Thursday, May 18, 2006

Apa aku terfikir hari ini......

I

Macam aku habaq kat entry sebelum ni, aku ada balik Batu Pahat pasal adik aku kawin. Dalam pemerhatian aku yang dirantau ni, Batu Pahat semakin sibuk. Dari rumah mak aku nak ke rumah bini aku makan masa sampai setengah jam padhal adala dalam 3km aje! Dah la tu, kat rumah bini aku yang kat Summit tu takde parking pasal orang yang kerja Summit dengan pengunjung Summit park kat depan rumah dia. Aku pernah sound satu family ni masa Raya tahun lepas bila diaorang park kat depan rumah; “Bang, tolong jangan park situ boleh, nanti kejap lagi adik saya nak balik” – tu request berbudi-bahsa aku….dalam hati aku sebenarnya “Hoi mangkuk! Pergi park dalam la, bawak family makan Pizza Hut sampai berpuluh-puluh boleh, dua hinggit nak bayar parking pun tak mampu ke?!”

Jalan-jalannya makin banyak kereta, aku ingat masa aku darjah 6 dulu aku masih boleh main-main seberang Jalan Keluang…sekarang? Tobat aku, aku sanggup pusing kat Simpang Rantai dari seberang camtu…

II

Sebut pasal kereta ni, ada kat satu forum ni, ada thread pasal harga kereta kat Malaysia yang dikira kedua termahal di dunia. Ya, memang kereta import memang la teramat mahal kat sini….dipercayai disebabkan langkah kerajaan untuk melindungi industri kereta tempatan. Ramai tak puas hati dalam thread tu, kata kerajan kejam la, zalim la, duit abis banyak semata-mata nak beli kereta la……Proton besi buruk la……

Dalam hati aku kata..memang tak patut la, pasal aku kempunan nak beli Evo yang RM234,000. Tapi aku fikir balik, kalau ye pun mahal, aku tak nampak pula bangsa non-Malay bising-bising, menjalar gak depa dengan Camry, Accord, Altis dan seangkatan dengannya. Nak kira pendapatan diaorang tak semua beriban-riban, tapi pakai gak kereta camtu. Atau adakah bangsa Melayu ni suka menunjuk-nunjuk dan bila peluang untuk berlagak tersekat (sikit-sebanyak) maka berkokok la satu kampung?

Dan ada juga yang kata, zaman mak bapak kita yang pakai kereta Honda, Toyota, Mitsubishi, Nissan yang berkualiti tinggi. Tapi rasa aku zaman tu kereta Jepun semuanya ‘tin biskut’ berbanding Ford (UK punya), Fiat, Morris dan kereta lain buatan barat masa tu. Ambik satu contoh la…Toyota Corolla. Kalau banding Corolla Altis sekarang dengan Corolla jiran aku yang aku selalu tumpang pergi sekolah masa darjah 3, jauh sangat bezanya, Altis sekarang nampak luxuriant…Corolla dulu? Alahai pedestriannya.

p.s. Akhirnya aku ada Evo jugak….Evo VI. RM69.90 aje à Model Tamiya!!

III

Baca kat paper hari ni dan tengok Astro@15 semalam. Ada sorang budak bertudung dapat masuk Final 20 AF sebelum dipilih 12 ke 14 ke yang akan masuk ‘Akademi’. Pendapat aku yang sekular ni kata, tak salah nak masuk pertandingan nyanyian. Tapi nyanyian yang menyanyi aje la macam semua pertandingan nyanyian ‘realiti’ (kecuali AF). Bila masuk AF, nanti kang kena belajar lakonan yang kena berpegang-pegang lelaki-pompuan, bila tarian Menuju Puncak, kang kena meliang-liuk, terkinja-kinja dan boleh ada lagi persentuhan. Sesuai ke orang bertudung buat camtu?

Aku tak support Mawi pasal kes-kes camni la…..dari seorang yang berimej reserved dan ‘alim’ kepada seorang yang boleh bergurau-senda dengan aweks, menari dengan iringan penari-penari yang pun aweks……tapi lepas tu nyanyi ‘Pergi Tak Kembali’….camne?

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

BP semakin maju dan canggih sekarang Alpha. Anak ayam pun fikir dua tiga kali nak melintas jalan kat Peserai tu..hehehe

Aku pulak kempunan nak beli Skyline R34. It starts with a dream. Btw, semalam aku nampak depan mata kepala aku sendiri, kereta nasional V6 terbakar kat lorong laju depan Mid Valley !

Ko perasan tak AF4 tu ada sorang peserta nama Farhan..tapi pempuan la...hehehe...

mat_toro said...

hok'aloh... lu pun follow AF ker?? meremang bulu ketiak aku... heheheheh...

Alpha said...

Black - aku perasan gak...dah la gedik semacam...

Mat - Salah satu sacrifice aku untuk bini aku.....