Wednesday, August 30, 2006

Associate Prof. punya cerita

Salah satu kerja aku kat sini ialah mengesahkan salinan-salinan dokumen dan juga buat surat perakuan kepada staf atau student yang perlukan benda alah tu. Masa IPTA tengah buat kemasukan sampai lenguh tangan aku mengecop dengan menyain. Selain surat bebudak masuk Novarsity ni, aku kena jugak buat untuk anak-anak staf yang dapat masuk IPTA lain.

Untuk kemasukan sesi 2006/2007 masa bulan Julai itu hari, macam biasa berlonggok dokumen aku kena sain. Tengah aku menyain, masuk sorang pensyarah ni, Prof. Madya ada Dr. bukan macam pengarah filem tu. Dia mintak aku buat pengesahan dokumen anak dia nak masuk IPTA. Sure, no problem. Tapi aku cakap kat dia kemudian sikit pasal aku ada satu pile nak siapkan, petang boleh la. Bila dah siap pile aku tu, aku tengok la dokumen-dokumen tu. First impression aku…anak pensyarah takde la semua hebat-hebat, aku punya result dulu lagi gempak. Dan bila aku sampai ke penghujung dokumen-dokumen tu aku nampak satu surat yang buat aku termenung kejap. Surat / borang permohonan biasiswa / bantuan dari Pusat Zakat…diulang, Pusat Zakat. Camne ye, kerja Associate Professor, gaji lebih RM8,000 ada hati mintak dengan Pusat Zakat?

Mungkin Pusat Zakat akan tendang application tu, tapi yang dia mintak in the first place tu…tatak malu ka?

6 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Susah nak cakap. Orang siapa..? orang kita juga, sebangsa, seagama......

Anonymous said...

teruk tul kan? memang tak tau malu... nak amik hak org2 yg lebih berhak lak tu... harap2 permohonan dia ditendang...

Anonymous said...

Penah dengaq tak, kerjaan pahang bagi geran RM 500 untuk setiap pelajar anak pahang yang dapat melnajutkan pelajaran selepas SPM?

Nak tahu? Ada pemohon di hantar dengan Mercedes mata belalang!

Anonymous said...

Anak Pulau Pinang yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan tidak diiktiraf juga tak dapat zakat.

Lan Rambai said...

dia tahu ke tak 8 asnaf layak terima zakat tu ek? kita assume dia tak tahu lah kot... kalau dia tak tahu, maknanya dia seorang yg jahil... eh kejap.. dia assoc. prof pulak... aaaa.. aku tahu.. assoc. prof yang jahil! hahaha

rudy bluehikari said...

mgkin anak dia 36 org kots? eheh.