Wednesday, July 05, 2006

Nabila jatuh katil

Anak aku tidur sebilik dengan mama dan ayahnya jadi kami berdua kena la behave! Dia tidur kat tilam, kami tidur kat katil. Tapi sejak dua minggu lepas, dia lebih suka tidur atas katil. Tak tau apasal, agajnya sebab lagi best atas katil, lagipun dia nak manja-manja la kot. Jadi mama dia mengalah dan kena tidur bawah! Tapi anak aku ni ganas sikit kalau tidur, pusing sana, pusing sini dan kengkadang aku pun disepaknya kalau aku encroach kawasan dia. Tapi kalau sejuk, dia tucked in kat aku dan kalau dia rasa panas, dia bergolek jauh sikit. Dan tiga malam lepas, dia terover golek, dan terlepas ke lantai. Meraung sekuat hati tak anak dara tu! Aku pujuk tak jalan sebab dia ingat aku nak marah dia (kalau dia buat hal selalu aku marah, tapi kalau sengaja cari pasal la, kalau accident ke apa, buat apa aku nak marah-marah?). Nasib baik tak apa-apa, Cuma bibir luka sikit terkena gigi. Dan lepas tu dia tidur balik kat bawah semula….Cuma kengkadang dia mengigau, naik atas katil, mencelah antara aku dan mama dia!


4 comments:

blackpurple said...

Cuba kau tanya parents kau, masa kecik2 dulu kau macamana... he he he..

Alpha The Kerastangan said...

BP
Jatuh katil perkara biasa aku dulu2!

sempoii said...

drop by jap. minat helloween ngan metallica gak ek. salam kenal :)

Foxey said...

laaa.... jatuh katil? ganas ngat lak tido nyer tu... sib baik luka sket jer... cuba cek kepala dia, kot2 ada bengkak... selalu budak jatuh katil, tu la yg dicek dulu... apa2 pun mmg cute anak dara Alpha nih... :-)