Monday, July 31, 2006

Corot..nasib baik gak bukan tercorot!

Kalau ikut daftar United Nations, ada 192 negara dalam dunia ni. Dari 192 negara tu aku rasa semuanya ada pasukan bolasepak / football / soccer. Dan ikut ranking FIFA baru-baru ni Malaysia nombor 146! Lebih teruk dari Iraq yang dilanda perang dan keganasan (88) dan lebih teruk dari Andorra, negara kecil yang tersepit antara France dengan Sepanyol….apatah lagi gergasi macam Brazil! Korea Selatan tempat 56 dan Jepun 39 kalau tak salah. Camne ni? Gergasi Asia satu ketika dulu kini dah jadi kerdil…macam resakse kena fire dengan Ultraman.

Satu masa dulu…Malaysia pernah baham Filipina 7-0, 15-1..dah macam main tennis dengan badminton. Tak sebelum ni…Malaysia kena pukul Pinoy 0-1! Tu tak campur Cambodia, Laos lagi…

Satu masa dulu, pasukan Jepun, macam pemainnya ketot aje baik fizikal ataupun standing dalam arena bola dunia. Ini pun selalu kena lepuk dengan Malaysia…sekarang bukan aje dah 3 kali masuk World Cup, player dia pun ramai main kat Liga Eropah…kita? Dulu ada jugak Bayern Munich berminat dengan Zainal Abidin. Sekarang? Llansatffraid-ym-Mechain (team kampong kat Wales) pun takmo..buang karen aje.

Negara-negara belasahan kat football federation masing-masing (macam Andorra dari UEFA) pun ranking lagi tinggi…stadium diaorang tahap stadium Jitra atau stadium Batu Pahat..tapi lebih baik dari Malaysia yang ada Stadium Nasional dengan Satdium Shah Alam yang boleh muat 80,000 penonton dan lebih.

Claude LeRoy pernah dilantik menjadi jurulatih Malaysia…team Malaysia entah kemana. Orang yang sama melatih pasukan Cameroon dan Cameroon masuk World Cup…salah siapa, coach atau pemain?

Ini paling lawak…USA…yang mana soccer bukan sukan kebangsaan…lebih baik dari Malaysia yang pernah pukul US 3-0 masa Olimpik Munich 1972. USA dah masuk World Cup banyak kali sejak 1994, player dia pun ramai main kat Liga macam EPL...Malaysia? S-League pun takde sapa nak...

Salah satu cara FAM cadang nak naikkan martabat bola…dengan memberi kerakyatan kepada orang luar…satu cara yang bebrapa badan sukan lain dah buat macam menembak dan angkat berat…Not a good idea, pasal tutup peluang pemain muda. Kedua, nak ambik pun, ambik la yang macam Ronaldinho ke, Totti ke, Beckham ke ni karang ambik player tahap estet punya….Dah la tu, ada yang sokong kata mereka Jerman amik pemain yang lahir di luar Negara seperti Miroslav Klose serta Perancis yang ramai ambil pemain dari Negara bekas jajahan mereka. Masalahnya, walaupun dia orang tu bukan asal Perancis, diaorang dari keluarga penghijrah – datang ke Jerman atau Perancis sebagai bayi atau anak kecil dan menjadi rakyat Perancis / Jerman secara naturalizing…Cadangan FAM ni amik yang tua bangka. Kalau camtu, maknanya pemain yang low- atau no-quality le pasal yang bagus-bagus mesti nak main untuk tanah tumpah darah mereka kan?

Dan sebut pasal budak muda ni, mana pergi Titus James Palani?

3 comments:

Mamamanja said...

uiks! yg pertama...

err.. no komen.

x reti arr nak komen carita2 cenggini

blackpurple said...

96 - Gabon
102 - Cape Verde Islands
129 - St. Vincent and the Grenadines
136 - St. Kitts and Nevis

Negara2 yang tak pernah aku dengar pun ranking kat atas Malaysia......

Susah kalau sukan pun nak dipolitikkan nih...!!!

Foxey said...

haa... dasat kan? negara yg kita tak tau pun kewujudannya dan negara yg lepas kena serang pun lebih tinggi rankingnya....