Tuesday, May 23, 2006

Awek Top-Up Dan Mamat Desperate

Beberapa bulan lepas ada cerita di dalam salah sebuah akhbar tabloid pasal kes awek rewang aka bohsia yang modal nak seks dengan dia kira murah aje. Belikan dia top-up handset. Waaa…mmg best, apa taknya, beli top-up RM30 cukup le. Gamaknya kalau nak ‘extra’ beli le yang RM100. Modus operandinya, beli kad lepas tu share airtime kat nombor awek tu. Lepas tu, bohsia tu call dan buat temujanji untuk dosa besar. Dan akhbar tabloid tu dengan garangnya kata inikah nilai gadis sekarang, dengan top-up aje dah boleh serah *^$#@? Apa nak jadi ni?????

Tapi tak berapa lama lepas tu, ada sorang forumner kat satu forum tempatan buat pengakuan – dia la awek tu! Tapi dia ni bukan awek, tapi jantan! Dia kata dia buat hoax awek top-up tu. Caranya, dia beli simcard nombor baru, pasang kat handset, gamaknya handset lama dia. Lepas tu dia sebar cerita pasal kewujudan awek tu dan beri nombor tu kepada kawan-kawan dia (gamaknya). Lama kelamaan, cerita best camni tersebar dan ramai la jantan-jantan gersang membeli top-up untuk diderma kepada ‘awek’ tadi. Dan bila terima top-up tu, mamat tu transfer plak credit ke handset dia sendiri. Sebarang panggilan ke nombor tu dia tak layan…dia dapat credit free!

Memang le tak patut mamat tu buat camtu, tu kira menipu tu….haha! Tapi yang lebih menarik ialah kegersangan dan kedesperate-an mamat-mamat yang nak rasa *^$#@ tu. Apa la bodoh sangat korang, kalau ye pun contact la dulu…establish betul ke kewujudan awek tu. Aku teringat masa aku kerja kat KL dulu, selalu jadi ‘pompuan’ bila chatting – bukan le aku ni ada kekeliruan gender tapi aku nak tengok betapa dahsyatnya kegersangan lelaki kat Malaysia ni. Yang aku suka menyamar ialah sebagai janda muda. Bila establish aje aku ni ‘janda’ chatting yang mulanya sebagaimana chatting antara dua chatters bertukar arah ke lucah. Soalan paling lazim, “Tak sunyi ke?” Bila dilayan, huh! Makin gatal jantan-jantan tu! Aku kengkadang layan sampai depa mintak no henfon atau fixed line. Aku mengelak, cakap aku tak suka bagi no hp kat strangers, kalau dah kenal OK boleh la. Jadi aku bagi no fax opis! Kelako bila dengar orang bercakap dengan mesin tu…hahahaha.

Kengkadang tu, budak lagi (konon ke real ke tak tau la…tapi rasanya memang budak, dalam 19-21 tahun gitu). Diaorang ni tak ingat dosa ke?

1 comment:

blackpurple said...

Wah...makin canggih blog ni...dah ada link ekk...

Begitulah kalau tak ada basic agama....pendidikan agama kena ada dari kecik2 lagi....sekurang2nya bila dah besar boleh bezakan mana yang baik, mana yang buruk...