Sunday, May 28, 2006

MyTeam vs. Malaysia

Malam ni MyTeam akan lawan pasukan Malaysia. Memang team Malaysia, tapi team Under-20; kalau kat Europe kira youth team la. Ramai yang kecewa, dari Khairy Jamaluddin sampai la aku. Bukan apa, dari mula-mula MyTeam ditubuhkan, tujuannya satu saja : untuk lawan dengan pasukan bolasepak Malaysia. Dan bila sebut ‘team Malaysia’ maksudnya senior team yang selalu menanggung tugas membawa cabaran Malaysia di peringkat kelayakan apa-apa kejohanan – ye la, abis manjang sangkut kat pusingan kelayakan aje…nasib baik Piala Tiger takde pusingan kelayakan!

Tapi beberapa hari lepas FAM kata team senior tu dah pergi Singapore sebab ada perlawanan lain, 1 Jun baru balik. Dan Dr Ibrahim Saad kata mana-mana player yang dikumpul untuk menentang MyTeam adalah pasukan Malaysia! Ya, betul…tapi orang nak tengok team senior yang terdiri dari pemain yang dah establish dalam Liga tempatan dan dilatih oleh Norizan Bakar. Kalau guna alasan camni, situasinya kat UK macam ada satu team England yang lain, yang terdiri dari fringe players kat EPL (takpun player dari Division bawah-bawah tu). Ni bukan Team ‘A’ – Team ‘B’. Kalau kes A dan B tu, team A merupakan pilihan utama untuk mewakili Negara manakala Team B bertindak sebagai team simpanan.

Bagi aku MyTeam merupakan peluang untuk peminat tengok situasi sebenar pasukan Malaysia – peluang untuk kita sebagai rakyat, melalui mereka yang terpilih, untuk curahkan rasa hati kita terhadap bolasepak Negara. Dan rasanya ramai antara kita yang menonton team Malaysia main sambil menjerit “HOI! KALAU CAMTU, AKU PUN BOLEH MAIN!!’

Kenapa FAM tak mau turunkan pasukan senior? Adakah FAM takut MyTeam yang terdiri dari 22 pemuda yang 100% amatur akan melekehkan pemain-pemain yang kononnya ‘pro’? Atau adakah FAM rasa MyTeam tak layak untuk dilayan team senior yang sebelum-sebelum nig ah menentang pasukan seperti Manchester United dan Chelsea? Aku tengok dulu, macam gah depa ni dapat main dengan gergasi EPL (walaupun kalah). Dapat score sebiji pun rasa macam dah menang World Cup padahal kelab-kelab tu ‘main-main’ aje untuk elak kecedraan kepada star mereka. Dah la tu, jemput diaorang bukannya free pun!

3 comments:

Foxey said...

i tengok semalam... memang syok aaa myteam main... semangat juang yg tinggi... dalam masa tambahan pun masih mengasak lagi... hampir2 gak score gol kedua tapi terlanggar palang laa plak bola tu...

malaysia nyer team maik kasar laa... ntah hapa2 ntah... tapi i bangga dengan pencapaian myteam... puashati tengok arr telecast semlm...

Foxey said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Foxey said...

alamak alpha... sowie ek... terdua kali post lak.. pwease delete yg 1st one tu, tq :p