Tuesday, July 25, 2006

Satu Malam Dalam MH002

22 September 1994. Pukul 3.30 pagi waktu Malaysia. Entah pukul berapa waktu India, pasal masa tu Boeing 747-400 yang aku naik berada di ruang udara India. Sedang aku melayan blues sebab ni first time naik flight dan first time aku betul-betul nak berjauhan dengan keluarga, member sebelah aku keluarkan kamera. Nak ambik gambar dalam flight katanya. Dia ni pun macam aku jugak, tak pernah naik flight jadi dia pun panggil la seorang stewarardess ni. Kawan aku pun Tanya boleh tak dia nak ambik gambar? Ye lah, tak biasa naik flight, mana la tau takleh. Si stewardess pun kata tunggu kejap, boleh? Member aku ingat dia nak tanya supervisor ke, sape ke…dan tak lama lepas tu si stewardess ni pun datang balik dan kata “OK, jom!’ Dan aku perati yang mekap awek tu dah di touch-up balik, rambut pun dah lebih kemas. Hmmm rupanya stewardess tu ingat member aku nak ambik gambar dengan dia! Heh, nasib baik cun… adala macam Amy Mastura sket.

Sebut pasal stewardess ni ada la dalam tahun ‘97 gitu ada member kenenkan aku dengan sedara dia…stewardess gak. Tapi lepas dua dating, tak menjadi…terbengkalai macam Kellie’s Castle.

10 comments:

Rie said...

terlampau sunggunh stewerdess tu.

JBM8141 said...

oi entah2 memang amy mastura kot? err aku minat metal sikit2 je, setakat metallica, megadeth, helloween... pengaruh abang aku yg belajar kat cymru jugak le.

blackpurple @ jowopinter said...

Kat area rumah aku ni ada gak 2-3 org stewardess MAS menyewa... Nasib baik aku memang tak berkenan... ha ha...

Alpha said...

esis
Sungguh terlampau keperasanan dia...

bad
Bukan la sebab ada name tag...tapi cutenya macam Amy Mastura...abang hang kat sana tahun berapa?

BP
Pasal hati hang dah dicuri...

Rush Murad said...

stewardess.... kalau naik MAS atau SIA tu sedap ler jugak mata memandang, kalau naik BA atau KLM, semua dah tahap makcik-makcik nak pencen, dah tu buat kerja macam nak tak nak...

p.s: pernah jatuh cinta dalam kapal terbang.... tapi bukan dengan stewardess..... :P

Alpha said...

r murad
Thanx for visiting. MAS/SIA gadis timur..melayu ke chinese ke indian ke...kalau dah berkebaya tu...fewittt

Tapi saya naik Kuwait...cun jugak stewardess dia walaupun dah makcik...hehehe

JBM8141 said...

kalau tak silap, abg aku kat poly of wales 1985-1990. hahaha cuba tengok stewardess MAS utk flight kl-dhaka. muka cun2 belaka tapi kelat, nak layan abang2 bangla yg kuat minum dan merokok dalam selimut...

Lan Rambai said...

dah tanya boleh tak amik gambar.. dia ingat nak amik gambar dia lah.. cuba tanya.. bolehtak tolong ambikkan gambar. Kalau nak tgk stewardess mata merah naiklah Airasia hahaha

LindaMunshi said...

Hahaha. Nasib baiklah kawan ko tu quite the gentlemen & tak bagi tau the stewardess maksud dia yg sebenar. Otherwise sian si stewardess tu malu.
Psst...sapa stewardess yg dikenenkan tu? Mana tau kot-kot aku kenal...zmn aku tu..;)

Anonymous said...

Huhuhuhu, citer yang boleh menjadi isu umah tangga. Tingat mak ngan ayah saya perang mulut. Pasal sekeping gambar tah datang dari mana, my father tidur atas riba bekas makwe dia. Nayyaaa dok ada!