Monday, July 17, 2006

Mawi? Ina?

Aku jarang sangat buat entry pasal gossip artis, ingat aku sekali aje. Tapi rasanya kali ini aku terbuat jugak. Kalau mat toro baca ni sah aku kena kutuk punya…tapi takpe la, nama pun dah ‘musings’. Satu Malaya sah tau kes Mawi dengan tunangnya Ina yang putus di extra time…bukan regulation time. (Sori, demam World Cup belum betul-betul kebah…masih dedor lagi) Buat masa ni Cuma statement dari Ina saja yang banyak diketengahkan dan tak begitu banyak statement dari Mawi sendiri. Kat sini terus terang aku cakap, sejak Mawi masuk AF, aku tak suka dia..pasal apa? Pasal tak sesueiiii sesangat orang yang ‘on paper’ ada background agama masuk satu pertandingan yang memang duniawi. Masa dia mula-mula masuk tu masih maintain la prinsip dia…tak campur peserta pompuan dan secara umumnya ‘keeping to himself’. Tapi masuk minggu entah berapa tah, mula la dia bergurau senda dengan pompuan-pompuan tu – bukan main lagi, siap konon2 macam pengacara pertandingan ratu lagi. Dan sekarang kepoh pasal dia putus tunang. Memang la tu hal peribadi dia tapi memandangkan benda ni pun semua orang komen, aku pun terasa nak jadi gossip columnist..haha.

Dalam hal ini, mungkin Ina bersalah sebab dedahkan hal peribadi ni kepada media. Tapi siapa yang asalnya tak telefon sampai berbulan-bulan? Siapa yang kensel appointment sebab ‘ada urusan lain’ (camne pengurusan masa dia ni, atau alasan semata-mata)? Kat Malay Mail Mawi kata dia dah buat keputusan untuk putus sebab Ina dan keluarga cerita abis kat media. OK, tapi rasanya masalah tu timbul lebih awal, sebelum didedahkan Ina. Dan pada pendedahan awal masalah diaorang ni, Ina kata Mawi yang bayangkan untuk putuskan pertunangan (apa dia, “Kalau aku dengan kau, aku kena buang keluarga” gitu?) Tapi bila benda dah terdedah, Ina pulak salah sebab dedahkan perkara ni, bapak Ina salah sebab kata dia kurang ajar. Boleh kata pulak Ina mendesak, itu pun kalau betul la (kalau aku jadi Ina, aku pun aku buat camtu, dah la overdue, lepas tu buat dekkk aje) Mawi pun pandai, basically dia diam aje (walaupun ada cakap berdolak-dalik)..public opinion pun boleh menyebelah dia. Yelah, dia kan kaya, banyak duit, famous, peminat ramai…Ina tu siapa, cuma seorang gadis kampung bekerja kilang, siapa nak dengar cakap dia, ye tak?

Samada Mawi dah ada orang lain tu aku tak tau…tapi dari yang aku baca, nampaknya Mawi dan ada perubahan sedikit. Mungkin tak sampai level Si Tenggang atau Malim Kundang…tapi perubahan tu tetap ada. Sori la kalau entry aku kali ni merapu pasal hal merepek ni, tapi sebab aku dah tengok dua adik ipar aku putus tunang akibat pihak lelaki punya hal, sedikit sebanyak aku terbakar jugak dengan cerita ni…my symphaties to Ina. Ok, lepas ni takde entry gossip artis lagi!

p.s. Aku teringat dulu slogan mawi ‘world, world juga, akhirat jangan lupa’. Bagi aku tu satu contradictory statement dari seorang yang nyanyi lagu nasihat, lepas tu bergelek-gelek dengan peminat dan penari, lepas tu pergi berzanji….air dan minyak boleh bercampur ke?

7 comments:

blackpurple said...

Dulu lagi memang tak berkenan sangat dengan mawi ni. Bukan jealous ke apa...itu hak dan rezeki (rezeki...?) dia..tapi kalau nak potray diri 'beragama' dalam dunia hiburan yang entah apa-apa tu tak kena cara dan tempatnya...buat malu sek agama Johor..... kalau jadi macam Raihan ataupun Rabbani, aku tak la anti sangat....

Juga...kurang bersetuju bila dilabel sebagai ikon remaja...Ikon apa....?

Pandangan aku tentang peribadi dia..? Entah.. tak kuasa nak pandang ..

Just my two cents....... maaf pada peminat2 fanatik mawi.. (aku jarang komen panjang2 dlm blog macam ni...!)

Alpha The Kerastangan said...

BP

Aku pun tak minat..dan entry tu sebenarnya aku dah kerat...tapi apa2hal tahniah sebab buat komen panjang!

esis said...

aku tak suka mawi.. bukan benci tau

Azhar Ahmad said...

Tak tahu nak cakap apa. Dari dulu lagi tak suka Mawi... Tapi saya iyakan sja...

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»

kemat said...

Sbg lelaki, aku kne sokong Ina.. dia tu cun aper (gatainya aku ini..)

Anonymous said...

I find some information here.