Post Mortem
Post-Mortem! Bila-bila lepas sesuatu event, penganjur mesti akan buat post-mortem. Masa tu la nak point out kesilapan yang dibuat, kekuatan yang ada serta cadangan penambahbaikan di masa akan datang. Aku pun banyak kali dah masuk mesyuarat sebegini. Tapi apa yang aku cerita kat sini ialah perkataan ‘post-mortem’ tu sendiri. Aku rasa macam tak kena penggunaan dia la…
Post-mortem berasal dari perkataan Latin-Inggeris. ‘Post’ bermaksud ‘selepas’ dan ‘mortem’ bermaksud ‘kematian’. Jadi dalam konteks forensic memang kena la bila bedah siasat dipanggil ‘post-mortem’ (sebenarnya bedah siasat dalam BI bukan post-mortem tapi autopsy). Masalahnya, dalam organisasi kat Malaysia ni (aku tak tau la kat luar negeri macam mana) bila buat mesyuarat pasca majlis mesti sebut post-mortem. Aku rasa macam tak kena la, macam ada orang mati pulak. Memang la tujuan mesyuarat dah bincang masalah yang berlaku semasa program berjalan….kononnya bedah siasat la. Dan tendency orang Malaysia ni suka merojak bahasa atau guna istilah BI (termasuk la aku!) maka perkataan post-mortem digunakan tanpa mengetahui maksud sebenar perkataan tersebut.
Aku sendiri dah cadang supaya ‘post mortem’ ditukar kepada ‘mesyuarat penilaian program’ atau ‘mesyuarat pasca majlis/program’ atau kalau nak pakai BI sangat ‘post-event assessment meeting’ atau ‘post-event review’. Tapi nampak gayanya takde sape peduli….ya la aku ni cuma setipinna taty, dia orang carcharodon carcharias…

1 comment:
Betul ! Mereka Durio zibethinus..kita Cucumis Sativus...
Post a Comment