Wednesday, July 19, 2006

Eat and Run

Satu hari dulu adik ipar aku balik kerja dengan muka muncung. Ni mesti ada problem kat kedai (adik aku assistant manager kat Pizza Hut BP). Aku kalau tengok dia dah macam tu, aku biarkan aje. Dalam dua-tiga jam bila dia dah cool baru aku tanya kenapa. Dia kata dia kena bayar balik kat Pizza Hut dalam RM70 sebab ada customer makan-lari (eat and run!). Yang menyebabkan dia tensen sesangat ialah yang buat hal tu kira sedara-mara jugak le. Dia bawak satu family makan lepas tu blah macam tu aje…hari hujung minggu, orang ramai sangat sampai tak perasan customer cabut. Yang kawan tu pun satu, kok ye pun nak merasa makan free, cakap le dengan budak tu pasal staff Pizza Hut ada quota yang boleh guna untuk makan free (aku dah berapa kali dapat!). Walaupun kuota tu untuk sedara-mara terdekat aje, boleh la sekali-sekala pass kat sedara lain. Dan sebab dia dah lari, adik aku tak mau la gunakan kuota tu, walaupun terpaksa ganti dengan duit sendiri.

Kes makan lari ni dah banyak kali dah berlaku kat sana dan budak-budak yang amik order terpaksa kena ganti balik. Ada yang gaya macam banyak duit, awek pun jenis glamour. Tapi lepas makan. lari! Harap dressing aje gempak, duit tarak. Pizza Hut BP plak dalam Summit, pagar pun rendah aje…senang nak cabut. Bila benda camni berlaku, apa yang mak bapak tunjuk kat anak? Dan dia orang tak terfikir ke makan benda curi tu haram?

9 comments:

Mamamanja said...

uiks.. yg pertama

memula sekali.. salam kenal bang :)

ermm... boleh plak dah makan lari.. bukanker makanan tu jadik darah daging? ntahler...

blackpurple said...

Itu baru 'makan' benda haram kecil-kecilan....

Di 'sini' lepas la.... di 'sana' nanti tahu lah pembalasannya...

esis said...

eeeee daging dibakar kat badan di SANA nanti. 7 keturuna warisi dosa tu.

Foxey said...

hmmm... tak takut dosa and apa pengajaran yg anak2 dia dapat... bad example, really...

Azhar Ahmad said...

Aishhhh... truk tul mamat tuhhh....

Anonymous said...

Hmm I love the idea behind this website, very unique.
»

Lan Rambai said...

kalau semua orang fikir halal haram... aman sangat pulak dunia ni.. hihihi

Anonymous said...

I find some information here.

JBM8141 said...

ish first time aku dengar makan-lari. biasanya langgar-lari. na'udzubillah..