Wednesday, July 05, 2006

SMS dan Ringtones

Setiap weekend aku beli paper…hari lain aku baca paper yang opis langgan. Dan untuk bacaan ‘ringan’ aku beli Harian Metro. Buka page depan ‘Nasi Lemak Terakhir’ (berita eksiden) selak page dua ‘Datuk K nafikan kenyataan akhbar’ (berita Datuk K dan Siti), masuk page 3, nampak ‘Murah RM0.50 sekali download’, page 5 ‘Mari-Mari Ringtonez Terkini’ masuk tengah, ‘SMS Ke 32799 Untuk menangi Hadiah Lumayan’….sampai le page sukan, hampir selang semuka iklan ringtones dan pertandingan SMS (tapi yang banyaknya iklan ringtones la) Bukan kecik pulak tu, bodoh2 setengah page, dan rata-ratanya full-page. Rasanya kalau dibuang iklan ringtones ni mau tinggal separuh aje paper. Tau le penduduk Malaysia antara yang paling ramai guna handset.

Tapi
kalau ditengok semula, ringtones yang dijual oleh provider yang berlainan, semuanya sama aje. Lagu Siti, Mawi, Radja, Ratu….itu aje. Tapi yang menjualnya macam dah hilang akal dah. Semua nak a piece of the (admittedly) large cake. Dan ada satu lagi isu, aku tak pasti dah settle belum, pasal royalti…tu semua ringtones tu intellectual property dan perlu dibayar copyright ke atas artis/pencipta lagu tu sebab si penjual ringtones buat secara komersil. Itu baru kat paper, kat majalah hiburan lagi, TV lagi.

Satu lagi yang aku nak sentuh ialah chatting – SMS On Cinta la, On Awek la, On Sayang la…tak campur @15 lagi. Entah apekebenda tah, ngabiskan duit orang aje…dan macam biasa suckers yang termakan benda camni budak-budak sekolah la! Sama la macam tahun 90an dulu yang ada ‘dail 1-600-85-xxxx untuk mendengar lagu terbaru si polan’. Sepupu aku termakan pujukan iklan tu dan akibatnya bil telepon rumah makcik aku naik sampai RM1,000!

Dan satu lagi – pertandingan SMS, makin mencanak pulak aku tengok benda alah ni sekarang. Padahal Majlis Fatwa dah setuju benda tu haram….how come?

1 comment:

blackpurple said...

Salah satu cabang bisnes yang mudah..... Sebagai pengguna hp kena pandai menilai.....

Yang kaya tetap diaorang dan service provider !!!