Sunday, July 09, 2006

My Modeling Hobby II - School And Pre-U Years

Sambung balik: Bila dah masuk sekolah menengah, duit belanja pun bertambah la sikit. Tapi save sebahagian besar untuk beli model…by this time aku kira dah ketagih…mesti nak buat baru kalau yang sebelum ni dah siap. Dan masa aku Form 2 aku buat model kapal aku yang pertama…HMS King George V dalam skala 1/700. Harga dia kalau tak salah RM9.90. Tapi model ni haprak sebab dibuat sebagai permainan. Apa taknya, siap ada bateri dengan motor untuk masuk dalam air! Masalahnya, suis motor tu bagak dan menyebabkan satu daripada turret meriam secondary takde. Tapi itu tak halang aku dari dapatkan ‘kawan’ dia, IJNS Kongo. Juga masa ni minat aku kat kapalterbang meluntur sikit. Selain kapal,aku minat pulak kat military figures…ni semua salah anak DO tu la!

Masa Form 3, ayah belikan aku model pesawat Zero fighter Jepun skala 1/48 untuk birthday aku. Rasanya itu antara hadiah paling berharga aku pernah terima dan juga mulai model ni, aku dah tak main lagi dengan model aku (kecuali bila takde orang kat keliling…kakaka) dan juga ini permulaan aku mengecat model aku sepenuhnya. Tapi bila masuk Form 4 aku dah tak buat model lagi sebab sibuk nak cari awek….dan duit belanja yang boleh disimpan guna buat belanja awek. Dan pada zaman Form 4-5 ni juga model-model aku dipunahkan sepupu-sepupu yang datang atau adik aku yang brutal sikit kalau main. Aku masih ingat ada sebiji F-100 yang sepupu aku baling sebab dia nak tengok benda tu boleh terbang ke tak! Jadi bila time raya, model-model aku yang mengalami kerosakan akan jadi bahan ujian kuasa letupan, that is, disumbat dengan mercun dan diletupkan. Syok oooo!!

Bila aku masuk A-Level, minat tu datang semula. Mungkin dipengaruhi faktor kewangan – guna duit biasiswa/loan yang berlebih. Tapi kali ni, harga model-model dah kurang-kurangnya dua kali ganda masa sekolah jadi tak ada sangat advantage la duit ‘banyak’. Kebanyakannya aku beli dan dipasang di rumah bila cuti. Aku masih maintain minat kapal dan sedikit jet moden. Dah siap, aku tinggal kat rumah. Tapi ada juga sebiji dua yang aku letak kat hostel. Dan salah satu model ni, MiG-25 Foxbat dalam skala 1/72 jadi mangsa member aku. MiG ni aku letak atas meja study aku. Satu hari dia kata nak pinjam buat prop penyertaan kelas dia dalam drama competition. Aku kata OK, janji kau handle baik-baik. Jadi masa drama tu dia pun pakai la. Aku pulak jadi organizing committee drama competition tu dan dapat duduk kat tepi stage. Masa drama member aku, dia guna model tu konon-konon toys dia (dia berlakon jadi budak terencat akal). Dalam satu scene tu, kononnya mak dia balik…dia pun happy la sambut mak dia. Mula-mula aku tengok dia letak elok-elok Foxbat tu. Alih-alih sedang dia berlari-lari….prappppp!!!! dia pijak!! Aku tak la melolong tapi aku rasa macam nak keluar hempuk mamat tu aje. Abis show dia buat dekkkk aje…hampeh betul!

Bersambung….

4 comments:

Azhar Ahmad said...

Hahahahahhah.... best2. Kecik2 dulu takde mrase main benda2 nih. Yang tau sungai, lubuk, air terjun, lastik burung, main tikam. and so on. Sambung lagi Incik Alpha!

NaSh said...

as'kum.. singgah ke sini.. orang batu pahat yer?

Foxey said...

hmm... bila baca hat last tu, tingat model fox yg punah... huhuhu... broken hearted dibuatnya...sampai skang tau!

blackpurple said...

Banyak gak simpan model, tapi model kereta la.... sesetengahnya letak kat rumah, ada yg letak kat pejabat...