Thursday, May 11, 2006

Cerita Johor I

Captain’s Log Stardate 110506.10

Hari ni Kapten nak cakap Melayu plak…hahahaha.

Aku melawat blog blackpurple tadi…a proud Javanese. Aku pun Jawa jugak tapi malangnya aku tak reti cakap Jawa ….shame…shame…..patutnya aku mintak arwah ayah aku ajar. Ini yang aku tau setakat kira siji sampai pulu dengan sebiji dua perkataan. Tapi kengkadang kalau aku bercakap terkeluar jugak telor jawa tu.

OK la…kat blog BP tu aku terbaca artikel pasal Muor (orang bukan orang Johor aje sebut Muar tu ‘Muar’!). Aku bukan orang Muar, tapi Bandar Maharani ada semacam tarikan pada aku. Agaknya sebab arwah ayah aku selalu bawak kami sekeluarga ke sana bila hujung minggu – bersantai di Tanjung Emas. Ye la…kat Batu Pahat bukan ada tempat yang cantik sangat masa aku bebudak dulu – harap Minyak Beku yang ‘beku’ tu aje le. Dulu aku rasa area Tanjung Emas antara kawasan tercantik kat Johor. Pokok-pokok besar yang rending, taman-taman yang dibuat landscaping cantik, sungai besar (tu main point dia! Tak macam Sungai Batu Pahat) dan tiupan angin Selat Melaka. Lepas tu pekena pulak Mee bandung….pehhhhh. Mee bandung tepi sungai tu bukan la yang terbaik kat Muar tapi sebab masa tu aku budak, belasah aje la!

Satu lagi, jambatan Sultan Ismail. Satu2nya jambatan yang melintasi Sungai Muar di kawasan Bandar sehingga Muar Bypass siap. Aku dulu-dulu pun seronok lalu ikut jambatan ni terutama kalau dari arah utara sebab boleh nampak sebahagian bandar, masjid, bangunan UMNO dan kuala sungai. Thrill la gak, sebab takat masa bebudak dulu, tu la jambatan terpanjang aku pernah melintas. Sekarang ada jambatan baru, aku dah tak masuk bandar Muar lagi la, kena pulak kalau aku balik Batu Pahat aku guna jalan Parit Sulong pasal speed limit 60kmj cuma kat Bakri dengan Parit Sulong…yang lainnya 90kmj. Takyah la aku dok seriau speed trap kalau guna jalan Semerah yang berderet tempat 60kmj. Yang Polis ni pun satu…buat le kat tempat 90kmj…siapa nak bawak 60kmj sekarang ni?

Aku cite tempat orang plak…nanti aku cite tempat aku plak…tapi mcm biasa la..takde gambar! Tengok le kalau ada rezeki lebih, boleh aku beli kamera digital baru.

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Thanks for visiting my blog yang tak sepertinya itu ekk...hehehe..

JBM8141 said...

bang, kat batu pahat ada tempat main futsal tak?

Sastri said...
This comment has been removed by a blog administrator.