

Dan apa yang paling menarik ialah persenjataan Cik Su. Cik Su dilengkapi meriam 30mm yang mengikut kata pembuatnya meriam udara paling ringan dan paling tepat. Bagi serangan darat Cik Su boleh menggugurkan bom bodoh (bom biasa daaaa), bom panduan laser serta beberapa jenis peluru berpandu udara ke darat buatan Russia seperti Kh31 (AS-17 Krypton), Kh59 (AS-18 Kingbolt/Kazoo). Yang tak pasti samada versi anti pesawat AWACS termasuk dalam inventori. Bagi pertempuran udara, Cik Su akan dilengkapi dengan peluru berpandu R-27 (AA-10 Alamo) dan R-73 (AA-11 Archer) sepertimana pesawat MiG-29N sedia ada. Dan yang paling disambut baik ialah peluru berpandu RVV-AE / R-77 /’Amraamski’ (AA-12 Adder). Adder merupakan peluru berpandu ‘fire and forget’ jarak sederhana dengan jarak sehingga 50km dan dikatakan lebih baik daripada peluru berpandu AIM-120 AMRAAM milik USAF (dan juga RSAF dan RTAF). Cik Su bagaimanapun tidak akan putih melepak…ia akan dicat dengan warna yang sama dengan F/A-18D Hornet TUDM iaitu FS36118 (Gunship Grey) atau mungkin cerah sedikit seperti skima warna MiG-29N sekarang.

Dengan adanya Cik Su ini, TUDM membuat satu lagi anjakan paradigma di dalam keupayaan mereka mengawal ruang angkasa negara. By the way, rasanya tiada siapa di Malaysia, dari Tun Dr M sampai PTU akan buat statement ‘menjemput mana-mana negara untuk menyerang Malaysia’ sebab kita dah ada senjata canggih sepertimana Lee Kuan Yew buat bila RSAF terima peluru berpandu AMRAAM beberapa tahun dulu! Satu aje spoil, buat masa ni ada 18 biji aje!

p.s. F/A-18D Hornet TUDM akan turut dilengkapi dengan peluru berpandu AMRAAM.

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Ko ingat lagi lagu Gigi Villa si Philipino tu ekk...hehehe

Alpha said...

blackpurple
Pasal dalam tape koleksi lagu-lagu lama aku ada lagu tu!