Wednesday, May 24, 2006

Nombor

Nombor (Search)

Dalam kehidupan kita ini
Kita semua diberi nombor
Surat beranak Kad pengenalan
Passpot dan visa
Semua ada nombor

Bangun pagi lihat nombor dulu
Jangan sampai lewat ke pejabat
Makan ikut masa
Masa ikut nombor
Belanja itu wang
Orang ikut nombor
Oh... oh... oh... oh...

Ada orang suka main nombor
Ada pula takut pada nombor
Ada yang besar
Ada yang kecil
Janganlah sampai
Kau gila nombor
Oh... oh... oh... oh...

Itu lagu pasal nombor. Bukan apa, aku teringat pasal nombor pendaftaran kenderaan. Baru-baru ni JPJ kata depa jual plat JJJ 1 sebanyak RM150,000. Sape la duit banyak sangat tu sampai nombor pendaftaran nak sama harga dengan harga rumah medium-sized atau sebijik Honda Civic. Tu tak campur nombor lain-lain tu. Kalau Chinese, mereka kata ada ‘ong’ pada sesetengah nombor dan dalam kes JJJ ni Chinese kata J tu ‘jien’ (duit) jadi kira ong la (kena pulak agaknya JJJ 8888). Yang Melayu pulak camne? Ada percaya benda camni ke? Selain ong, ada jugak kata nombor tu cantik Tapi aku cakap terus-terang la, macam bengong pulak membeli nombor pendaftaran sampai beribu-ribu. Orang bukan pandang pun…..takpun nombor aje cantik, tapi bawak kereta macam siot……Tapi ye la minat, biar berabis duit, asal berkenan dihati.

Aku ada berangan gak, nak tengok nombor MU 1999 atau MU 399 available lagi ke tak. Kalau ada aku nak beli jugak….to celebrate Manchester United’s Treble season…hehe. Dan aku tertanya, sape la pemilik kenderaan berplat PEN 15 dengan MAW 45…….Kat Johor beberapa tahun lepas pulak, banyak kenderaan Yahudi….plat JEW!

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka 7.

Tapi kalau no plat suka JAW4 atau JAV4...hehehe

Anonymous said...

aku nk JAV4..sapa2 owner dia nk jual x? mentang2 programmer java..XD