Wednesday, July 12, 2006

Pompuan aje...mana lakinya?

Awal bulan baru ni pelajar lepasan STPM, diploma dengan matriks memasuki alam baru – masuk U! Dan kat UUM ni aku nampak pompuan aje most of the time. Kolej aku cuma ada dalam 56 orang aje lelaki dari hampir 400 freshies. Dan secara rasminya UUM dan UKM mencatat lebih 70% freshies perempuan. Dan secara keseluruhannya pada semester lepas cuma dalam 5,000+ sahaja pelajar UUM lelaki daripada hampir 20,000 pelajar. Kat UUM ni student lelaki digelar spesis terancam dan patut dilindungi…haha!

Nak kira, 5,000 orang ni sepatutnya takde masalah nak cari pasangan. Agak2 tak compatible, boleh ushar yang lain…dan seterusnya. Tapi nak buat pasangan hidup yang sah aje ye…setakat nak buat dosa baik takyah! Tetapi secara lebih serius, kenapa berlaku perbezaan yang amat ketara ini sedang demografi penduduk Malaysia masih menunjukkan lelaki masih melebihi wanita? Aku rasa ni sebab-sebabnya:

1. Sistem meritokrasi yang diamalkan sekarang. Kalau dilihat, bila result SPM atau STPM keluar, yang top-top tu (tak kira kaum) lebih ramai pompuan. Jadi bila permohonan ke IPT dibuat maka yang pompuan-pompuan ni la menyambar tempat di IPT sebab mereka dapat keputusan lebih baik daripada lelaki. Lagipun mak aku kata, orang lelaki ni lembap sikit…sikit aje la, kot?

2. Macam kat UUM, program undergrad hampir 100% bertunjangkan pengurusan. Dan aku rasa budak lelaki lebih berminat bidang bertunjangkan sains dan teknologi (dan tak banyak sangat kena baca, mengira yang lebih) macam engineering dan architecture. Tapi ni agak aku la. Kalau betul rugi la diaorang…awek yang ambik management dengan social sciences ni biasanya cun-cun! Mungkin juga budak lelaki lebih gemar mengambil aliran teknikal macam vokasional.

3. Budak lelaki lebih minat nak kerja dan dapat duit…jadi boleh pakai lawa-lawa, pakai motor dan boleh cari pasngan lebih awal. Apa rock sambung belajar..kalau nak sambung pun, tunggu kerja dulu la!

4. Budak lelaki ramai yang tak masuk universiti tapi Uniserenti.

5. Sejumlah pelajar lelaki yang masuk universiti sukar untuk diklasifikasikan sebagai lelaki…*ehmmm*.

Jadi kepada pelajar lelaki, walaupun korang sedikit, tunjukkan kualiti korang! (Tapi aku perati kat konvo, boleh kata tiap-tiap tahun yang dapat Anugerah Diraja biasanya pompuan gak!)

9 comments:

blackpurple said...

Alpha, kat neraka nanti kaum mana pulak yang ramai...ahaks..!

Ayu said...

hahaha BP.. kaum perempuan ni senang masuk syurga dan senang juga masuk neraka. tapi jgn lupa BP, kalo sorang perempuan masuk neraka, dia akan angkut ayah, abag dan adik lelakinya sekali tuhhh.. bahayaaaaa... jadi sesama la kite emnjaga kaum keluarga dan anak bangsa kite yerr :P

Ayu said...

opssss tumpang lalu ek Alpha

Derik said...

opssss tumpang lalu ek Alpha

Alpha The Kerastangan said...

BP
Pompuan le..heehee. Sebab dia oang lagi ramai kot?

Ayu
Itu la pasal...lagi senang jaga kerbau sekandang dari anak dara seorang!

cry4freedom said...

bahagian UPU kena byk terima kaum lelaki la walaupun syarat cukup2 makan je.

Kalau ikutkan syarat , mmg susah la nak ramai bebudak lelaki kat IPTA ni kot?

Azhar Ahmad said...

Uhum, samala di UTM. Ada satu kolej tu 865 org perempuan dengan 7 orang lelaki. Heheheheh. Tapi tidak di kolej yang saya jaga. 456 lelaki dengan 65 orang perempuan. Pasal asarama perempuan sikit. Ekekeks

Anonymous said...

Nice! Where you get this guestbook? I want the same script.. Awesome content. thankyou.
»

Anonymous said...

I find some information here.