Ujian Biologi
Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan, sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah.
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun yang boleh menjawab soalan ujian.Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.."Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau???!!!"Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata..."Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"
No comments:
Post a Comment