Thursday, August 24, 2006

Anti Rempit

Mat Rempit. Sapa yang tak kenal mat rempit? Naik motor beramai-ramai sambil menunjuk aksi ala beruk sarkas – meniarap atas motor, wheelie, mencelah-celah dalam kesesakan jalanraya tanpa berhelmet atau memasang lampu. Polis dah jenuh buat operasi..senyap sekejap. Bila dah lama takde ops, menyemak balik. Kalau nak race sendiri-sendiri takpe tapi bakal menyusahkan orang lain (termasuk aku). Makes my blood go upstairs, you know?!

Ada yang salahkan kerajaan pasal tak sediakan kemudahan sukan bermotor yang mencukupi. Bagi aku kerajaan tak payah nak menyumbang kepada kegiatan tak ada paedah ni. Diaorang ni racing bukan sebab apa…sebab nak duit betting dengan bohsia dan juga sebab nak menunjuk skil beruk sarkas depa. Macam tak boleh pergi race kawasan sunyi macam industrial estate…ni pergi jalan2 besar jugak! Jadi tak payah le nak buat dedicated circuit. Takpun biar pihak swasta aje buatkan.

Aku selalu berangan kosong pasal mat rempit ni…camne nak hapuskan dia orang. Antara angan-angan Mat Jenin aku ialah dengan mendapatkan Barrett M82A1 12.7mm Anti-Material Rifle (AMR). Cari tempat tersembunyi kat route rempit ni, pakai ghillie suit. Tunggu depa lalu lepas tu tembak lead motorbike. Peluru ½ inci tu mesti boleh hancurkan block enjin, kasi enjin mati, motor tersentap dan rider bersama motor tergolek dog…bila dah tergolek dog, motor-motor lain pun boleh sama tergolek dog beramai-ramai…maksimakan death or injury. Polis rasanya takkan nak buat siasatan terperinci kot…yela buang karan aje nak siasat kenapa mat rempit boleh eksiden ramai-ramai kan?

Kepada yang tak tahu rupa rifle Barrett, ni ha dia....


....dan ini rupa ghillie suit


6 comments:

blackpurple said...

Zaman aku belasan tahun dulu tak sempat nak merempit. Maklumlah motor abah tu kalau untuk merempit mau terbarai semuanya....

Masuk U baru merasa pakai moto sendiri.... jam tu tak sempat dah nak merempit dah...

haha..

paskal said...

huhu dulu masa muda² (umo 18-20) selalu gak merempit. skarang dah tua (23) insaf datang dengan sendirinya. "tulah, depa taktau kita sayang kat depa ni". sekadar memetik iklan insaf ;)

hakim dirani said...

Saya ada juga kawan yang merempit. setiap hari saya doa supaya dia insaf.

Azhar Ahmad said...

"Anak saya baik, anak saya tak buat benda salah". Rayuan seorang ibu masa saya gi ke balai polis satu ketika dulu. Anak ditahan pasal kes rempit.

Kesimpulannya : Ibu bapa perlu tahu apa yanhg dilakukan oleh anak mereka!

Foxey said...

tak ske sbb dorang ni bukan takat menyusahkan diri sendiri, menyusahkan org lain sama... disastrous to other people tu yg tak berkenan tu...

kacamata said...

Mat moto ni sebenarnya takut nak berhadapan dengan cabaran hidup.