Search dan rampasan bas
I
Search! Siapa yang tak kenal gergasi rock Malaysia ini terutama mereka yang dah berumur 30an? Satu kumpulan yang begitu gah dipersada muzik tempatan terutamanya di tahun-tahun 80an dan awal 90an dengan banyak lagu-lagu hits yang masih diputarkan dicorong-corong radio, transistor, walkman, hi-fi, computer dan komputer. Siapa yang tak boleh tangkap lentok dengan Fantasia Bulan Madu, Isabella, Rozana, Cinta Sepi, Kejora dan Seroja? Atau banging dengan Pawana, Purnama, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Musnah, Langit dan Bumi atau Neo Romantik? Walaupun dah berapa kali mengalami perubahan line-up sejak dari awal lagi, mereka tetap menjadi idola remaja dan juga kumpulan rock lain.
Bagaimanapun beberapa tahun lepas, tunjang utama Search – Amy, Nasir, Yazit dan Din telah merasmikan pembubaran kumpulan mereka. Secara simboliknya mereka telah menyimpan salinan album-album mereka di dalam sebuah peti besi yang tidak akan dibuka lagi.
Tetapi dalam masa setahun-dua selepas itu terdapat ura-ura untuk menghidupkan semula gergasi ini. Bagaimanapun rancangan mereka agak tersekat dan mereka hanya mengadakan gigs sahaja tanpa mengeluarkan album baru. Dan baru-baru ini di dalam akhbar The Star, diberitakan bahawa kumpulan Search akan menerbitkan album baru! Kali ini Search akan menampilkan line-up mereka yang paling terkenal – Amy, Hilary, Yazit dan Nasir (tidak dinyatakan kenapa tiada nama Din). Harapnya kali ni menjadi. Kita tengok sejauh mana penguasaan mereka setelah lama menyepikan diri dan remaja sekarang lebih minat irama hip-hop dan AF…ROCK FOREVER!
II
Juga kat suratkhabar semalam ada kes orang kurang siuman merampas bas Transnasional dan kemudian membawanya sampai melanggar tiang. Aku teringat masa aku A-Level tapi aku tak ingat tahun 1990 ke 1991. Masa tu student PPP/ITM tinggal kat Seksyen 18 Shah Alam. Budak A-Level masa tu kelas kat Seksyen 2 manakala budak program US kat Seksyen 17 jadi kita orang naik bas yang berlainan la. Lagipun kelas budak A-Level start sejam awal dari budak US, yakni pukul 8 pagi. Jadi satu hari ni ada la dalam pukul 8 lebih, budak A-Level semua dah kat kelas (kecuali yang ponteng) dan tinggal budak US aje. Ada sorang driver bas ni sebab awal lagi dan bas dia tak penuh, pergi minum dulu. Kunci bas tinggal dalam sebab nak biar a/c hidup (budak dah ada dalam bas). Dan tak lama lepas tu bebudak ni nampak la driver tu balik semula. Dan bas pun berjalan la. Tapi driver tu bawak bas hala ke Seksyen 16. Bebudak dalam bas tu ingat abang tu nak isi minyak tapi tak berhenti pulak bila lalu depan stesen tu. Dan yang buat bebudak tu lagi pelik, bas tu berjalan guna gear 1 aje. Last-last ada sorang beranikan diri, pi depan nak Tanya ‘driver’ tu. Alih-alih tengok…budak A-Level! Lepas pujuk budak tu baik-baik, akhirnya bas tu pusing balik Seksyen 17.
Akhirnya dapat tahu budak tu ada masalah mental yang ‘boleh tahan’ jugak la. Yang aku tahu lepas tu, mamat tu diberhentikan sebab masalah dia tu…kesian.
p.s. orang Shah Alam (atau kerja/lalu Shah Alam), tahu tak kat sana boleh jumpa teksi plastik?
No comments:
Post a Comment