Sunday, June 25, 2006

I DEMAND an apology...I'm an ex-addict!

Masa konsert ketiga AF lepas persembahan Faizal, komen Adlin termasuk ‘Kau jangan hisap ganja’. Komen tu menyebabkan Saleem Iklim yang diundang menyanyi dengan Faizal terasa dan tuntut Astro, terutama Adlin untuk minta maaf, kalau tak dia nak saman. Dan pada Konsert keempat, Adlin ada memohon maaf walaupun tak secara direct kepada Saleem, diikuti panggilan telefon dari Saleem yang antara lain meminta supaya ‘jaga bahasa dan adab sopan’.

Aku support mana-mana mat gian yang insaf dan tak mau sentuh benda tu lagi dan aku tak hina depa ni. Tapi stigma ‘penagih dadah’ masih kekal walaupun orang tu dah taubat nasuha. Pembawakan ex-addict ni lah yang akan menentukan penerimaan kembali mereka. Ex-penagih perlu sedar dan mengakui kesilapan mereka serta terpaksa kasi tebal telinga tu sikit. Respek aku kat ex-addict ni bertambah kalau mereka mengakui tabiat buruk mereka dulu dan bertindak sebagai jurucakap anti-dadah terutama penagih selebriti.

Tapi bila Saleem ancam nak saman Astro/Adlin, tahap menyampah aku kat dia bertambah 200%. Statement Adlin adalah secara general dan tak point out sesiapa (walaupun lepas Saleem di pentas). Lagipun ianya bersifat nasihat kepada bakal artis memandangkan beberapa artis terkenal yang terlibat dengan dadah – Jamal, Saleem sendiri, Aming Spring, sape mamat A To Z tu, Shereen…itu tak campur yang tak dihebahkan. Lagipun bukannya Adlin kata ‘Kau jangan ikut perangai macam dia, hisap dadah…sampai bini pun tak mau nak jamin bila kantoi dengan bond’.

Salahkah atau jatuhkah maruah (kecuali ego) kalau Saleem menyokong nasihat ‘jangan hisap ganja’ sebagai orang yang pernah menjadi penagih dan penghuni Serenti. Patutnya dia tambah ‘Betul, jangan jadi macam saya’. Walaupun pedih, itu satu statement yang Saleem terpaksa terima. Ini tak, demand orang mintak maaf plak. Hang tu dah la gian, sampai bini sendiri tak mau nak jamin…tak berbaloi rasa dia agaknya!

Dan aku rasa makin menyampah bila Saleem ‘nasihat’ supaya jaga budi bahasa! Habis yang dia maki hamun kat court dulu tu budi bahasa la ye? Hmmm silap2 lepas ni ramai mat gian fail kes saman malu kat mahkamah!

Moralnya : Jauhi Dadah! Anda bukan sahaja merosak diri secara fizikal, malah reputasi dan maruah anda. Kalau anda nak juga…kata omputih ‘As ye sow, so shall ye reap’

3 comments:

Sastri said...

err... maybe Amy menang 2 juta tu menjadi pembakar semangat utk Saleem ni sue...(tapi different party and for different reason la kan)... nampak marah betui dia kan?

Alpha said...

Sastri

Amy Search menegakkan hak dia dalam kontrak. Saleem cuma nak ambil kesempatan...almaklum le orang dah lupakan dia.

Personally I think Saleem kalau saman pun payah nak menang sebab sukar nak buktikan yang kenyataan Adlin merujuk kepada dia.

blackpurple @ jowopinter said...

Manusia begitulah. Kekadang sensitif dan celupar tak bertempat.