Tuesday, August 01, 2006

Maghrib

Aku selalu pergi solat kat masjid UUM, biasanya waktu Maghrib. Satu benda yang menghairankan aku bila ke masjid. Ada kira-kira 5,000 lelaki dalam kampus. Tolak non-muslim mungkin ada 3,000. Dan dari 3,000 tu seharusnya majoriti besar orang Malaysia. Tapi kalau aku pergi masjid, ada la dalam 100 orang berjemaah. Dah la tu, majority dalam 60% pak Arab. Mana pergi bebudak Melayu ni? Semayang kat surau kolej? Aku tengok takde la penuh surau. Semayang sendiri kot. Boleh tu memang boleh tapi sayang le masjid dekat takde sapa pergi. Sekarang ni dah OK sikit…adala dalam 50-50. Tapi bila consider foreigner ada dalam 200-300 orang manakala local ada beribu….ehmmmmm percentage lari!

Dan yang paling teruk, aku tengok lagi seminit-dua nak Maghrib, masih ada kutu dok main bola kat padang…..aku ingat jin-jin menjelma ke...tapi sah orang.

2 comments:

.:HalogamoRa:. said...

lu lalu tepi padang tu...kata dik mak panggil balik dah maghrib.

Foxey said...

heh... kalo kena dgn my grandma or dad siap laaa...