Monday, June 26, 2006

Biadap rupanya KL ni...

Aku kena kursus kat kem BTN so tak tau apa cerita dunia masa tu. Bila aku balik, aku terbaca berita yang Kuala Lumpur mendapat tempat ke-3 dalam bandaraya paling tak ‘friendly’. Maka ramai la yang melenting kata kajian tu tak tepat, tak ilmiah. Ada yang kata ini la persepsi Barat atau nilai barat yang dipaksa diterapkan ke atas Timur. Pendek kata tak puas hati la. Tapi ada juga yang mengakui perkara ini.

Reader’s Digest buat survey dengan cara menghantar pemberita mereka ke 35 bandaraya di dunia. Di sana mereka membuat tiga ujian : menjatuhkan kertas di kawasan yang sibuk untuk melihat kalau ada orang yang tolong, memeriksa berapa banyak pembantu kedai yang ucap ‘terima kasih’ dan mengira berapa kali orang tolong bukakkan pintu. Kalau ditengok sekali memang tak saintifik langsung proses ni. Tapi jika difikir mendalam, ‘friendly’ bukan sahaja bermaksud senyum dan mempunyai budi bahasa yang elok. Bagi aku ‘friendly’ termasuk kesediaan membantu, walaupun benda kecik macam bukakkan pintu!

Dan berdasarkan survey tersebut aku turut bersetuju yang KL agak kurang asam. Mungkin bukan dalam segalanya, tapi dalam beberapa perkara. Dan kat sini aku nak lebarkan lingkup daripada KL kepada Malaysia. Juga pengalaman peribadi aku di Malaysia dan di UK, Negara omputih yang dikatakan tak berbudi bahasa…

1. Tolong pungutkan barang – aku pernah tengok seorang makcik yang beg plastiknya terburai tapi takde sape tolong pungut…terbongkok-bongkok dia pungut barang-barang dia. Dan orang yang setakat tengok aje termasuk la aku…..

2. Cakap ‘terima kasih’ – masa aku kat UK, boleh kata semua penjaga kaunter akan ucap ‘terima kasih’ (dia orang tak cakap la ‘terima kasih’ tapi ‘thank you’) dan kengkadang ‘please come again’ dan ucapan mereka diiringi senyuman. Dan yang paling menarik bila driver teksi pun ucap benda yang sama. Dan bukan setakat peniaga/ pekerja kedai aje yang ucap TQ, penumpang bas bila turun bas pun ucap kat pemandu. Aku rasa segan masa mula-mula aku kat sana turun bas suka ati aku aje. Kat Malaysia? Masa nak bayar, si cashier dengan muka seposen, takpun masam amik duit dan kalau kat kedai Melayu ‘duit kecik takde?’ merupakan ayat separa wajib.

3. Bukakkan pintu – Aku tergezut bila seorang mat saleh dengan rambut rasta, bertindik sampai 3-4 subang kat telinga pegangkan pintu yang swinging tu padahal dia boleh lepaskan pintu tu sebab aku jauh lagi. Dalam kepala hotak aku, mamat ni sah akan buat dek aje…ye la jenis dressing macam hampas…aku pulak Johnny Foreigner tapi itu jadinya. Tapi kat KL, nasib baik kepala aku tak benjol bila seorang mamat yang kemas berpakaian dengan tie dan baju GQ lepaskan pintu tu betul-betul depan aku!

4. Bawak kereta – Terus terang aku cakap, aku tak pernah nampak mat saleh masuk lorong kecemasan tak pasal-pasal, potong line, tekan hon atau flashing sesuka hati. Tapi kalau kat Malaysia, itu semua perkara biasa. Personally, flashing merupakan tindakan kurang ajar bagi aku. Ada sekali aku tengah overtake dua-tiga kereta yang lembab kat highway (ni satu spesis lagi) ada satu 323 buruk flashing aku suruh ke tepi sedangkan takde gap aku nak masuk…dan sebab dia kurang ajar dengan aku, maka aku dengan rasa bangganya bagi ‘birdie’ kat dia….Nak gaduh? Aku ada tiga orang, ko sorang dengan anak kau….

5. Pemandu teksi – Bila aku naik teksi kat UK, pemandu akan greet kita dan tanya mana destinasi kita dan bila kita turun dia ucap TQ. Tapi kat KL, kita yang kena tanya driver ‘(insert destination) pergi tak?’ dan sesetengahnya takmo pergi tempat yang kita nak pergi. Tapi ada juga driver yang OK…bersembang dan cuba cari jalan pintas, kalau jem.

6. Potong Q – takde siapa potong Q kat UK…kat Mesia, sedap aje potong line orang dengan muka selamba, banyak kali dah aku kena kat supermarket. Dan mendapat tembakan laser dari mulut aku, terutamanya makcik2 yang perasan bagus…

7. Pelanggaran – bukan accident kereta tapi berlaga bahu. Di UK bila benda ni terjadi, kedua-dua pihak akan minta maaf dan bagi kami student, ianya menjadi satu respon automatik, sampai ada kawan aku terlanggar tong surat pun dia kata ‘Sorry’ kat tong tu! Kat Mesia, samada buat dekkk aje atau satu jelingan tajam diberi…apa salah cakap ‘sorry’?

Mungkin setakat 3 perkara untuk buat overall conclusion tak tepat…tapi ada kebenarannya. Walaupun benda tu kecil, tapi benda-benda kecil ni akan bergabung dan membentuk big picture. Dan kita selalu terlupa kepada ‘common courtesies’ ni.

Dan kalau rakyat Malaysia (dan juga Singapore) berbudi-bahasa, takkan kerajaan dua-dua Negara ni kena buat kempen budi-bahasa??

4 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau di jalanraya, KL lebih layak jatuh no 1 !!!

Sastri said...

yeah.. where did the manners go huh? Malay Mail pun ada conduct survey pasal ni... tapi keputusan survey tu ok laa plak...

Unknown said...

Satu lagi yang menarik kat negara mat saleh nie adalah kebersihannya! sejuk mata memadang!

[zsazsa] said...

its kind of interesting haha.. hhmm mmg pun.. i just experience one bad experience with a taxi driver.. ya allah tak penah jumpe org kurang ajar begitu. dalam bulan puasa lak tu. dia dgn sedap2 hati pegi destination tah mana2 pas tu ckp eh ingat u turun sini. sedangkan masa nak naik dah ckp kat section mana2 tp tak spesifik la.. dia pun gi bantai jer jalan. then bila hantar dia mintak lebih. i told him it is not my fault. lepas tu mula la. i said thank you sbb dia hantar aku. tp dia suruh aku turun turun dgn nada kurang ajar dia. huh berapi pagi2. tak kurang nya yg tak reti nak sabar bile queue.. sometimes sound jer hah nk cepat gi ah depan. org lain pun tunggu jugak. god.. malaysian people. i pun tak tau nk ckp ape dah. nk ckp thank you pun susah. ada certain yg da pijak kaki org, da tertampar muka pun ada tp takde sorry.. hish..