Friday, July 14, 2006

Kisah Bumi Naga - Freshies nak masuk oi!

Ogos 1995; summer di UK, musim buah baru habis di Mesia. Member aku call aku cakap International Office Uni ada contact dia minta panggil siapa-siapa yang free datang KL untuk UK Education Fair dengan Briefing untuk pelajar baru. IO minta current student datang untuk share experience sambil bantu depa buat promosi kepada potential students. Aku memang tak buat apa terus terima tawaran tu. Jadi kat PWTC kami sama-sama buat promosi sambil mengusha aweks-aweks yang tersangat la ramainya nak belajar kat oversea. Aku tengok ramai yang cun kategori Merc dengan Beamer (i.e cun dan nampak maintenance mahal) pergi Bristol. Aber ada berapa kerat aje. Tut-tut nampak ada satu awek kurus kering dengan member dia datang booth Aber. Dalam hati aku kata, siapa la awek ni…sakit ke apa? Rupanya kering semulajadi…kakakaka. Lepas tu baru aku tau rupanya si kurus tu anak Datuk Pahamin Rejab!

Esoknya ada briefing kat Menara Maybank. Aku berjaya memalukan diri aku dengan naik elevator biasa…rupanya sampai tingkat 48 aje. Nak naik tingkat 49 kena naik express elevator. Pak Guard tu sengih aje kat aku…cit! Lepas briefing, mingle around. Ada sorang makcik ni jumpa aku..katanya dia tukar anak dia dari Leicester ke Aber. Lepas tu makcik ni keluar soalan cepumas “Kat sana ada tak group dakwah?” Aku kata takde la, setakat grouping biasa yang baca Yasin dengan kuliah agama kecil-kecilan aje. Makcik tu tanya lagi pasal grup dakwah pompuan, aku kata aku tak tau tapi rasanya lebih kurang macam yang tadi la. Makcik tu kata Ok takpelah. Aku agak mesti makcik tak mau anak dia terikut grup ekstrim, atau memang dah terikut kat Leicester dan makcik ni nak pisahkan anak dia dari grup tu. Tapi aku tengok anak makcik tu dressing ketat-ketat, rambut siap highlight lagi, takkan kot? Lepas tu makcik tu tanya lagi, kat sana ada disko tak? Aku mana tau, aku bukan kaki clubbing…jadi aku cakap takde la! Lepas tu baru aku teringat, kat Student Union malam2 depa convert restoran tu jadi disko, lepas tu ada 3-4 lagi establishment kat promenade…ahaks. Tapi aku senyapkan diri aje la.

Bila dah balik ke UK semula, baru aku tahu kenapa makcik tu tanya benda-benda tu. Aku
tengok anak dia kat sana liar sikit, lepak rumah boyfriend baru macam tak ada apa-apa. Siap tonggang lagi pasal aku ada tersepak botol-botol liquor bawah meja makan rumah tu. Jadi makcik tu dah tau anak dia liar dan kaki disko, itu pasal dia kena pindah dari Leicester ke ‘Uni kampung’ Aber dan sebab tu jugak dia tanya pasal grup dakwah, sebab nak kasi betul anak dia…..isssyyyy kalau aku tahu, awal2 aku dah sambar…bukankah mengajak orang ke pangkal jalan satu perbuatan yang mulia?

4 comments:

Anonymous said...

hmm... nak wat camana Alpha... dah terlepas masa tu... but u have the chance now utk guide students kat U tu kan? so, all is not lost.... yet... :-)

Azhar Ahmad said...

Uhummmm... kenapa bahasakan makicik ek? Mula2 baca ingat tukang satu sampah... Ekekeks

Alpha said...

Azhar

Sebab aunty tu mmg style 'makcik'...hehehe

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»