Wednesday, June 28, 2006

Askar Sotong (Persepsi Awam Terhadap ATM)

Dalam membaca thread di forum Gempur Wira (http://www.gempurwira.com), aku tertarik dengan satu thread yang membincangkan persepsi rakyat Malaysia terhadap ATM. Ada seorang forumner mengatakan (dan aku sendiri ada mendengar variasinya) ada orang berpendapat yang

1. Askar
Malaysia lembik macam sotong
2. Teknologi Malaysia mundur
3. Malaysia pakai barang 3rd-hand

Bagi aku dan rakan-rakan di GW, ada beberapa sebab kenapa persepsi civvies camtu (tapi tak pasti kenapa anggota TD dianggap askar ‘sotong’ tu). Antara insiden yang boleh dianggap sebab :

1. Kes Skyhawk yang mempunyai attrition rate yang tinggi masa tahun 80an.
2. Kes-kes pesawat terhempas yang lain terutama Hawk dan PC-7.
3. Kes ‘brake pad’ (sebenarnya ‘track pad’) Adnan ACV300

Dan beberapa kes lagiyang sebenarnya terpencil.

Tapi adakah benar dakwaan-dakwaan itu? Bagi dakwaan #1, aku rasa ianya satu tohmahan yang amat tak tepat. Bagi aku anggota ATM terutama TD lebih kepada berdiplomasi dan berhemah tinggi – bukannya sotong! Sekiranya anggota TD sotong (dan guna peralatan 3rd hand, maka pagi tadi sebelum masuk kerja, aku perlu menghafal ideologi Chin Peng sebab bos akan tanya masa morning prayer, hujung minggu ini pula perlu menghadiri mesyuarat cawangan Parti Komunis Malaya dan mungkin saya berbasikal ke pejabat tadi. Tambahan pula jika anggota ATM ‘sotong’ maka tidak perlu UN menjemput mereka ke Somalia, Balkan dan Timor Leste. Dan askar sotong tidak akan diberi pujian oleh US Rangers yang berbunyi lebih kurang begini “Listen to this guys carefully and you better pay attention....THESE guys know what they are doing!" dan ini tak termasuk commendation letter yang diberi PBB dan tentera AS selepas anggota TD menyelamatkan anggota Task Force Ranger di Bakara Market, Mogadishu pada tahun 1993. Dan askar sotong tak akan dikurniakan Pingat SP atau PGB - dimana ramai antara mereka tidak menerimanya secara peribadi - faham kan kenapa?

Persepsi #2 dan #3 berkait dan disini ada sedikit kekeliruan ataupun generalization. Tanggapan bahawa kelengkapan sedia ada adalah 3rd hand dan tidak secanggih mana mungkin berpunca dari 40 buah Skyhawk yang diambil dari fasiliti AMARC di gurun Arizona. Tapi itu semua cerita lama. ATM sedang dalam proses peningkatan keupayaan sejak 1993 lagi Cuma terbantut seketika akibat kegawatan tahun 1997-98 dahulu. Antara kelengkapan persenjataan yang berada pada leading-edge, dan sah bukan 3rd hand ataupun mundur (samada telah pun diterima ATM atau sedang dalam penghantaran) ialah:

MBT PT-91M dari Poland – antara MBT termaju dari Eropah Timur.
Adnan ACV300 dalam pelbagai versi, menjadikan ATM lebih berorientasikan mekanis.
Astros II MLRS
Meriam G5 Mk III – antara meriam medan paling terkemuka
Peluru berpandu anti–tank Metis-M
SAM Jernas
Sukhoi Su-30MKM Flanker – pencabar utama F-15E Eagle dengan avionics terbaik dari Russia dan Perancis.
Boeing F/A-18D Hornet
Friget misil kelas Lekiu - dengan misil Exocet MM40
Korvet misil kelas Laksamana – dengan misil anti kapal Otomat Mk2

Persepsi civvies di atas pula diburukkan lagi dengan tiadanya tindakan dari pihak yang berkaitan. Pertamanya ialah ketiadaan publisiti. Aku turut berpendapat yang kerajaan bertanggungjawab bagi menaikkan imej ATM. Buat masa ini boleh dikatakan tiada advertising dari MINDEF mengenai kerjaya ataupun dokumentari mengenai ATM (kecuali iklan Gempur Wira yang dah tiada lagi di kaca TV serta rancangan Penggempur yang mendapat slot 12.30 malam – kenapa RTM?) Bila aku menonton Channel 5 Singapore, selalu iklan mengenai SAF disiarkan di TV tak kira prime time atau tidak.Iklannya pula dibuat dengan sangat profesional yang boleh menarik anak muda memasuki perkhidmatan pertahanan. Ada masanya mungkin nampak cheesy tapi sekurang-kurangnya civvies mengetahui kehadiran dan kekuatan SAF serta berminat untuk menyertainya selepas habis NS. Berita mengenai ATM pula jarang dikeluarkan kecuali masa raya (BAKAT hantar kuih) atau berita negatif seperti pesawat terhempas.

Pendedahan dan publisiti bukan untuk menjadikan Negara kita menjadi militaristic atau sebagai memukul genderang perang tetapi setidak-tidaknya, dapat la civvies mengetahui peranan, jasa serta kelengkapan (sedikit sebanyak) yang dioperasikan ATM.Satu lagi faktor ialah negative media coverage serta tumpuan kepada berita yang sensasi yang melibatkan ATM seperti pesawat-pesawat terhempas, penglibatan anggota tentera dalam jenayah, masalah alat ganti, PSC-ND dan NGPV. Media hanya membesar-besarkan perkara-perkara sebegini, tapi mana cerita harian anggota ATM ketika menjalankan tugas pengaman di seantero dunia? Berapa banyak media yang highlight pemergian 10 Briged Para ke Timor Leste baru-baru ini?

Satu lagi sebab ialah mindset kita semua. Agaknya sebab negara kita dah 17 tahun tiada pergerakan bersenjata maka dianggap keadaan sudah aman dan boleh menikmati hasil keamanan tanpa perlu memikirkan hal-hal berat seperti pertahanan. Antara ayat yang sering didengar ialah “Komunis dah takde” atau “Siapa nak serang Malaysia?”

Dengan
hadirnya keamanan, maka kepayahan dulu dilupakan dan ini masa untuk berpesta! Mana peranan media, terutamanya RTM untuk memberi kesedaran kepada rakyat pasal perkara-perkara sebegini? Mana pergi drama Insurgensi yang masih tergantung musim keduanya? Ahhh baik tayang drama orang kaya yang ada affair, ada CRV, ada Beamer 7 series ada rumah 3-4 tingkat, yang main golf hari-hari daripada tengok unit RRD meredah hutan. Letak slot dokumentari Penggempur ke 12.30 malam sebab lebih baik kita buat rancangan forum pasal dunia hiburan! Orang tak mau tengok ketabahan anggota tentera dulu-dulu mahupun kini. Dan kita disogok dengan hiburan yang kononnya bertunjang ‘realiti’. Cuba tanya pelajar sekolah siapa Mawi? Siapa Zahid? Siapa Farah dan Adam? Saya yakin 100% tahu dan mungkin ramai yang boleh beri jawapan detail lagi termasuk la nama tunang Mawi. Tapi cuba Tanya siapa PW1 Kanang a/k Langkau atau Kapten Chandran atau Lans Koperal Mat Aznan Awang atau Lt Adnan Saidi…mungkin ada yang tergaru-garu kepala atau melarikan diri, mengelak dari ditanya lebih lanjut. Apakan lagi orang seperti C.C. Too yang bergerak di dalam bayang-bayang.

Tapi anak-anak muda ini mungkin tidak boleh dipersalahkan 100% kerana kita yang dewasa sendiri telah melupakan wira-wira ini dan ramai lagi komrad mereka yang gugur, atau menderita di hari tua. Saya sendiri tak pasti, adakah buku-buku teks sejarah hari ini merakam nama-nama ini? Saya ingat lagi buku sejarah saya dulu yang memaparkan cerita mengenai Leftenan Adnan. Dan sekarang adalah lebih baik menjadi ‘wira’ dengan mendaki gunung dan melintas laut…nama dapat, gelaran ‘Datuk’ pun boleh dapat! Seorang forumner pula berpendapat bahawa “Semenjak ancaman terbuka terhadap keselamatan negara mula berkurangan sekitar awal tahun 80-an, mula berlaku peralihan dalam masyarakat Malaysia untuk memandang rendah kerjaya ketenteraan. Mereka yang dilihat menceburi diri dalam bidang ketenteraan dan kepolisan dilihat membuat keputusan bodoh ataupun kerana sebagai pilihan terakhir. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyedari akan hal ini dan terus menerus cuba menarik minat golongan remaja untuk terus menyertai kerjaya tersebut. Malangnya, usaha ATM dan PDRM seperti tidak diambil kisah oleh jabatan kerajaan lain. "

Scapegoat utama perkara ini adalah RTM…ya, RTM sepertimana dalam entry blog saya sebelum ini. RTM yang menjadi jentera utama penyebaran maklumat kerajaan sepatutnya memberi sepenuh bantuan bagi mempromosikan perkhidmatan tentera dan polis sebagai kerjaya pilihan di kalangan remaja. Caranya mudah sahaja – penyiaran dokumentari dan drama yang bermutu, atau paling kurang, menayangkan semula filem-filem tempatan bergenre ketenteraan seperti Bukit Kepong, Darah Satria, Prebet Lapok, Wira Angkasa atau Sargeant Hassan. Malangnya setakat ini hanya drama Insurgensi terbitan Markas Tentera Darat serta Antara Maruah Dan Pengorbanan (yang dah lama tamat) sahaja yang ditayangkan. Drama Insurgensi pula hanya ditayangkan setengah jalan. Tindakan suntingan berlebihan oleh pihak RTM (Ganas? Kalau ganas kenapa tidak diklasifikasikan 18SG sahaja? Apa guna sistem klasifikasi?) dan slot masa yang kurang sesuai (jam 4 petang hari Sabtu) menunjukkan bahawa RTM kurang mengendahkan sektor pertahanan negara. Tambahan pula, dokumentari yang juga diterbitkan Markas Tentera Darat yang bertujuan untuk mempromosikan kerjaya ATM, Penggempur, hanya ditayangkan setelah ditunda sebulan melebihi perancangan asal (untuk menyiarkan cerita ahli sukan veteran!). Itupun, masa penyiarannya jam 12.30 tengah malam, masa di mana penonton sasarannya sudah lama berdengkur.

Players dalam media massa bukan kerajaan pula kebanyakannya tak ‘ambil pot’ dalam hal-hal ketenteraan. TV3 memberi coverage yang ‘intermittent’ terhadap perkara ini – mereka memberi bantuan teknikal dalam pembikinan drama Insurgensi dan sesekali ada segmen mengenai ATM di dalam rancangan seperti Majalah Tiga. Tetapi itu sahaja yang saya boleh ingat mengenai penglibatan TV3 dalam menaikkan kesedaran civvies. Pihak media cetak pula sering tersilap dalam laporan mereka. Aset ketenteraan dan kepolisan seringkali diberi nama salah. Sebagai contoh, pada tahun lepas, pesawat pejuang Hawk 208 yang terhempas telah dilaporkan sebagai Skyhawk, pesawat yang telah dilucut perkhidmatan dari TUDM. Satu lagi contoh ialah bila wartwan keliru antara ‘track pad’ dengan ‘brake pad’.

Dan apabila ATM diminta berkhidmat di luar Negara (Timor Leste) baru-baru ini, media elektronik kita (termasuk RTM!) terus menerus memetik berita agensi asing dan hanya memaparkan imej tentera Australia yang turut beroperasi. Amat membengangkan memandang BERNAMA telahpun menghantar wartawan mereka sana. Dan pada awalnya media cetak turut menggunakan gambar tentera Australia. Bukan mudah untuk sesuatu Negara menjemput tentera Negara asing masuk sebagai pengaman – dan direstui oleh PBB. Kita ke sana bukan sebagai penceroboh, tetapi sebagai sahabat yang ingin membantu sahabatnya yang berada dalam kesusahan. Ini sebenarnya merupakan satu plus point kepada Malaysia dan ATM dalam politik antarabangsa serta ketenteraan. Tetapi media massa Malaysia secara umumnya pula lebih bertumpu kepada berita hiburan dan artis. Hampir keseluruhan akhbar menyiarkan di muka depan cerita perceraian Erra dan kehadiran Datuk K di Kuala Lipis! Oh, please la!!!

Pada hari ini, ATM dan PDRM adalah lebih dihormati oleh angkatan tentera dan pasukan polis asing daripada oleh rakyat Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia sendiri memandang polis sebagai anjing (tapi kalau dia jadi mangsa jenayah pandai pulak cari ‘anjing’ tadi). Dan ramai yang tak tahu MiG-29 TUDM pernah patahkan percubaan ‘serangan’ RAAF ke atas Kuantan dengan semua Hornet RAAF ‘ditembak jatuh’.

4 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tak berminat jadi tentera..polis jauh sekali. Kalau minat dulu lagi kat U dah join ROTU..... :D

LindaMunshi said...

Aku echo pendpt ko. I've respect for those in our armed forces. However, kes-kes kapal terbang terhempas, the few kes-kes jenayah yg melibatkan army personnels & 'rumors' of lousy weapons & equiptments are extremely bad publicity yg menjatuhkan kredibiliti of our armed forces di mata rakyat. However, if I was to decide between the army & police force, it's a no contest. Army wins hands down. LOL. Good blog you have here. :)

Anonymous said...

err..
yer ke bang raaf attack kuantan?
ni real scenario ke
atau setakat latihan je?

Unknown said...

slm..
a'ah..btul ke MIG malaysia pernah pthkn serangan RAAF ke ats kuantan??
walaupn Ex, crita la...

psl yang lain2 tu..saya stuju sangat..itulah situasi yg blaku d Malaysia..huuu~