Tuesday, July 04, 2006

Selamat Datang Ke Menara Gading

Semalam dan kelmarin merupakan hari pendaftaran pelajar baru IPTA di Malaysia…freshies la tu! Kat Utara ni ada sorang budak (pakcik sebenarnya) postgrad kata highway jam dari tol Hutan Kampung sampai ke Sintok. Apa taknya, 6,000 orang student mendaftar. Kalau katakan sorang naik satu kereta, dah 6,000 kereta…tu tak campur uwan, opah, atuk, pak long, nek ngah yang join sekali naik van atau kereta-kereta lain! Dan bila time aku teringat beberapa kejadian yang aku lihat dan alami sepanjang aku menjadi staf kat sini dan juga masa aku student dulu….

I

Masa aku masuk A Level, ada sorang kakak OC (Orientation Committee) yang macam bagus. Cakap tak pernah nak turunkan volume atau pitching…tak lawa plak tu! Dan ada sekor OC lelaki yang suka mengusik suruh aku jumpa akak tu dan buat ‘kuci,kuci’ kat dagu dia. Akak tu muka berlagaknya kata ‘I’m not amused’ dan ‘tak kelakar pun’…..masa tu aku rasa macam nak hentak je si OC lelaki tadi.

II

Kengkadang aku lambat keluar bilik…dan bila lambat kena la salam perkenalan. Aku rasa salam perkenalan paling best ialah kena ‘naik motor’ . Dah lambat, kena la naik motor kan? Jadi aku dan beberapa lagi kutu yang lambat dikehendaki membawa motor imaginasi kami dihadapan pelajar lain, bila jumpa peljar pompuan, kami kena bunyikan hon….dan sebab ada pelajar pompuan, OC kata kami hilang focus dan terlanggar kambing yang lintas jalan..maka kena la buat bunyi aksiden….idea ni aku terap balik bila aku jadi senior!

III

Sebut pasal senior, bila aku jadi OC antara tugas ialah mengumpul dokumen butir peribadi. Dan tugas sampingan aku bersama 3-4 kutu lagi ialah menyelak borang untuk mencari awek freshie yang cun untuk ditackle…heheh

IV

Bila aku buat 1st year kat NCUK, ada kutu yang terpaksa repeat bagitau kami yang tiada MSR (Minggu Silaturrahim) masa depa masuk dulu. Tapi tengok2 tahun tu ada plak. Yang bestnya, ada beberapa member aku yang tak masuk program sebab pergi Subang hantar member yang fly direct! Dan OC tahun tu pulak turun dari UiTM, kerek pulak tu dan katakana kami tak cukup bagus untuk fly….benda sensitive untuk budak NCUK. Nasib baik tara gaduh-gaduh walaupun keadaan tegang sekejap.

V

Masa aku kat UK lagi best…tak join pun Orientation…pasal tak wajib!

VI

Masa aku hantar adik aku masuk A-Level (tempat yang sama), masa tu hujan, jadi semua waris bersesak ler bawah kemah. Dan ada sorang pakcik ni, dalam kesesakan tu sempat pulak berangan tee-off dengan payung dia! Lepas tu tersangkut kat tudung sorang makcik ni…appraaaa nak berangan pun berpada-pada le!

VII

Ada colleague aku cerita, flight dia dari KL ke Alor Setar delay masa hari Sabtu lepas pasal ada Arab-Arab foreign students yang excess luggage ni. Sorang tu siap bawak TV lagi naik flight! Apa, dia ingat kat Kedah takde orang jual TV ke?

VIII

Semester lepas, masa second intake, tempat aku ada ambil student dari China. Budak-budak AJKS komplen yang dia orang ni sangat la berbeza gaya hidup banding masyarakat Malaysia. Antaranya lepas habis melepas, jongkong emas dibiarkan tanpa diflush dan ada yang berjalan dari bilik air ke bilik semula dengan hanya tuala dililit dikepala, pompuan lagi…rugi ooo aku tak sempat tengok!

IX

Dua semester lepas, ada sorang student ni jumpa aku, tanya macamana nak resign. Aku tanya kenapa, you kan baru daftar pagi tadi? Dia kata dia dapat call – dia dapat masuk "Akademi fantasia, cina punya encik”…camni punya orang pun ada.

X
Tahun 2000 ada pengalaman menyedihkan masa orientation. Ada sorang student ni, sampai lewat sehari dari tarikh pendaftaran (ni biasa sebenarnya). Yang hantar, mak, pakcik dengan adik dia pakai kereta yang disewa dengan orang kampong. Petangnya, boss aku call aku mintak ambik budak ni kat dewan sebab dapat berita family dia accident. Tapi boss aku cakap, jangan bagitau budak ni yang mak dia meninggal. Sampai kat rumah mayat, budak ni diminta untuk kenalpasti jenazah. Bila ditunjuk, terus budak tu terjelepuk sambil meraung ‘Makkkkkk!!!!!’ Aku sendiri rasa berair mata aku masa tu. Dan student tu diberi kelonggaran untuk tak hadiri Orientation dan dibenarkan mengiringi jenazah balik ke Johor.

Apa-apa hal, aku ucapkan selamat datang kepada adik-adik ni (aku belum cukup tua untuk dikategorikan sebagai pakcik kepada age group depa ni). Ingatlah tujuan utama anda ke IPT ialah untuk menuntut ilmu dan mendapat segulung ijazah…kalau boleh, cikai-cikai 2nd class upper. Ingat la pengorbanan mak dan ayah yang mengeluarkan duit beribu-ribu untuk persediaan anda, walaupun dapat duit advance PTPTN. Mereka juga korbankan masa untuk pastikan anda dapat settle down di rumah baru anda ini. Nak cari pasangan tak salah tapi jangan la sampai melanggar adat kita serta hukum agama…bukan saja dapat dosa, anda juga boleh kena hukuman sehingga dibuang Universiti! Jadi kalau nak buat benda tak elok, baik merendek atau tengok nota dalam toilet masa exam, ingat la wajah mereka….

3 comments:

Anonymous said...

hmm... nostalgia lak... ada idea laa nak wat entry baru ni nanti... :p

Anonymous said...

Uhummmm... samala kat sini. Tapi kat sini gila ahhhhh...... Budak rambut perang melambak2. Apalagi, samada tak boleh nak mendaftar ataupun dibotakkan kepala, 5 orang kot budak cina tak jadi masuk. Yang kesiannya budak melayu siap kena pukul n herdik depan budak2 lain pasal warnakan rambut. Yang bestnya. Ayah dia sendirik yang botakkan kepala mamat tu.

Ada dua tiga org lagi terlepas. Tak pe, pas minggu orientasi nanti, siapla derang.

p/s : Macam Pak Guard plak.

Anonymous said...

Pssstttt...... Alpha, kalo ada awek cun-cun punya kalu, sini kasik pass la :P