Sunday, May 21, 2006

Welcome To Beverly Hills....Penang?

Sekarang ni projek hartanah tumbuh macam cendawan. Banyak kawasan yang dulunya bukit-bukau menghijau dah diganti konkrit dan genting. Selain petunjuk pertambahan penduduk, rumah-rumah ni juga menunjukkan betapa kayanya rakyat Malaysia. Sebabnya? Ada yang rumah sampai dua-tiga biji. Tapi aku bukan nak cakap pasal tu, aku nak cakap pasal penamaan projek-projek ni. Kengkadang aku rasa macam bukan kat Malaysia tapi negeri omputih beriklim panas, mungkin macam Northern Territories, Australia! Sebabnya? Ada beberapa projek hartanah, terutama yang kat kawasan yang berprestij, takde nama yang berciri Malaysia. Nak contoh? Ambik camni….

- kat tepi highway PLUS, dekat2 tol Sungai Buloh – ‘Valencia’ (ni kat Sepanyol ke?)

- kat Penang, satu projek baru kat kaki Bukit Bendera – ‘Beverly Hills’ (tau le konsep sama dengan Beverly Hills LA)

- Yang nak buat kat Morib…..dengar cerita nak namakan ‘Gold Coast’….walaupun pantai kawasan Morib tu kebanyakannya berlumpur.

- Nama-nama shopping complex, terutama yang dibina lepas 1990 – Starhill, Berjaya Times Square, Mid-Valley Megamall, The Curve…..

Dah la pakai BI, nama sesetengah projek dan bangunan pulak ciplak nama tempat sebenar kat luar negeri macam Times Square (NYC) dengan Beverly Hills (LA). Aku tak kisah sangat kalau nama projek hartanah dalam BI tapi dengan ciri tempatan macam ‘Bukit Merah Laketown’. Tapi telinga aku cukup geli kalau pemaju guna nama tempat kat oversea. Heh, penjajah dulu namakan tempat pun ikut selera ‘tempatan’ diaorang macam ‘Port Swettenham’, ‘Port Weld’, ‘Port Dickson’ dan ‘Teluk Anson’ – nama-nama pegawai British yang berkhidmat di Malaya masa tu.

Satu lagi…aku tak tau la, tapi rasa aku ‘Sentul’ disebut ‘Sern-toll’ bukan ‘Cent-toll’. Gamaknya orang KL malu nak sebut ‘Sentul’ sebab bunyinya nampak kampungan? Ada jugak yang insist memang nama tempat tu ‘Cent-toll’! Sama juga dengan Ulu Kelang yang dah bertahun jadi ‘Ukay’. Wahai orang KL, malukah anda dengan perkataan ‘Ulu’ tu?? Hah sebut pasal Kelang ni…ada juga yang sebut Kelang sebagai ‘Klang’ tapi yang ni mungkin sebab ada dua ejaan….agaknya le…..

2 comments:

blackpurple said...

Tidak menghairankan...

Dalam 'mereka' berkempen sana sini "Cintai Bahasa Kebangsaan" pun(kononnya...), tempat kebanggaan 'mereka' pun menggunakan istilah Precinct, Boulevard.....!

Alpha The Kerastangan said...

Betoi...betoi...