Showing posts with label Mawi. Show all posts
Showing posts with label Mawi. Show all posts

Monday, February 12, 2007

Sesuaikah?

Sesuaikah kalau seorang lelaki berumur dalam lingkungan 30an melompat-lompat menjerit keriangan sambil memegang poster besar penyanyi pujaannya yang lebih muda darinya? Atau sesuaikah seorang ibu juga berusia 30an melambung-lambung anaknya dalam meraikan kejayaan artis pujaannya, sedangkan mereka duduk di kerusi bertangga? Dan mereka pula hanyalah dua daripada berpuluh-puluh penyokong yang nampaknya dah berusia, dalam auditorium yang turut sama menjerit-jerit (tak campur yang tengok TV) Sesuaikah juga seorang artis dipanggil untuk majlis kesenian Islam sedangkan dah keluar gambarnya sedang pau tanaman orang serta tergedik-gedik berdansa? Sesuaikah? Tapi itulah yang dipuja-puja dan dipertahankan sehabis-habisnya!

Aku pun dalam usia 30an ini masih menonton konsert rock otai kalau ada kesempatan tapi aku dah tak headbang lagi sebab aku sedar umur aku...dah tak sesuai perangai macam remaja!

Hmmm jangan sampai macam wife aku kata – "Jadi Zaiton Sameon baru tahu, kejar glamer sangat. Tengok apa dah jadi?" Oh pasal akak ke makcik yang lambung anak dia tu...kaalau ditakdirkan anak tu jatuh terhempas ke bawah...ada ke penyanyi pujaan dia nak bagi saguhati? Mungkin ya, tapi tak malu ke kalau orang tanya camne anak kau boleh meninggal? Sanggup ke dia jawab "saya terlepas masa lambung dia sebab seronok sangat penyanyi sanjungan saya artis paling popular..."

Tuesday, January 16, 2007

Peluk Tak Mahu, Pegang Tangan Tak Apa!

Tak lama dulu sorang artis terlebih popular ni kata nak berlakon. Tapi dia bagi syarat, katanya dia tak nak adegan-adegan mesra yang melibatkan berpeluk dan berpegangan (whatever la) antara bukan muhrim. Maka rakan-rakan artis dia pun bising la; kata mereka kalau dah berlakon kena pegang la, bukan ada niat tak baik masa berpegang-pegang tu la dan macam-macam; baik dari artis baru mahupun kertu. Maka berkajang-kajang jugak la surat dan SMS pembaca yang menyerang kembali artis-artis tu. Betul...hukum agama jangan dibuat main-main dan artis-artis tu jangan memandai-mandai nak bagi alasan atau hukum.

Tapi....tapi...tapi.....bila artis terlebih popular tu baru-baru ni buat statement yang bila berlakon nanti dia masih tak mahu peluk-peluk tapi tambahnya ‘pegang tangan tak apa’ (or something like that) takde siapa membidas balik….hatta pembaca akhbar yang marah artis buat hukum sendiri…kenapa ye? Sebab artis terlebih popular tu kononnya ada ‘latarbelakang agama’ atau ‘alim’? Atau sebab dia dah terlebih popular maka apa yang dibuat atau disuarakan semuanya betul belaka?

Wednesday, August 30, 2006

Beginning Of The End

Aku bukak paper hari ni, terpampang iklan satu gergasi telco di Malaysia, bercuti di xxxxx bersama yyyyyy. Wa hebat, bagi seorang selebriti yang antara sebab peminat sanjung sebab sifat /imej ‘Islamik’nya (how ironic!), pergi melancong di sebuah pulau di Lautan Hindi! Tu OK lagi, di celah iklan ½ page tu terselit salah satu program dia ‘Parti Pelancaran Album yyyyy’. Ya, Parti…P.A.R.T.I. Kalau dah parti tu mesti ada bersuka-ria lelaki dan pompuan kan? Maka makin hanyutlah dia ni dibuai dunia…sebiji macam lirik lagu hit dia.

Disini aku nak ucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah berabis top-up dan bil tepon handset bagi memastikan kejayaan saudara Islam kita ini. Tahniah kerana anda semua telah berjaya merubah nasib seorang bakal bilal yang miskin hina menjadi seorang penyanyi pujaan ramai. Tahniah kerana telah membantu seorang pemuda Islam menyongsangkan arah tuju hidupnya. Secara materialnya ya, dia lebih baik dari semalam, tapi dari rohaninya??? Dulu katanya tak tinggal semayang, tapi kalau ditengok, masa konsertnya tempoh hari bila masa dia semayang isyak, dah tengah malam? Aku ni pun banyak kali gak lewat semayang (banyaknya dosa aku…takuttt) tapi aku terfikir, elok ke lewatkan semayang sebab nak menyanyi? Yang datang memberi sokongan tu lagi le…dan ka nak solat maghrib?

Sekali lagi aku teringat tepukan dan jeritan yang bergemuruh bila dia menjadi juara…hampir sempurnalah penyongsangan hidup kita, bila bilal menjadi penyanyi. Nasyid takpe lagi, ni siap campur mainstream, ada penari cun-cun lagi…dan kita kata, itu versatile namanya!

Aku buat entry ni untuk Jumaat, pasal aku off…

Tuesday, August 29, 2006

RTM lagi! Special Appearance By Astro Ria featuring MBKS

28 Ogos 2006. Hari Siti bersanding. Ramai peminat (dan anti) yang menunggu, dijangka rating boleh mencecah 5 juta penonton. Atau dalam kata lain, orang tengok TV3 aje malam tu. TV lain tak laku. Tapi dalam masa seminggu nak sampai 28 tu tiba-tiba RTM keluarkan iklan akan siarkan perbualan dengan Ina ex Mawi. Dan juga secara tiba-tiba Astro Ria akan buat wawancara khas dengan Mawi. Siap ada Cit-Cat special lagi. Dan promonya bukan setakat jingles (ke hapekebende namanya) kat TV, siap iklan kat paper lagi! Pihak penyiar RTM dan Astro kata ‘kami dah rancang lama dah!’. Ye la tu….kalau awak dah rancang lama, sure awak dah pindah slot sebab tahu orang nak tengok Siti. Tapi ye la, sebab tak nak mengalah, awak pun keluarkan la rancangan sensasi tapi basi sebab nak kebas penonton! Yang bestnya tak sorang pun mengaku! Trick lama la bang!

RTM pun satu hal, terikut sama nak join gossip. Itu macam ka stesen kerajaan? Sanggup buat live pasal hang seciput ni. Ha, ni Pestabola dah berjalan, mana Livenya? Perabis RM11 juta tayang World Cup boleh, bola sendiri ‘delayed telecast’. Tau la rating Malaysia jadi 148, tapi masih ada peminat setia yang menonton baik di stadium mahupun TV. Walaupun aku dah malas tengok bola Malaysia, tapi perasaan patriotik aku masih nakkan ianya ditayangkan secara langsung di TV. Ini tak, nak join cerita orang putus tunang! Dan aku paraphrase salah satu ayat kontroversi Sifu M. Nasir…"Siapa Mawi?" Bagus sangat ke dia tu sampai nak buat rancangan khusus pasal putus tunang? Besar sangat ke sumbangan dia kepada negara selain bayar income tax (itupun kalau bayar la..) Yang Siti tu satu jugak…tapi sebab pasal kahwin, aku takde le hangin sangat. Hehe.

Monday, August 07, 2006

Konsert...Fantasia?

Aku sebenarnya nak buat entry lain hari ni tapi sebab aku tertengok TV malam tadi, ini yang keluar. Walaupun aku dengan wife tak suka…tapi tengok juga la ada satu konsert oleh ‘bintang yang semakin bersinar’. Aku sebenarnya lebih berminat nak tengok supporting act aje…ye la supporting act lagi bagus berkali-kali ganda dari hos konsert! Itu pun aku tak tengok dari mula pasal nak abiskan tengok berita dengan Edisi Siasat.

Bila aku tengok, aku pun tak tau mana datang tag ‘World’ dengan ‘bintang yang semakin bersinar’. Yang aku tengok ‘Darat’ dengan ‘Bulan Gerhana’. Komunikasi lemah…sikit-sikit gelak…kena sawan gelak agaknya. Dah la tu tak kena tempat pulak gelak. Bila berbicara dengan Sifu, dia panggil sifu aje..dengan Raja Pop dia panggil nama aje, takde ‘abang’ aje. Lepas tu lawak lembik pulak…katanya kalau Sifu botak camne, kalau dia rambut panjang camne..lepas tu gelak sendiri. Persembahan nyanyian pulak banyak supporting act yang ‘steal the show’. Masa berduet dengan finalis Akademi Nyanyi-Nyanyi, aku rasa macam dengar tape rosak bila part dia suara macam ada kertas pasir dalam tekak + radio rosak volume control; kejap tinggi kejap rendah.

Tapi kat TV show tutup awal…tak tau kenapa.lepas tu aku dengar ada dapat medallion? What for? Oh…pasal nanti mesti ada dikeluarkan Franklin Mint ke, Royal Mint ke, Selangor Pewter ke sebagai tribute kepada dia…oh please la, as if we don’t know that it is another ploy to part those naïve supporters and fans of his with their cash! Kat Cari, ada peminat kata konsert tu AWESOME! Friend, are you on medication? Aku cuba mencari, tapi tak jumpa part mana yang menyebabkan orang berkata persembahan MBKS hebat. Ada juga kata..alaa tu baru konsert solo pertama. Ai…dah berpuluh2 show, kebanyakannya bersendirian takleh nak improve jugak? Dan rasanya tu bukan konsert solo..pasal banyak lagu orang lain nyanyi!

Tapi yang ironi ialah bila mula-mulanya nyanyi lagu yang bercorak nasihat dan nasyid. Lagu pasal Nabi la, pasal Tuhan la, pasal kesedaran diri la. Tapi lepas tu menyanyi lagu-lagu yang diiringi penari-penari termasuk wanita yang kiut-miut…dan seksi. Camne yek? Tapi kepada fanatic itulah yang dikatakan ‘versatile’. Yang menariknya, masa berduet dengan satu kumpulan nasyid tersohor dia punya feeling tu melebihi kumpulan tu…macam insaf sangat la! (Tapi dressing macam nak pergi disko). Juga aku rasa seeloknya lagu 'biasa' dulu dinyanyikan, baru finishing dengan nasyid. Kalau tak camne nak menepati slogan 'World, world jugak...akhirat jangan lupa'. Ye la...dah puas berdansa macam lupa diri diiringi gadis berkebaya, bergoyang-goyang dan terjerit-terlolong..kena la cover balik kan? Tapi yang paling aku rasa tak sedap ialah…rasanya baru sebulan lebih bapak dia meninggal..kubur pun masih merah, anak dia dah tergelak2, terjerit pekik atas pentas…..isssyyy isssyy.

Monday, July 17, 2006

Mawi? Ina?

Aku jarang sangat buat entry pasal gossip artis, ingat aku sekali aje. Tapi rasanya kali ini aku terbuat jugak. Kalau mat toro baca ni sah aku kena kutuk punya…tapi takpe la, nama pun dah ‘musings’. Satu Malaya sah tau kes Mawi dengan tunangnya Ina yang putus di extra time…bukan regulation time. (Sori, demam World Cup belum betul-betul kebah…masih dedor lagi) Buat masa ni Cuma statement dari Ina saja yang banyak diketengahkan dan tak begitu banyak statement dari Mawi sendiri. Kat sini terus terang aku cakap, sejak Mawi masuk AF, aku tak suka dia..pasal apa? Pasal tak sesueiiii sesangat orang yang ‘on paper’ ada background agama masuk satu pertandingan yang memang duniawi. Masa dia mula-mula masuk tu masih maintain la prinsip dia…tak campur peserta pompuan dan secara umumnya ‘keeping to himself’. Tapi masuk minggu entah berapa tah, mula la dia bergurau senda dengan pompuan-pompuan tu – bukan main lagi, siap konon2 macam pengacara pertandingan ratu lagi. Dan sekarang kepoh pasal dia putus tunang. Memang la tu hal peribadi dia tapi memandangkan benda ni pun semua orang komen, aku pun terasa nak jadi gossip columnist..haha.

Dalam hal ini, mungkin Ina bersalah sebab dedahkan hal peribadi ni kepada media. Tapi siapa yang asalnya tak telefon sampai berbulan-bulan? Siapa yang kensel appointment sebab ‘ada urusan lain’ (camne pengurusan masa dia ni, atau alasan semata-mata)? Kat Malay Mail Mawi kata dia dah buat keputusan untuk putus sebab Ina dan keluarga cerita abis kat media. OK, tapi rasanya masalah tu timbul lebih awal, sebelum didedahkan Ina. Dan pada pendedahan awal masalah diaorang ni, Ina kata Mawi yang bayangkan untuk putuskan pertunangan (apa dia, “Kalau aku dengan kau, aku kena buang keluarga” gitu?) Tapi bila benda dah terdedah, Ina pulak salah sebab dedahkan perkara ni, bapak Ina salah sebab kata dia kurang ajar. Boleh kata pulak Ina mendesak, itu pun kalau betul la (kalau aku jadi Ina, aku pun aku buat camtu, dah la overdue, lepas tu buat dekkk aje) Mawi pun pandai, basically dia diam aje (walaupun ada cakap berdolak-dalik)..public opinion pun boleh menyebelah dia. Yelah, dia kan kaya, banyak duit, famous, peminat ramai…Ina tu siapa, cuma seorang gadis kampung bekerja kilang, siapa nak dengar cakap dia, ye tak?

Samada Mawi dah ada orang lain tu aku tak tau…tapi dari yang aku baca, nampaknya Mawi dan ada perubahan sedikit. Mungkin tak sampai level Si Tenggang atau Malim Kundang…tapi perubahan tu tetap ada. Sori la kalau entry aku kali ni merapu pasal hal merepek ni, tapi sebab aku dah tengok dua adik ipar aku putus tunang akibat pihak lelaki punya hal, sedikit sebanyak aku terbakar jugak dengan cerita ni…my symphaties to Ina. Ok, lepas ni takde entry gossip artis lagi!

p.s. Aku teringat dulu slogan mawi ‘world, world juga, akhirat jangan lupa’. Bagi aku tu satu contradictory statement dari seorang yang nyanyi lagu nasihat, lepas tu bergelek-gelek dengan peminat dan penari, lepas tu pergi berzanji….air dan minyak boleh bercampur ke?