Cerita satu malam, jam 10.30
Ada satu malam itu hari aku bernightcap dengan wife aku. Aku minum Coke Light, dia minum Pearl Café sambil sembang-sembang dan bercerita hal semasa. Tak alih-alih, tertimbul pula cerita masa bujang. Aku tanya apa pandangan dia kat aku masa tu. (Aku kahwin dengan wife aku ni family arrangement, jadi aku tak kenal sangat wife aku masa single dulu – aku setakat tahu dia sedara-mara belah mak aku) Sambil tersenyum dia kata dia dengan adik-adik dia ingat aku spesis sombong sebab aku tak bercakap dan tak pandang pun diaorang kalau ikut mak aku pergi rumah. Lepas tu dia orang serkap jarang katakan aku ‘mesti ada girlfriend omputih’(!). Dengarkan tu aku tersembur air Coke aku pasal ketawa. Girlfriend mat saleh? Girlfriend melayu masa tu pun payah nak sangkut! Dan aku pun sebenarnya bukan sombong…tapi pemalu ya amat. Dan aku penyegan giler dengan pompuan, sampai hari ni. Cuma dengan adik-adik ipar aku dah OK la sebab dah familiar.
Tapi yang memang buat aku geli hati ialah part ‘girlfriend omputih’ tu. Aku rasa tu satu stereotype terhadap orang yang study overseas, terutama yang lelaki. Baik dari persepsi peribadi mahupun yang ditonjolkan dalam drama dan filem, orang study oversea biasanya:
1. Ada girlfriend/boyfriend omputih, kalau advanced sikit, dah jadi bini. Variasi sikit dalam iklan Raya Cina TV3 – bawak mak itam! Setakat group aku dulu, ada sorang aje berawek omputih. Sorang lagi ni ada boyfriend Paki…tapi dia cakap ngan aku tu buat peneman aje…bukan serius pun. Lagipun pemerhatian aku dulu, bebudak ni lebih gemar berkumpul sesama Malaysian dan tak begitu campur dengan pelajar tempatan. Ada la pros dengan cons pasal orang yang ada ‘pack mentality’ ni, tapi tu cerita lain.
2. Perampas girlfriend orang – tengok aje la filem Melayu ‘70an-‘80an dengan lagu-lagu masa tu. Mesti cerita dia ada melibatkan awek dia dikebas kutu yang grad oversea…juga macam satu baris dalam lagu Jamal ‘Teman barumu lulusan luar negeri….’

3. Sombong dan berlagak nak mampus – sama le, tengok filem lama. Dan berkait dengan menjadi perampas girlfriend.
4. Bila balik Malaysia, bawa budaya tak elok. Mungkin juga terutama generasi yang pergi zaman hippies dulu. Tapi kalau-kalau sekarang ni, aku tengok perangai dah sedia tak elok dari Malaysia lagi! (Macam 2-3 juniors aku yang aku tengok minum wine macam juice aje, padahal baru sebulan kat sana) Lagipun sekarang dah ada internet, 3G dan macam-macam lagi la. Jadi sekarang ni tak semestinya grads oversea ni yang bawak bad influence ni.
Ada lagi, tapi aku tak ingat…tapi kebiasaannya yang aku listkan tu la. Tapi, pendek kata perangai orang study overseas ni tak elok la!
7 comments:
best jugak ek sembang2 pasal zaman dolu2 hehehe...
pemalu2 ha dah jadi lecturer pon.. udah abih malu ler tuh ek? kalo dgn anak murid malu sure kene buli :P
p/s : sticker yg biasa2 aje.. takyah le staff hehehe asalkan ade tulis UUM dah le. nak yg cantik2 nya tau :) bleh ker?
Ayu
Sticker ko-op boleh la ye?
Aduslaaaa.... Nyarisla mak saya tak baca entry nihhhh. Kalau tak kena tahanla saya nak ke Japan November 2007 nanti. Anyway, itu cerita di UK kan kan kan .....
ok ko op laaaa.. email sy di sitirahayu_mohd@time.net.my sbb nak bg address rumah.
beli 3 jenis yg berbeza bleh hehehe
Kalau drama2 melayu, kalau yang grad luar negeri jer selalunya dipotray sebagai bagusssssss......ada kelassssss.....
..Tak berpijak di bumi yang nyata pun.!
BP
Heheh...tapi kalau aku tengok yang obersi ni diportray buruk perangai...tapi aku taaakkkk
Ayu
Tunggu bulan depan ek?
Azhar
Ad, tu baru cerita stereotyping...belum pengalaman sebenar...tungguuuu
alpha ni penyegan orangnya rupanya...keskeskes...
Post a Comment