Sunday, June 04, 2006

Timor Leste dan militan

I

Mulai minggu lepas, anggota Tentera Darat dari 10 Briged Para (Pasukan Aturgerak Cepat) beserta elemen armor dan juga anggota dari Rejimen Gerak Khas (tetapi tiada anggota dari siri Gerak Khas) telah dihantar bertugas sebagai pengaman / pelindung di Timor Leste. Kehadiran tentera kita, bersama-sama tentera Australia, New Zealand dan Portugal adalah di atas undangan pemimpin Negara tersebut yang sedang dilanda kemelut dan kekacauan. Ini adalah satu penghormatan yang besar oleh kerana ianya di atas permintaan Negara tersebut (dan bukan kita memandai-mandai nak masuk) dan di atas restu PBB. Ianya juga membanggakan kerana angkatan tentera kita yang kokak (ikut kefahaman sesetengah rakyat Malaysia sendiri!) telah dipilih berbanding satu angkatan tentera yang konoonnya boleh sampai ke Batu Pahat dalam masa 24 jam dari tempat mereka.

Bagaimanapun kehadiran tentera kita tidak mendapat coverage sewajarnya hatta dari media tempatan, sedang media syok dengan cerita nikah misyar, Pok Jeng, World Cup, Akademi Fantasia dan MyTeam. Aku tak pasti dengan pihak PR ATM sendiri yang sepatutnya membuat press release pasal benda-benda begini. Tak tahu la kalau banyak melibatkan rahsia atau tiada arahan dari pihak atasan. Dan takyah harap media luar seperti BBC dan CNN akan siar gambar tentera kita secara meluas….setakat ni majority besar footage yang keluar ialah askar Australia. Aku tak kisah sangat pasal Media Prima sebab mereka swasta (CNN pun swasta juga….) tapi RTM sebagai media kerajaan tak ada pun hantar news team siap dengan kamera ke sana.

Tak tau la nak tunggu ada kejadian macam pertempuran Bakara Market, Mogadishu 1993 dulu baru nak bagi coverage. Atau tunggu ada filem macam Black Hawk Down baru nak bising!

II

Yang ni hal sensitif sikit. Aku tak mau cite banyak-banyak..kang tak pasal-pasal aku kena culik dan masuk CNN atau Al-Jazeera. Takpun kereta aku meletup,

Ini pasal militan Islam. Aku pun tak mau sentuh sebab masing-masing tubuhkan organisasi ni. Cuma aku rasa ironi sikit. Kebanyakan gerombolan ni timbul semasa pendudukan Soviet di Afghanistan (1979-1988) termasuk la Osama bin Ladin. Kebanyakannya hadir di Afghanistan ‘untuk membantu saudara Islam yang ditindas’. Bila Soviet berundur, kebanyakan mereka balik dan kemudiannya timbul semula bila umat Islam di Bosnia disembelih, atau di Iraq, atau di Chechnya, Kosovo dan sebagainya. Tapi setakat yang aku tahu, takde satu pun organisasi ini yang menyeludup masuk ke wilayah Palestin atau Israel untuk membantu rakyat Palestin berjuang membebaskan negara mereka…..kenapa?

No comments: