Tuesday, August 08, 2006

Faizal...Guane nak berjaya?

"MB Terengganu mahu Faizal bimbing remaja capai kejayaan". Itu tajuk suratkhabar semalam. Aku bukan pandang rendah kat juara AF tu…tapi saranan seorang pemimpin supaya seorang ARTIS membimbing anak-anak muda adalah sangat tak sesuai. Apa kejayaan yang boleh Juara AF sarankan kepada remaja? Jadi penyanyi? Mungkin…tapi AF ialah pertandingan populariti dan bukan bakat seni. Kejayaan dalam AF ditentukan oleh peminat samada peserta pujaan mereka menepati citarasa mereka iaitu kelurusan diri, gaya blur, ciri ala-ala kampong dan lelaki. Walaupun juara AF mempunyai merit mereka sendiri tapi kejayaan adalah berat kepada sokongan dan undian (pembaziran) penonton! Aku rasa tak perlu la artis dijadikan sumber inspirasi mencapai kejayaan dan kerajaan negeri tak perlu nak ‘tumpang glamor’. Sumber inspirasi / idola seseorang mungkin bukan dalam bidang yang sama..macam aku, role model aku Field Marshal Erwin Rommel dengan Saidina Khalid Al-Walid…jeneral tentera sedangkan aku cuma pentadbir.

Sekali lagi - bagi aku artis hanyalah penghibur dan bukan seseorang untuk dijadikan idola biar baik manapun kelakuan mereka…sorry I have to say that. Dan aku tengok artis-artis hebat dulu pun tak dijadikan role model atau disanjung melangit. Tapi kini nyanyi bergelek-gelek pun boleh dapat Datuk…baru menang pertandingan SMS dah dapat kereta 5-6 biji dan anugerah seni (berbanding dulu-dulu dimana ilmuan, ulama dan cendikiawan diberi anugerah oleh pemerintah…yang OK la, pemerintah yang tak OK pun sanjung artis gak…macam sesetengah pemerintah Empayar Moghul)

Rasanya cukuplah kerajaan Terengganu ucap tahniah kepada salah seorang penduduk negeri Penyu tu…

9 comments:

JBM8141 said...

sedih tengok mak bapak bersusah payah utk itu, airmata dikeluarkan utk itu, duit dihabiskan utk itu.

Foxey said...

hmm... apa nak jadik dgn pemimpin yg ada sekarang... cadangan yg ntah hapa2 ntah...

blackpurple said...

Emak bapak orang lain bergolok bergadai nak hantar anak belajor ke U.....

Penjajahan bentuk baru...kita yg tak sedar agaknya......

Azhar Ahmad said...

Ummmm... mungkin ada perasaaan hasad kottt. Dulu MKB, sekarang mamat tengganu tu. ok gak la MKB pandai mengaji and berzanji. Dari FABS tuh.

Ayu said...

aku baca dlm paper mak dia kata dia sanggup berhutang semata2 nak sms ke anak dia..

abah aku setiap kali kami bukak AF hehehe dia mesti bg ceramah free hahahahaha..

tapi aku dpt rasakan yg kite semua semakin hari semakin lalai dan leka....

hakim dirani said...

lain kali MB Terangganu kena suruh kambing ka bagi bimbing remaja.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Design house appliances louisiana insurance commissioner medicare 1999 chevrolet silverado 2500

Anonymous said...

This is very interesting site... video editing schools

Anonymous said...

Keep up the good work »