Sunday, May 21, 2006

Yang terlintas di fikiran.....

I

Kali ni aku nak membebel pasal Cinta Kolesterol. Walaupun filem ni kira dah ‘lama’, aku tetap nak komen! Aku ada rasa kurang puas hati atas benda-benda ni….terutama pasal orang gemuk (ye la , sikit sebanyak terasa gak tau!)

- Erra buruk lantak – setakat aku tahu, terlalu jarang orang obese yang makan macam Erra – gelojoh, makan macam-amacam sekali duduk, macam jakun nmpak makanan. Alu ingat kalau nak buat cerita camni, kena buat konsep Method la untuk jiwai watak!

- Yusri duduk UK 7 tahun. Dia belajar apa sampai tujuh tahun? Katakan la A-Level 2 tahun, first degree tiga-empat tahun, masters 2 tahun….OK le tapi gaya watak dia tak menunjukkan kematangan orang yang ada Masters! Tak tahu la kalau dia buat Architecture

- OK, Yusry duduk UK 7 tahun…tapi takkan la tak pernah balik Malaysia? Kalau tak balik pun, takkan tak pernah bukak internet? Sebab masa balik, macam jakun na tengok KLIA dengan Sepang F1 circuit…..tapi tau plak kat Sepang dulu lading kelapa sawit……Encik scriptwriter, skrip ni dah terperap sejak 1973 ke???

- Bila Yusry ditunjukkan ofis baru dia…dia tergedik2…orang dah study oversea 7 tahun dengan umur lebih kurang 26 tahun perangai macam budak 16 tahun lagi??

- Erra tergedik-gedik (selain gelojoh)…aku rasa kalau aku, aku tak suka kat Erra DAN Aleeza Kassim sebab dua-dua perangai macam budak tak cukup umur…bukan sebab kegemukan Erra!

- Tajuk cerita tu sendiri – gemuk tak bermakna kolesterol tinggi! Yang kurus-kering pun kolesterol boleh lebih tinggi dari si gemuk!

- Dalam masa setahun boleh buang separuh berat badan dan jadi hot babe? (kononnya la – dalam cite si Yusry kena tipu aje) Tak pakai otak apa Yusry tu?


II

Harga ayam naik lagi……balik ke paras siling. Nampaknya bila selsema burung menghilangkan diri, maka permintaan untuk ayam pun naik semula. Bila naik semula, peniaga Malaysia yang dapat A1 dalam bab Basic Economic Theory pun mengapllikasikan hukum supply-demand…..kan best kalau ada H5N1 scare lagi…..
Astaga…amende aku cakap ni…

III

Aku rasa geli hati tengok advert Sunsilk…aweks tu cuba macam2 tudung tapi macam tak menjadi sampai kena sound mak mertua. Bila pakai Sunsilk, terus laki dia tak jadi pergi rumah mak dia dan ajak wife dia merendek…..jadi Pakailah syampu Sunsilk….kami boleh betulkan tudung anda yang sebelum ini senget-benget.

IV

….and finally. My 1/35 Scud launcher is back on track. The new schedule works wonders and helps me avoid a burnout. That thing is bloody big though and I end up painting only half of the kit.

No comments: