Wednesday, August 30, 2006

Beginning Of The End

Aku bukak paper hari ni, terpampang iklan satu gergasi telco di Malaysia, bercuti di xxxxx bersama yyyyyy. Wa hebat, bagi seorang selebriti yang antara sebab peminat sanjung sebab sifat /imej ‘Islamik’nya (how ironic!), pergi melancong di sebuah pulau di Lautan Hindi! Tu OK lagi, di celah iklan ½ page tu terselit salah satu program dia ‘Parti Pelancaran Album yyyyy’. Ya, Parti…P.A.R.T.I. Kalau dah parti tu mesti ada bersuka-ria lelaki dan pompuan kan? Maka makin hanyutlah dia ni dibuai dunia…sebiji macam lirik lagu hit dia.

Disini aku nak ucapkan tahniah kepada mereka semua yang telah berabis top-up dan bil tepon handset bagi memastikan kejayaan saudara Islam kita ini. Tahniah kerana anda semua telah berjaya merubah nasib seorang bakal bilal yang miskin hina menjadi seorang penyanyi pujaan ramai. Tahniah kerana telah membantu seorang pemuda Islam menyongsangkan arah tuju hidupnya. Secara materialnya ya, dia lebih baik dari semalam, tapi dari rohaninya??? Dulu katanya tak tinggal semayang, tapi kalau ditengok, masa konsertnya tempoh hari bila masa dia semayang isyak, dah tengah malam? Aku ni pun banyak kali gak lewat semayang (banyaknya dosa aku…takuttt) tapi aku terfikir, elok ke lewatkan semayang sebab nak menyanyi? Yang datang memberi sokongan tu lagi le…dan ka nak solat maghrib?

Sekali lagi aku teringat tepukan dan jeritan yang bergemuruh bila dia menjadi juara…hampir sempurnalah penyongsangan hidup kita, bila bilal menjadi penyanyi. Nasyid takpe lagi, ni siap campur mainstream, ada penari cun-cun lagi…dan kita kata, itu versatile namanya!

Aku buat entry ni untuk Jumaat, pasal aku off…

4 comments:

Anonymous said...

MKB lagi? Huhuhuhu. Susahlah nak kata. Dia ada ayah yang camtu gak BBMN nama dia. Berpeluk sakan dengan pompuan. Ish2. Aku cuba bayangkan, saham org yang undi MKB ni. bukan saham dunia tapi saham akhirat...

Wallahualam

Alpha said...

Azhar
BBMN tu menatang apa?

Rie said...

itulah mainstream namanya....

Anonymous said...

wei alfa..nanti fans dia tengok ni jadi flame target ni..