Thursday, July 13, 2006

Memang la...Cantona tak main!


Satu malam tahun 1994, pukul 1 pagi. Aku dengan room-mates aku sedang menunggu depan TV 14” yang diseludup masuk melewati rumah RS yang dibawah bilik kami. Rancangan yang kami tunggu bukan dikelaskan 18SX, 18 atau R, tapi World Cup (World Cup lagi!). Sementara menunggu sepak mula kami bersembang kosong (takkan nak bincang Constitution Law depan TV kot) dan timbul topik kegagalan England masuk World Cup untuk tahun tu (Well, what do you expect from a manager who was nicknamed ‘Turnip’ and selected Carlton Palmer?)

Sedang-
sedang bersembang, ada seorang jiran dari bilik sebelah turut join perbualan kami. Sedang sedap kami berdebat pasal selection player dan taktik Graham Taylor tiba-tiba si jiran dengan confidentnya mencelah : “Memang la England takleh nak qualify..kenapa manager tak kasi Cantona main?” Perbualan kami terhenti seketika sebelum satu siri gelak guling, jeritan kecewa serta kutukan meletus. Cantona? Main untuk England? Aku rasa dia confuse England dengan France (yang juga kantoi) kot, tapi itu la akibatnya bila peminat bola ikut musim cuba nak ‘fit in’. Juga menunjukkan betapa kuatnya influence Cantona kepada bolasepak EPL pada awal 90an.

9 comments:

blackpurple said...

Aku suka cara Cantonna yang tak lipat kolar jersey dia tu.....

esis said...

aku ingat tendangan Kung Fu Eric Cantona pada penonton. hoho

ise219 said...

hahaha..aku rase, kalu aku ade gak mase tu, mesti guling2 mcm tenggiling..hehehehe

Sarah's Mummy said...

Hehehe, member aku cerita dia mcm nak terajang ofismate dia yg jantan poyo mcm bagus. Cerita kat dia beria -ia sekali kata, "I'm voting for Man U. I know Man U is going to win World Cup." Lagi haru..;)

Ayu said...

hahahahaha Man U main utk World Cup hahah udah confused tuh nama nya haha confuse byk tuh bukan sikit2 hahahaha

Ayu said...

opssss lupa plak.. Cantona eh? wpun aku sudah hampir melupakan minatku pada arena bolasepak hahaha tapi aku tetap nak gelak beso jugak hahahahaha sekoro2 aku nih idak le sampai confuse france dgn England :P

Foxey said...

keskeskes... mcm2 ek... bagi fox, kalo tak baper well versed in a topic, better shut up and listen jer...

Anonymous said...

Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»

Anonymous said...

I find some information here.