Titanic dan Wartawan
I
Aku teringat bila cerita Titanic melanda dunia pada tahun 1997 dan menjadi cerita yang #1 dalam kutipan box-office sepanjang zaman. Maka ramai la aweks-aweks yang menangis meleleh airmata bila Leo tenggelam ke dalam Lautan Atlantik (Yes! Yes!) dan cinta Rose tak sampai ke jinjang pelamin (ewah!). Dan ada la satu awek kat opis aku dulu yang tak suka filem Melayu, katanya cerita melayu sterotype, balik-balik cerita orang kaya berkawan dengan orang miskin, cerita cinta 3-segi…boring la senang cakap. Tapi bukan main melangit dia kata Titanic best. Aku tanya dia, apa yang best? Dia kata, "tu la cerita Jack dengan Rose, kesian dia Rose, family dia konservatif, berlagak dan nak sangat anak dia kawin dengan tunang dia. Tunang dia pun sama berlagak nak mampus". La….aku ingat dari segi sinematografi ke, lakon layar ke. Jadi ini le peluang aku nak hentam dia balik- "bukan cerita Melayu yang kau kutuk-kutuk tu cerita dia sama jugak?" Dan aku berjaya senyapkan sekejap kawan aku tu....Aku boleh terima kalau dia kata olahan cerita lebih baik......
Aku tengok Titanic dulu, kebas bumper aku untuk satu ketika….Aku minat cerita tu dulu masa part salvagers tu pergi Titanic sampai Rose sampai….tapi lepas tu aku boring gila (terutama sebab scene lukisan tu kena censor...haha!) sampai le kapal tu terlanggar iceberg dan menjadi disaster movie. Mat saleh pun gila babas tengok filem ni...dia orang tak biasa ke kisah cinta tiga segi? Atau nama 'Titanic' tu ada aura?
II
Aku pun turut teringat beberapa keratan berita yang mendapat perhatian sinis forumner di beberapa forum yang berkisar tentang ketenteraan. Bukan pasal isi berita tetapi lebih kepada apa yang ditulis wartawan…contohnya:
‘Kenderaan tempur Adnan ACV300 tersadai kerana tiada alat ganti’
Kalau baca berita semua Adnan tersadai sebab masalah brake pad, tapi masalah sebenarnya ialah TRACK PAD – pad getah yang dipasang pada runut. Pad getah ni kalau takde pun takpe tapi nanti Samy Vellu marah la sebab TD rosakkan jalan!
‘Super Lynx helicopter capable of SHOOTING DOWN torpedoes and missiles’
Aku rasa ni masalah ‘lost in translation’. Berita ni dipetik semasa DSNR rasmikan helicopter Super Lynx TLDM dan dalam ucapannya DSNR ada maklumkan keupayaan Super Lynx untuk melancarkan / menembak torpedo ASW (macam Stingray) dan misil anti-kapal (macam Sea Skua). Tapi wartawan akhbar berbahsa Inggeris ni rasanya dah keliru antara 'tembak' dengan 'tembak jatuh' (shooting dengan shooting down)
Tu dua contoh yang aku ingat la!

No comments:
Post a Comment