Thursday, July 20, 2006

Forum Cari : Board TNSE

Macam setengah daripada korang tau, aku moderator kat forum Cari. Aku jaga dua board – Military Police And Security Agencies dengan Teens And Sex Education. MPSA tough nak jaga terutama takut ada kutu terlepas benda dibawah OSA. Satu lagi nak kena melayan beruk-beruk dari negeri titik merah. Bukan semua beruk, ada yang OK, tapi ada sekor memang beruk matyeh…pantang kalau orang cuit Israel! Tapi tu bagi aku biasa la. Yang aku rasa lagi letih nak jaga bod TNSE. Lepa sikit, mesti ada kutu post tajuk lucah atau tak relevan. Dahla tu, ada topic yang asalnya informative..tapi lama kelamaan jadi medan bersembang yang penuh dengan double entendre, innunendo dan outright lucah! Ni sample beberapa topic yang ada kat board tu yang tak menepati takrif board…dah macam ruang orang kawin bersembang hal dalam kelambu…

‘Kat live cam korang sanggup tak?’
‘Camne korang pakai spender ah?’
‘Bila masa x pakai underwear/panty’
‘Bentuk breast idaman’
‘Kalo kemaluan diikat getah elak pancut awal, betul ke’
‘Siapa penah ada pengalaman sex dengan bangsa lain’
‘Pengalaman fonsex’

Ada lagi tapi ada yang aku dah delete. Tu aku tak tunjuk posting off topic melampau lagi tu. Depa ni tau tak nak guna board ni?

5 comments:

Azhar Ahmad said...

Biasalahhhh... Sepatutnya tak yah buat mp seks. Dah mmg semulajadi tau. Enyway, negeri titik merah. Tgh pk tapi tak dapat2. Ada hint?

Foxey said...

keskeskes... satu bod tu lama tak singgah (tak sempat) and another mmg tak penah masuk... :p

Alpha The Kerastangan said...

Azhar
Tahun 97 dulu, masa gawat, Pres. Indon masa tu BJ Habibie bengang dengan satu negara jiran..dia kata kat peta tu titik merah aje sebab tak nampak negerinya...hehehe

foxey
tak masuk pun takpe fox...merepek aje dalam tu!

blackpurple said...

Tak terfikir pulak nak singgah board tu....

Sarah's Mummy said...

LOL. Aku masuk bod TNSE sekali jek....meremang bulu roma aku. Baru ku tau sebenarnya betapa conservativenya diriku....:D