Thursday, June 08, 2006

My modeling hobby...the begining

Kalau tengok entry-entry awal aku dalam blog ni, banyak cerita pasal model. Sebabnya itu la hobi aku – buat model. Hobi ni membolehkan aku yang minat dunia ketenteraan untuk memiliki persenjataan canggih dan terkenal dari serata dunia tanpa perlu pakai AP atau kena mintak permit senjata dari KDN.

Aku mula minat dengan hobi ni masa aku Darjah 5. Masa Raya, aku keluar pergi rumah cikgu kat area bandar Batu Pahat (budak sekarang rumah sape2 pun pergi walhal bukan kampong/taman tempat dia tinggal, sebab nak collect duit, lepas tu main game, duit abis pi rumah orang lagi!). Balik dari rumah diaorang, kami pergi Emporium Batu Pahat (yang sekarang jadi KFC dekat bas stand tu). Masa tu aku haram tak minat dengan model, setakat die cast punya toys tu ye la. Member aku dua orang beli model kapal angkasa kartun Jepun – Crusher Joe, aku pulak beli Kalkitos transfer sheet (ada lagi ke benda alah ni?). Daslam dua minggu lepas tu, aku pergi rumah dia dan tengok model yang dia dah siapkan. Cantik la gak kat mata aku. Dan sebab masa tu aku budak maka sambil aku memgang model tu, dalam kepala otak bermacam-macam scene pertempuran angkasa berlaku. Jadi aku rasa, aku pun nak buat model la. Tapi aku nak berpijak sikit di bumi nyata, jadi aku nak beli model pesawat sedia ada.

Dengan saki-baki duit raya yang masih ada dan dengan penjimatan duit belanja sekolah, aku pergi la Emporium sendiri (naik basikal lagi, dari Limpoon ada la dalam 3km). Model aku yang pertama sebiji F-14 Tomcat dalam skala 1/144…mahal masa tu tau….RM3.50 (mahal la untuk budak 11 tahun). Untuk gam pulak, aku lupa member aku pakai gam apa, jadi aku pakai gam getah(!). Jadi abis Tomcat aku bertepek dengan gam yang terlalu pekat dan tak sesuai! Decals? Haha…masa tu aku punya BI haprak, tak paham arahan untuk rendam decal, slide design ke atas model bila tanggal dari backing paper, tekap dengan kain dan keringkan. Jadi apa aku buat, aku kerat decal tu, aku tampal dengan backing paper sekali! Cat? Takyah….aku cuma guna marker pen hitam untuk tayar dan mana-mana part yang warna hitam. Gitu la buruknya model aku yang mula-mula. Tapi bila aku buat model aku yang kedua beberapa bulan kemudian (MiG-25 skala 1/144), aku mula guna ‘gam kayu’ (yang sekarang ni dikuasai brand Uhu), baru la nampak siuman sikit model tu, setakat banyak bekas cap jari bergam dengan overflow dari sendi-sendi model tu. Decal pun aku pasang ikut arahan, Cuma cat aje tak. Itu le permulaan aku dalam dunia modeling……

Lepas tu aku bertukar skala 1/72. Model pertama aku dalam skala ni Focke Wulf FW 190D-9 dari Hasegawa. Macam sebelumnya, aku tak cat, setakat part kaler hitam aje. Tapi tang decalnya aku tak ikut skema warna pasal aku bubuh ikut suka aku, mana-mana personal markings yang suka. Dah tu, bilah kipas dia aku buang pasal nampak tak cool, tak macam masa terbang….ye la tujuan aku buat model masa ni ialah lebih untuk menjadi mainan aku dan adik-adik! Masa aku darjah 6 pulak, aku ada beli model Super Sabre dengan RF-101 Voodoo….aku rasa ni kitbash aku yang pertama (tapi haram tak munasabah). RF-101 Voodoo ialah pesawat pengintip, takde senjata, tapi aku kebas wing pylon dengan Sidewinder Super Sabre tadi, pasang kat Voodoo tu. Menjelang Tingkatan Dua, ada satu jenama baru sampai kat Batu Pahat – Tamiya. Tamiya agak agresif dalam memperkenalkan jenama mereka. Selain model, cat turut dijual kat emporium. Jadi aku mula mengecat model aku…pakai berus (sampai la sekarang…heh). Cat Tamiya plak acrylic, boleh pakai air nak cairkan dan bersihkan…senang la kerja aku. Dalam masa ni jugak aku kenal 2-3 meber kat sekolah yang sama kaki model termasuk la anak Pegawai Daerah masa tu. Aku melongo aje la tengok model-model dia…ye la anak DO, boleh la beli model tank Tamiya yang rege sampai RM30 (murah ikut harga sekarang – dulu M1 Abrams RM30, sekarang dah RM169). Paling mahal aku beli model masa ni model jeep, ada la dalam RM11.

Bersambung……

1 comment:

Fairul said...

yang ni in the early 80's ke? zaman tuh dah ade die cast eh? scale 1/144 for rm3.50..murah gak eh?
masa kecik tgk2 diecast model ni aku trliur jek.xde duit..kalo x score exam.ayah tak nak beli.
aku nyer first diecastmodel MAS nyer fleet collection.masih ade dlm cabinet aku gi.early 90's
bro, post la photo2 collection.share kat sini :)