Duit Oh Duit!
I - Black Money
Baru-baru ni ada seorang pelajar Cameroon yang dicekup pasal menjadi ahli sindiket Black Money. Black Money (BM) ni merupakan satu scam yang dijalankan oleh warga Afrika kat Negara kita (makmur sungguh Malaysia, ramai yang datang nak cari rezeki samada halal atau haram, nampak gaya Malaysia lagi melting pot dari US!). Caranya, kita ditunjuk oleh mereka ni kepingan-kepingan kertas hitam yang bila direndam dalam sejenis cecair akan berubah menjadi wang dolar AS. Magic kan? Senang hidup…..rendam kertas hitam jadi duit! Dan mangsa akan membayar beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan set ‘penukaran’ ni yang boleh menghasilkan wang berganda nilainya berbanding modal. Masalahnya bila dah bayar, bila balik rumah nak buat cam African tu buat, tak jadi apa-apa….menangis melolong aje le!
Kat Malaysia ni ramai dah terkena. Yang syoknya professional, termasuk peguam pun kena! Camne tu, belajar bukan main tinggi, dapat LL.B, lepas tu kalau sambung study kat UK tu masuk Inner Temple ke, Lincoln’s Inn ke…habis kokak (relatively speaking) pun buat CLP. Takkan le begitu mudah nak dapatkan wang? Rasanya, hanya sample yang Pak Negro tunjuk tu aje duit betul – itupun duit betul yang disapu cat hitam yang tanggal bila direndam. Alah, kalau buat modal, setakat pakai note 100 dolar apa la sangat. Dan kalau betul pun kertas hitam yang dibeli tu jadi duit, itu bukan duit palsu ke? Kang tak pasal-pasal masuk jel pasal edar duit plasu, dah la kena tipu in the first place!
II - Jom Kaya Cepat
Kat Forum Cari pulak ada iklan sidebar, satu cara admin nak elak orang daripada mengiklan dalam thread. Dan aku perasan sebahagian besar iklan-iklan tu pasal penjanaan pendapatan yang menjamin pendapatan sehingga empat angka dalam masa tak sampai sebulan. Dan ketuanya ialah program ‘Tsunami Wang’. Katanya orang yang hasilkan idea tambah wang ni dapat duit sampai RM55,000 seminggu gitu. Hebat! Dan dia pun claim ini bukan skim pyramid. Dan nak tunjukkan yang semuanya ‘real’ dia dan ahli-ahli terbabit menayangkan page akaun Maybank2U masing-masing. Aku tak tau nak cakap apa la sebab aku tak join.
Tapi ada beberapa benda yang buat aku nak mengomen….satu pasal nama program tu sendiri. Kita semua tahu tsunami adalah satu bencana alam dan semua tahu kejadian 26 Disember 2004. Tapi tergamak dia guna perkataan tu untuk program dia. Satu lagi, aku tak tahu camne program tu dijalankan tapi ianya melibatkan spam di board-board forum. Dan spam adalah satu tindakan yang melanggar etika pengkomputeran! Ketiga, aku rasa ironi sikit…dia nak kongsi rahsia dia dengan orang lain…tapi dia charge e-book dia satu RM20. Kasi free la…..hang pun dah ada duit beriban-riban! Dan bukan dia sahaja, yang lain-lain pun camtu jugak…semuanya menjanjikan pendapatan ribuan ringgit. Tapi setakat ni takde aduan ke KPDNHEP. Entahla….Tapi apa-apa hal aku rasa macam dunia ni semakin materialistik. Betul, takde duit sekarang ni payah…tapi mana pergi nilai intrinsic yang membuat kehidupan lebih baik?
Aku nak jadi Andy Williams kejap…These sound too good to be true…..I can’t believe any one of you…..
III - Bang, mintak credit boleh?
Dan akhirnya, salah satu SMS yang aku dapat baru baru ini
TAHNIAH! Anda telah dipilih untuk merima bonus PERCUMA sebanyak RM50 dari CELCOM. Untuk mengatifkan (eja pun salah-Alpha) RM50 ke akaun anda sila taip 5 dan hantar ke 1019946xxxx
Dan aku balas balik
S**L! B*****T punya budak! Ingat aku free2 aje nk bg ngko RM5? Org kpg ngko yg x skolah boleh la ngko kencing….igt ko sorang aje tau airtime share? Eja pun x!
Dan x de lagi aku terima SMS camtu…Kengkadang mulut aku ni main taram aje.... sori la ye.

1 comment:
Macam-maca cara dan helah manusia sekarang ni nak hidup !!!
Post a Comment