Thursday, June 29, 2006

Tol Kahwin

Minggu lepas dalam akhbar Utusan Malaysia disiarkan satu surat pembaca yang mengeluh pasal ‘tol kawin’. Sebelum tu, background sikit…adat perkahwinan orang Johor pengantin lelaki dikenakan tol sebelum dapat duduk atas pelamin. Biasanya ada tiga tahap. Satu kat luar pagar rumah / entrance masuk. Yang ni biasaya orang rewang…tol pun tak banyak, biasanya sorang seringgit. Tol fasa kedua pulak kat dalam rumah, ini tol mahal sikit biasanya toll girl berumur 40an ke atas aka makcik-makcik. Diaorang ni biasanya tahap puluh-puluh tapi biasanya jarang melebihi RM50. Dan tol terakhir, mak andam. Yang ni biasanya RM50 ke atas. Adat ni sebenarnya untuk fun aje.

Balik kepada komen pembaca tadi. Katanya keluarga dia kena tol dengan teruk, kat fasa dua la tu. Ada makcik-makcik yang berkeras tak mau RM20, dia orang nak RM50 gak, padahal pengapit dah kehabisan duit (apasal tak pakai Visa? Heheh). Keluarga pengantin lelaki dari Kedah jadi dia tak biasa dengan adat ni anggap tindakan makcik-makcik tu melampau dan memalukan mereka. Dan sorang lagi pembaca yang pernah kena situasi begini kata adat ni tak patut diteruskan sebab ‘tak Islamik’ (habis boleh layan plak bersanding tu?)

Secara peribadi sebagai anak Johor, aku rasa tak ada masalah dengan adat tol ni. Satu sebab ianya ‘harmless fun’. Keduanya, banyak mana sangat la tol tu banding ngan duit belanja mekap, baju dengan hantaran? Tapi apa-apa hal, orang Johor dah biasa dengan benda alah ni jadi dah sedia duit secukupnya dan pengutip tol boleh la demand sikit. Bagaimanapun, orang luar tak biasa, dan sebaik-baiknya asal dah dapat duit tol tu cukup la. Betul tak makcik? Kesian dia orang, dah la kena tol betul banyak, minyak dah naik harga pulak tu…..Lagipun makcik, kalau kita demand banyak-banyak nanti dia orang sangsi dengan adat ni dan mintak dihapuskan…tak best la nanti kenduri kawin akan datang…..

Personal experience aku sendiri, aku tak kena tol Fasa Satu dengan Dua…tak tahu apasal, takde budak / makcik yang nak handle agaknya. Tol Fasa Tiga tu wajib…takleh nak elak. Lepas sanding, ada tabur gegula dengan coklat kat orang-orang yang menghadap pengantin…abis coklat, aku cakap dengan sepupu aku yang jadi pengapit, suruh dia taburkan sampul duit tol yang tak orang claim tu…berebut tak!
p.s. Aku tengah tunggu sorang Jawa Bukit Mor nak nikah....

9 comments:

shah said...

ada sorang kawan kawin bulan lepas kat sunway, janji mulanya takde tol, tapi bila sampai je makcik pengantin perempuan claim tol, sampai 3 tol lak tu..tekejut la member tu, nampak bertegang lidah jugak la...patut ye pun nak tol kasitau la dulu kan...not nice...

tin said...

heheheh... wa senang je. kata la tak bawak duit. visa boleh?

Alpha The Kerastangan said...

Shah
Yang tu mmg tak patut..dan macam aku kata kat blog tu, makcik belah pompuan kena paham la. lagipun dah buat arrangement kan? Tu pentingnya komunikasi...ewah!

tin
Visa boleh...buku 555 pun takpe

Amir Azmi said...

Kes tol nie ada kaitan ker dengan kelebihan lelaki bujang di Johor?

Bagi saya, tol tu boleh buat tapi jangan la demand sangat! menyusahkan orang lain buat apa, nabi pun tak buat macam tu! kenapa perkara baik nak di susah-susahkan?

Foxey said...

Isk isk... lasat gak ekk...

neeziee said...

kalau pengantin laki yg orang johor pengantin pompuan kena tol tak?ahaks

Alpha The Kerastangan said...

neezie
Tak...pasal tol sehala aje macam kat Senai dulu!

blackpurple said...

Adat tu cuma untuk seronok2 bukan untuk mengikis duit orang... kekadang bukan banyak pun... nak bagi syiling pun ok... tapi kalau nak bagi lebih apa salahnya... he he he..

Aku tengah tertanya2 ni, sapa agaknya 'sorang Jawa Bukit Mor' tu? Aku kenal ke? Ha ha ha..

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!