Lagu lama vs. lagu baru
Cuba tengok contoh lirik lagu lama (sebelum 90an) dan baru (lepas 90an)
Lagu jiwang lama
Kini Baru Kau Sedar (Carefree)
Waktu engkau meninggalkan diriku
Kau sungguh bergaya dan amat berbangga
Dengan pemuda itu yang kau sanjung selalu
Kononnya dialah pilihan yang sesuai untukmu
…….
Engkau datang dengan rintihan pilu
Kau ingin kembali bersama ku lagi
Tiada guna kau rayu hatiku kini masih sayu
Mengenangkan sikapmu dulu yang menyiksakan batinku
Ku Utuskan Doa (Black Dog Bone)
….Hasratku untuk menyunting mu
Hancur lebur bagai debu
Kuutuskan doa yang ikhlas
Hingga ke jinjang pelamin
……
Kau rayu aku melamar mu
Sebagai suri hidupku
Tak rela aku kecewakan
Dia insan sejenis ku
Kisah kau dan Aku (Alleycats)
….Masa berlalu kini kau telah berjaya
Malangnya aku telah kau lupakan
Tiada ku sangka begini jadinya
Akan ku hadapi sebagai satu cabaran
….Tak mungkin aku akan menerima mu
Dan melukakan hati kekasih ku
Lupakan saja apa yang berlaku
Jadikan ini satu kisah hidup mu
------------0000000------------------------
Lagu jiwang sekarang
Akulah Kekasihmu (AXL’s)
Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali
Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih
Di Sini Kasihku Abadi (Rahmat)
Jangan kau tinggalkan diri ku
Jangan kau berpaling kasih mu
Jangan kau biarkan diri ku
Sepi tanpa mu
Sayangku kembalilah pada ku
Tiada tempat untuk mengadu
Sayangku berikanlah kasih mu
Buat diri ku
Bila Bunga Dipetik Orang (Slash)
…..
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi
Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Bukan apa..kalau tengok lagu lama, walaupun balak tu menangis bila awek dia blah..tapi secara asanya dia kata ‘lantak engkau la!’ Takpun ‘blah lah’ Jangan la awek tu sibuk nak balik kat dia semula. Tapi lagu yang kemudian sikit ni merayu-rayu mintak awek tu balik kat dia. Lembik dan poyo aje….patut le orang tak suka sangat dengar lagu Melayu yang baru-baru…
2 comments:
keskeskes...err... no komen sbb fox mmg tak really dgr malay songs nih...
Aku elegik kalau dengar lagu meleleh2 ni... he he he...
Post a Comment