Wednesday, August 02, 2006

Ni..orang sebelah ni!

Kisah berlaku 2 tahun dulu. Member aku yang jadi pengetua kat salah satu Kolej ni cerita….Satu malam dia orang buat fire drill. Kalau dah fire drill maknanya tengah malam buta le. Dan sebab dah malam buta, pastinya akan ada penghuni yang dikira mati hangus – kutu2 yang tak keluar turun berkumpul. Bila fire drill tamat dan penghuni kolej balik ke bilik masing-masing, salah sorang ‘mangsa kebakaran’ ni didapati terbaring tak sedarkan diri depan pintu bilik dia. Jadi member dia tanya (lepas dia dah sedar balik la!) apasal dia ni terbaring kat situ? Jadi mamat ni pun cerita la…

Bila dia dengar siren dengan alarm firedrill tu dia tak ambik port dan teruskan tidur dia la dan bila ketua paras ketuk bilik pun dia buat dek. Keadaan pun lepas tu jadi sunyi sepi..dengan lampu emergency aje menyala. Dalam senyap tu dia dengar bunyi pintu diketuk lagi. Dia pun buat bodo la sebab ingat orang masih mencari dia. Tapi ketukan masih berterusan seolah-olah yang mengetuk tu tahu ada orang kat dalam (dia tak terpikir plak kenapa bilik lain tak diketuk). Last-last dia tanya
‘siapa tu?’
Yang kat luar menjawab
‘orang sebelah le’
‘masuk le, aku tak kunci pintu tu’

Tapi orang tu masih tak bukak pintu dan sambung mengetuk. Mamat tu mesti pikir..apahal neighbour aku ni? Jadi dia pun pergi la bukakkan pintu…dan bila dia bukak pintu tu yang menyebabkan dia pengsan….sebab yang kat pintu tu bukan orang sebelah (neighbour bilik dia) tapi literally orang sebelah…macam ikan sebelah, no, worse than that – mata satu, hidung sebelah, mulut sebelah….orang dibelah separuh kat tengah…

7 comments:

Anonymous said...

woooo...seram laa bro...huhu

Unknown said...

at first ingat heh mesti ada yg terkene tp mmg betul betul terkene nampanknye.

seram la..eeeee

blackpurple @ jowopinter said...

Boleh panggil Uncle Seekers ni kaji....

singabeng said...

Bro, aku rasalah, pengetua kolej tu nyamor jadi antu sebelah tu ..

Ayu Mohamad said...

aiyakssss kat UUM tak abis2 ke antunya erkkkkk.. adehhhh.. dedulu aku selalu gak kena.. tapi cuma setakat tindih2 and jumpa kat toilet jer la.. idak le kene teruk2 mcm tu sekali

Nieys Zahri said...

huh..berderau darahku membacanya.. ahaks..
nasib baik dah pagi..

Anonymous said...

Man, that's scary...