Tuesday, August 22, 2006

Cuci kereta

Aku ni nak kira sebenarnya malas nak basuh kereta sendiri. AKu lebih suka hantar kedai. Bayar RM8, kereta bersih dari luar sampai ke dalam. Ada 2-3 establishment kat Changlun yang aku selalu pergi dan salah satunya kat bawah pokok ceri Jalan Kodiang. Tempat ni dah takde dah pasal dah jadi deretan kedai. Ada satu kenangan yang kelako masa tahun 2001 dulu. Masa tu aku pakai Accord lama aku lagi. Ada macam besi kat luar tempat duduk…bawah pintu (aku pun tak pasti apa namanya)..tapi ada la besi tu, ada engrave ‘Honda’. Besi tu dah tanggal dah gam dia..dia lekat kat situ lagi pun pasal graviti dengan sisa-sisa gam. Dah banyak kali pun tanggal pasal tersepak.

Lepas serah kereta kat ane tu, aku pun melepak baca paper dengan mag yang aku beli kat kedai sebelumnya. Dan masa ane tu tengah mengelap area yang aku kata tadi tu, aku terdengar bunyi besi jatuh atas batu. Aku jeling aje dari celah paper…pasal aku tahu benda alah tu tanggal lagi. Aku tak kisah la pasal aku tau benda tu memang dah tanggal. Tapi yang aku nak ketawa bila tengok ane tu dengan muka cuak dan tertoleh-toleh letak balik besi tu. Aku rasa mesti dalam hati dia kata ‘ayooo mati la gua…ini barang sudah lekang’. Bila aku ambik balik kereta aku, aku tengok muka ane masih cuak lagi…hahaha.

4 comments:

JBM8141 said...

aku suka basuh sendiri. bukan apa, nanti boleh jumpa parut2 yg kita tak sedar 'macam mana ntah boleh kena'. ada sekali aku jumpa lekuk kecik kat body keta, wife aku cakap kambing langgar masa dia stop kat raffic light. huh? kambing langgar?

Ayu said...

ahaaa sekang ni umah mak aku dah jadi car wash bg hubby and adik lelaki aku haha siap amik vacum mak aku lagi tuh buat vacum kete depa hahahahah.. depa kata ni kira exercise jugak ni sbb berpeluh2 depa selalunya.. maklumlah.. nak kene basuh and vacum van and kete abah aku lagik :)

sian ane tuh hehehehe cuak giler dia :P

Foxey said...

dulu masa 1st car, mmg cuci sendiri, maklumla, masa tu, tu laa bf tersayang... now, sbb kesihatan, takleh nak wat walau prefer nak wat sendiri...

esis said...

haha ko pedajal ane tu. kesian.